Lilin beraroma kini menjadi pilihan sesetengah individu untuk mewujudkan suasana tenang dan mendamaikan. Lazimnya, ia diletakkan di ruang tamu atau di bilik tidur untuk tujuan itu.
Namun, tahukah anda bahawa lilin beraroma ini sebenarnya boleh mengundang bahaya kepada pengguna?
Live Newman berkongsi kisah bagaimana dia hampir saja menempah ajal apabila tersedar daripada tidur dalam keadaan hidungnya tersumbat menerusi TikTok dan dikongsi semula oleh akaun Twitter ini.
Pemeriksaan mendapati ada kesan asap hitam pada bahagian hidungnya, rupa-rupanya ia berlaku disebabkan kesilapannya membiarkan lilin itu menyala ketika tidur.
Live turut berkongsi insiden serupa menimpa Farah Lorrel Fraser yang berlaku pada Oktober tahun lepas dalam video itu.
Kredit foto: Facebook Farah Lorrel Fraser
Farrah Lorrel Fraser tidak berhenti batuk dan mengeluarkan cecair berwarna gelap ketika bangun tidur. Setelah diperiksa doktor, paru-parunya pun dipenuhi dengan kepulan asap hitam sehingga terpaksa diberi rawatan oksigen.
Menurut pakar kesihatan Profesor John Sodeau kepada Evo Echo, penggunaan lilin beraroma menyebabkan pencemaran udara dalaman dan ramai yang tidak menyedarinya seperti yang dilaporkan Huffington Post.
Kredit foto: Dekoruma
Ini kerana sesetengah lilin beraroma dibuat daripada parafin dan komponen lilin juga mungkin bukan dari bahan asas petroleum. Apabila dibakar, lilin ini akan melepaskan bahan kimia berbahaya, salah satunya ialah benzene dan loluene.
Untuk info, kedua-duanya adalah karsinogen yang boleh meningkatkan risiko kanser paru-paru.
Kredit foto: Candle Creations
Pewarna tiruan dan wangian yang terdapat dalam beberapa lilin wangi boleh menyebabkan sakit kepala, asma, dan jangkitan saluran pernafasan.
Sebagai langkah berjaga-jaga, sekiranya anda masih perlu menggunakan lilin beraroma, anda juga perlu mengawasi beberapa perkara yang berguna.
Kredit Foto - Metro
Pertama, sila gunakan lilin beraroma yang dibuat dengan bahan soya. Jenis lilin ini hanya menghasilkan kurang jelaga iaitu satu dalam sepuluh jelaga yang biasanya disebabkan oleh pembakaran parafin.
Kedua, anda juga perlu memberi perhatian kepada ramuan lilin. Sila pastikan sumbu lilin diperbuat daripada kapas kerana bahan ini menghasilkan kurang jelaga apabila dibakar.
Penggunaan lilin beraroma perlu diawasi termasuk mengambil tahu kandungan lilin. Lebih-lebih lagi jika anda ada anak kecil atau ibu hamil, ataupun warga emas dengan masalah pernafasan dan sebagainya.
Anda mampu mengubahnya. - CARI |