View: 34278|Reply: 216
|
Bukan Disihir, Rupa-rupanya Cico Diracun Kawan Sendiri - Uji Rashid
[Copy link]
|
|
Setelah menyimpan rahsia selama tiga tahun dan tidak mendedahkan penderitaan kepada mana-mana pihak, penyanyi veteran popular, Uji Rashid akhirnya membuat pendedahan eksklusif mengenai kisah malang yang ditanggung anaknya, pelakon Cico Harahap.
Uji meluahkan rasa hatinya kepada penceramah terkenal yang juga pakar mata, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad menerusi program Telekung Talk selama satu jam di platform Facebook Muhayya Momentum dan serentak di akaun peribadi Muhaya semalam.
Kredit Foto - FB Muhaya Momentum via Xtra
Rupa-rupanya, Cico diracun sekumpulan kawan ketika menghadiri sebuah majlis hari jadi tidak lama dulu. Akibatnya, kini Cico ada masalah pertuturan, tak mampu membaca dan menulis dengan sempurna.
"Sebenarnya, Cico bukanlah disihir, tetapi diracun rakan-rakannya. Menurut doktor, beberapa jenis racun telah dicampur ke dalam gelas minumannya.
"Racun yang diberi itu sebenarnya boleh membunuh dalam masa empat jam, tetapi dengan kuasa Allah SWT, Cico masih diberikan umur yang panjang sampai hari ini," katanya memetik laporan Xtra.
Kredit Foto - FB Muhayya Momentum via Xtra - Puteri Tunggal Cico, Nur Fitrah
Tambah Uji lagi, Cico rebah sebaik minum minuman itu serta ditinggalkan tanpa bantuan dan sehingga kini, beliau tidak tahu siapa yang menghantar anaknya pulang ke rumah.
"Saya masih ingat Cico muntah-muntah dan wajahnya dipenuhi darah. Berhari-hari dia terlantar sakit di atas katil. Masa itu, saya hanya berserah dan memohon petunjuk daripada Allah SWT.
"Satu hari, Cico bangun tetapi dia hanya diam apabila ditanya. Dia tidak kenal saya mahupun anaknya sendiri. Bila ditanya doktor siapa nama, dia jawab Pikee.
"Saya difahamkan racun itu memberikan kesan terhadap otak, organ dalaman dan kotak suaranya. Walau apapun, saya bersyukur Cico sudah semakin pulih, meskipun dia kini mengalami masalah pertuturan, tidak lagi mampu membaca dan menulis dengan baik," katanya lagi.
Kredit Foto - FB Muhayya Momentum via Xtra
Uji memaklumkan, dia mengambil keputusan mendedahkan perkara ini secara terbuka kerana sebelum ini terdapat pelbagai versi cerita dan desas-desus mengenai keadaan anaknya.
Terjawab sudah perkara sebenar yang telah berlaku. Cepat sembuh ya Cico. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cantik sgt anaknya |
|
|
|
|
|
|
|
"Diracun"? Kawan boh 'dadih' ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian Cico. Knowning Cico pun mmg kaki tutttt, kaki clubing semua tu. Overdose kot. Uji sama mcm arwah azean. Bekap ank gila2. Perangai ank semua elok. Org je yg jahat nk aniaya ank2. Penyudahnya arwah tarak, ank tsadai dlm pnjara indon. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak dia ada bw jumpa doktor ke dl?
Bkn mak dia je ke yg jaga kat umah dl sebab mak dia yakin kena buatan org kan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by weezerfan at 26-12-2020 01:07 PM
Diracun ke didadihkan kawan sendiri?dah tua bangka kot.once bodoh selamanya akan dibodohkan ngan dadah. |
|
|
|
|
|
|
|
Laaaa kenapa Uji kluar rumah pakai telekung? Tanjat boboi
Abah si Chico ni a banker, tapi Uji sebuk kejar kehidupan glamer. Chico ni skolah pun tak abis, tak boleh nak kesian sebab itu perjalanan hidup yang diorang pilih. |
|
|
|
|
|
|
|
Cico ni Dari dulu lagi mmg hidup menyusahkan maknya senang ceta |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya... suka biduanita ni masa muda muda... hmm muga Allah mudahkan kehidupan beliau sekeluarga |
|
|
|
|
|
|
|
Nenasketum replied at 26-12-2020 12:50 PM
Laaaa kenapa Uji kluar rumah pakai telekung? Tanjat boboi
Abah si Chico ni a banker, tapi Uji sebuk ...
Kau ni pon...dah nama rancangan pon telekung talk. Takkan la nek uji nak pakai baju mcm ayda jebat yg nampak ketiak, peha, betis, lutut semua tu. Tak selari la dgn tajuk rancangan. |
|
|
|
|
|
|
|
bedahdavas: Kesian Cico. Knowning Cico pun mmg kaki tutttt, kaki clubing semua tu. Overdose kot. Uji sama mcm arwah azean. Bekap ank gila2. Perangai ank semua el ...
i pun rasa o.d sbb o.d mmg boleh buat brain damage smpi lupa bagai |
|
|
|
|
|
|
|
ashilalat replied at 26-12-2020 12:43 PM
Uji rashid ni dulu popular sangat2 saing sharifah aini kan. Tp dia ibarat mcm erni vs nabila razali ...
Rasanya mcm dct vs misha omar.
Sharifah aina ala2 dct... uji ala2 misha omar sbb suara uji sedap.lg sedap dr dct |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin orang still kata anak dia disihir kot sebab tu dia cerita lagi sekali dalam live prof muhaya
|
|
|
|
|
|
|
|
Yeye je la racun. Dah report polis ke tidak pasal kena racun tu? Ke OD? |
|
|
|
|
|
|
|
Yg sblh prof muhaya tu sapa, apasal nampak mcm piyu je? Kata pegi tabligh. |
|
|
|
|
|
|
|
Tp dulu badan cico ni sedap |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita nmpak teruk...kemain kena racun bdarah abea muka. Lps tu senyap mcm tu je ke...xreport polis? |
|
|
|
|
|
|
| |
|