CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nadia Brian Tak Sabar Nak Semuanya Selesai, Jujur Memang Tak Bahagia

23-12-2020 02:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17193| Komen: 75

Jauh di sudut hati, pelakon kontroversi, Nadia Brian mendambakan kebahagiaan apabila memilih membina mahligai rumah tangga bersama insan dicintai. Tidak terdetik di hatinya, berkahwin untuk bercerai.


Namun, takdir menentukan segala-galanya. Umumnya mengetahui, pergolakan hubungan berlaku antara Nadia dan suaminya, Muizz Nasruddin sejak Oktober lalu. Tidak sampai setahun hidup bersama, mahligai rumah tangganya bagaikan retak menanti belah.

Kredit foto: IG

Lebih panas, suami mendakwa Nadia berlaku curang bersama dua lelaki lain. Jalan terakhir tentunya perpisahan apabila masing-masing tidak mencari penyelesaian.

Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 29, mengesahkan suaminya sudah memfailkan kes perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 2 Oktober lalu.


Bagaimanapun, sebutan perbicaraan yang ditetapkan pada 3 November lalu ditangguhkan kepada satu tarikh yang belum diketahui disebabkan fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


"Jika hubungan lebih membawa kemudaratan, perceraian dilihat jalan penyelesaian terakhir yang dibenarkan jika sesama pasangan tidak lagi boleh meneruskan apa yang dimulakan.

"Buat apa mahu menipu diri apabila sudah tidak bahagia hidup bersama? Gelaran janda ini bukan satu status yang boleh dibanggakan, apatah lagi, dimalukan.

"Suratan ini adalah ketentuan Allah. Apa yang berlaku boleh menjadi pembakar semangat untuk saya menjadi manusia lebih baik," katanya kepada BH Online.



Pelakon yang mula diperkenalkan menerusi drama Akulah Balqis itu berkata, dia mahu belajar daripada kesilapan.

"Apa yang berlaku dijadikan pengajaran. Malah, saya bersedia berdepan apa juga dugaan. Saya sedar soal kebahagiaan kita tentukan, bukan orang lain.

"Buat apa nak teruskan perhubungan sekiranya tidak bahagia. Saya percaya pasti ada jalan untuk saya memperbaiki kehidupan pada masa akan datang," katanya.

Nadia berkata, dia tidak sabar untuk menyelesaikan kemelut rumah tangganya dengan segera.


"Jika boleh, saya sudah tak mahu mengingati lagi kisah duka yang berlaku. Malah, saya harap rakan media dan blogger tidak lagi menggunakan gambar saya dan suami, selepas ini.

"Saya tak mahu memburukkan sesiapa. Manusia tiada yang sempurna dan itu juga bukan alasan untuk menghukum manusia lain. Kita sendiri pun belum tentu 100 peratus baik.

"Kalau rasa diri sempurna, mungkin dia tak sesuai dengan saya. Saya harap kami boleh 'move on' dan belajar dari kesilapan," katanya.

Wanita kelahiran Kangar, Perlis itu berkata, dia mahu untuk mencari kebahagiaan dan hidup tenang, selepas ini.



"Saya rela hidup sendirian jika belum bertemu pengganti yang sesuai. Buat apa saya terusan berdepan dengan situasi yang sama jika terus melukakan hati.

"Saya tak nak pisang berbuah dua kali dalam hidup. Bagaimanapun, siapa kita mahu takdir hidup. Kita hanya mampu merancang, Allah juga menentukan. Bagaimanapun, saya tetap berusaha mencari jalan atau ruang yang lebih baik untuk dalam kehidupan.

"Cuma, sebagai manusia, jangan takut memilih jalan hidup yang baik," katanya. -CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kepot 23-12-2020 02:17 PM
retis paling relax.
tiktok je tanpa sedih
Quote jalfa 23-12-2020 02:21 PM
Asik tube putih je pakai...gelenyar macam aanak dara
Quote little_sis 23-12-2020 02:25 PM
Senangnya.. kalau la semudah tu utk move on..
Quote mamajawie 23-12-2020 02:33 PM
jalfa replied at 23-12-2020 02:21 PM
Asik tube putih je pakai...gelenyar macam aanak dara

itu je dia mampu beli..sbab tu kawen ngn orka tpi xtahan kot kena jadi istri patuh suami

Quote mrsbob87 23-12-2020 02:38 PM
bahagia bagi dia macam mane eik???

Quote husna_amal 23-12-2020 02:48 PM
Kena sedar dah kahwin tu bawa status isteri, mana boleh bebas sangat. Dah cerai boleh la enjoi2 macam dulu balik.
Quote sharlenetexas 23-12-2020 02:59 PM
Lepas ni upgrade boyfriend minta kondo 10 juta siap2.

Quote niena90 23-12-2020 03:07 PM
Ishh ishhh tak penat ke kawin grand bagai nak rak, tuptup cerai.
Quote teen_angelJB 23-12-2020 03:09 PM
Suka benauuuu jelir lidah
Quote slyfynx 23-12-2020 03:09 PM
Sorry bish.
Not on your side.
Never will
Quote doubleA 23-12-2020 03:16 PM
Marhaen sungguh rupa orang kangaq ni
Quote azimodin 23-12-2020 03:29 PM
Bahagia kena cari, bukan datang bergolek. Xoayah nak petik takdir sangat kalau ko memang gelenyar. Sekian
Quote NotYou 23-12-2020 03:46 PM
Apsal eh dorang suka buat benda joget2 depan camera mcm budak terencat tak cukup umor...dia dah tua kan 30 yrs kan...eh geli tau tgk pompuan kinja2 mcm beruk...actually benda tiktok gelek2 ni utk ape????...ada yg pakai tudung baju ketat pun kinja2 depan camera...tak malu ke...mcm sewel je
Quote binipopeye 23-12-2020 03:54 PM
mangsa seterusnya harus plan awal2... xdpt umah xdapek kawin yer...
Quote kakakpositifker 23-12-2020 04:40 PM
Masing2 ada sebab sendiri. Semoga kita semua dilindungi dan dijauhi dari masalah seperti ini.
Quote TomyamPuteh 23-12-2020 04:43 PM
Berbahagia la nko di sana..
Quote EvieWanKenobi 23-12-2020 05:07 PM
masa nak kawen tergedik2..
masa nak cerai pun tergedik2..
Quote jijilaaa 23-12-2020 05:32 PM
muka mcm mak lampir..banyak sngat alter nya
Quote meteorspeed 23-12-2020 06:04 PM
Aku rasa dia nie mcm fake.. Pura pyra chomel entah la.. Kalu nak kaya tue g la amek ahli parlimen ker ketua bahagian ahli politik ker.. Tak pun amek yg dah kawin ramai contoh nyer dato seri rauf tue ha.. Ada lagi 2 kuato.. Heheheheh..

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.061922 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top