CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hitam Berbekas Di Hidung, Wanita Nyaris Ajal Semasa Tidur Guna Lilin Beraroma

25-12-2020 09:34 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 8240| Komen: 32|Original author: Oleh: natrahn


Lilin beraroma kini menjadi pilihan sesetengah individu untuk mewujudkan suasana tenang dan mendamaikan. Lazimnya, ia diletakkan di ruang tamu atau di bilik tidur untuk tujuan itu.

Namun, tahukah anda bahawa lilin beraroma ini sebenarnya boleh mengundang bahaya kepada pengguna?

Live Newman berkongsi kisah bagaimana dia hampir saja menempah ajal apabila tersedar daripada tidur dalam keadaan hidungnya tersumbat menerusi TikTok dan dikongsi semula oleh akaun Twitter ini.



Pemeriksaan mendapati ada kesan asap hitam pada bahagian hidungnya, rupa-rupanya ia berlaku disebabkan  kesilapannya membiarkan lilin itu menyala ketika tidur.

Live turut berkongsi insiden serupa menimpa Farah Lorrel Fraser yang berlaku pada Oktober tahun lepas dalam video itu.


Kredit foto: Facebook Farah Lorrel Fraser

Farrah Lorrel Fraser tidak berhenti batuk dan mengeluarkan cecair berwarna gelap ketika bangun tidur. Setelah diperiksa doktor, paru-parunya pun dipenuhi dengan kepulan asap hitam sehingga terpaksa diberi rawatan oksigen. 

Menurut pakar kesihatan Profesor John Sodeau kepada Evo Echo, penggunaan lilin beraroma menyebabkan pencemaran udara dalaman dan ramai yang tidak menyedarinya seperti yang dilaporkan Huffington Post.


Kredit foto: Dekoruma

Ini kerana sesetengah lilin beraroma dibuat daripada parafin dan komponen lilin juga mungkin bukan dari bahan asas petroleum. Apabila dibakar, lilin ini akan melepaskan bahan kimia berbahaya, salah satunya ialah benzene dan loluene. 

Untuk info, kedua-duanya adalah karsinogen yang boleh meningkatkan risiko kanser paru-paru.


Kredit foto: Candle Creations

Pewarna tiruan dan wangian yang terdapat dalam beberapa lilin wangi boleh menyebabkan sakit kepala, asma, dan jangkitan saluran pernafasan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, sekiranya anda masih perlu menggunakan lilin beraroma, anda juga perlu mengawasi beberapa perkara yang berguna.


Kredit Foto - Metro

Pertama, sila gunakan lilin beraroma yang dibuat dengan bahan soya. Jenis lilin ini hanya menghasilkan kurang jelaga iaitu satu dalam sepuluh jelaga yang biasanya disebabkan oleh pembakaran parafin.

Kedua, anda juga perlu memberi perhatian kepada ramuan lilin. Sila pastikan sumbu lilin diperbuat daripada kapas kerana bahan ini menghasilkan kurang jelaga apabila dibakar.

Penggunaan lilin beraroma perlu diawasi termasuk mengambil tahu kandungan lilin. Lebih-lebih lagi jika anda ada anak kecil atau ibu hamil, ataupun warga emas dengan masalah pernafasan dan sebagainya.

Anda mampu mengubahnya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 25-12-2020 10:05 AM
Ingatkan jihan muse tadiii..maaf yaa
Quote Knowlee 25-12-2020 10:14 AM
Isk... Mmg bahaya pun... Asap tu...
Quote pxlbb 25-12-2020 10:31 AM
iols tido berbau kan ketiak laki jah katanya petua utk hidup panjang aman dan makmur
Quote Artemesiaa 25-12-2020 10:38 AM
Tak suka pakai pun sebab bimbang lupa padamkan terlanggar pulak dek kucing boleh mengakibatkan berlakunya kebakaran
Quote myoujin 25-12-2020 10:42 AM
Zaman dulu pakai pelita ayam ok jer... Sebab ruang terbuka.. sekarang rumah tutup rapat semua mende.. ngan aircon lagi..
Quote Beribear 25-12-2020 11:13 AM
Iolss pakai tp tak letak dekat dgn katil lah.. Letak kat kat tempat tinggi tempat yg stabil & takkan ada org langgar.. Iolss beli kat bbw scent cherry cheesecake.. Eiii sedap betul bau, rasa nak makan je. Tp setakat ni hidung takde lah hitam, dinding pon tak hitam. Maybe sbb ada 3 tali tu tp iolss bakar 1 tali je kot
Quote Tinot7 25-12-2020 11:30 AM
Bahaya tidor dgn api menyala dlm bilik tertutup. Bkn ke nnt berebut oksigen utk bernapas?
Quote CiliPadiSedap 25-12-2020 12:59 PM
pxlbb replied at 25-12-2020 10:31 AM
iols tido berbau kan ketiak laki jah katanya petua utk hidup panjang aman dan makmur

buat cm lilin nyalakan api kt bulu ketiak laki confirm lagi bahagia
Quote misc 25-12-2020 01:20 PM
Oh myyy aku pernah kena sekali mcm ni, gi office even kat satu club temanya guna api lilin romantik gitu, berjam2 jimba cucuk langit,  sampai rumah baru sedar muka dgn hidung berjelaga mcm minah ni. Haha budus betul sapa yg organize event tu.
Quote tumpanglalu74 25-12-2020 01:55 PM
Aku kalo buad rawatan resdong sendiri dalam bilik pon ponah lemeh bila lupe halau asap tu keluor then tertido..
Quote tukul 25-12-2020 02:00 PM
Beribear replied at 25-12-2020 11:13 AM
Iolss pakai tp tak letak dekat dgn katil lah.. Letak kat kat tempat tinggi tempat yg stabil & takkan ...

I pun suka
Quote Levespa 25-12-2020 03:53 PM
suka lilin tapi tu la asap dia memang bahaya..last2 beli je artificial candles dekat hooga..selamat pun selamat
Quote Scheherazade 25-12-2020 04:24 PM
Pakai lilin ni bila xde letrik je.
Quote Supersirap 25-12-2020 04:37 PM
Biasanya pasang lilin ni lepas masak, sebab nak hilangkan bau
Quote pxlbb 25-12-2020 05:15 PM
CiliPadiSedap replied at 25-12-2020 12:59 PM
buat cm lilin nyalakan api kt bulu ketiak laki confirm lagi bahagia

Kahkahkah tak berani nak coba kakacili nanti jadi mcm kes cradle fund malu iols nak mengaku kebakaran berpunca dari bulu ketiak tok laki
Quote insulin 25-12-2020 05:16 PM
Euwwww. Tersedut jelaga.
Quote insulin 25-12-2020 05:17 PM
misc replied at 25-12-2020 01:20 PM
Oh myyy aku pernah kena sekali mcm ni, gi office even kat satu club temanya guna api lilin romantik  ...

Apa bendanya jimba cucuk langit ni?
Quote ayahibu85 25-12-2020 05:52 PM
Toksah pakai lilin la
Sekarang ni zaman aromatherapy
Zaman pakai eo..beli je diffuser..
Selamat pun selamat sebab natural ingredient
Quote Jitu 25-12-2020 06:05 PM
dulu2 kampung pakai ubat nyamuk lingkaran tu rilek je mungkin sbb byk ruang2 udara tp sekarang ni mau lemas dibuatnya   

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.063748 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top