CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rezeki Terpijak, Petani Temui Berlian Bernilai Lebih RM320k

23-12-2020 07:51 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3656| Komen: 22




Seorang petani di Bhopal, India mendapat ‘durian runtuh’ apabila dia dilaporkan menemui sebutir berlian di kawasan tanahnya.

Lakhan Yadav, 45, menjumpai berlian itu di dalam satu kawasan tanah yang disewanya pada bulan lepas.

Difahamkan pada awalnya, Yadav hanya menyangka objek yang ditemuinya itu hanyalah batu kerikil biasa.

Bagaimanapun, dia cuba membersihkannya untuk mengenal pasti lebih dalam dan apa yang mengejutkan, batu yang dianggap kerikil tersebut bersinar.

Teruja dengan penemuan ‘misteri’ tersebut, Yadav membawa batu itu ke pakar berlian untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya.

Pakar tersebut mengesahkan batu itu adalah sebutir berlian 14.98 karat dan nilai harganya mencapai kira-kira RM329,000.

Dia kemudiannya menjual semula berlian tersebut untuk mendapatkan wang yang banyak bagi mengubah nasib hidupnya.

“Ianya telah mengubah hidup saya.

“Saya tidak mencari sesuatu yang besar. Saya bukanlah seorang yang berpelajaran. Jadi dengan duit itulah saya jadikan kos perbelanjaan untuk pendidikan keempat-empat anak saya,” katanya kepada pemberita Times Of India pada ketika itu.

Yadav tinggal di kampung, mencari rezeki hanya dengan bercucuk tanam di sebidang tanah berkeluasan dua ekar dan ‘dibantu’ oleh dua ekor kerbau.

Akibat kemiskinan, mereka tidak pernah mempunyai kenderaan sendiri.

Namun hasil jualan berlian tersebut, kini Yadav mampu memiliki sebuah motosikal untuk kegunaan mereka sekeluarga.

 

 

Sumber: Times of India
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 23-12-2020 07:55 AM
untung nasib dia...  lagipun bagus dia pentingkan anak2 dulu sebelum diri dia...bertuah anak2 dia dapat ayah macam dia... semoga anak2 balas jasa ayah bila besar nanti...
Quote mbhcsf 23-12-2020 07:58 AM
bagusnya pemikiran dia, itulah harta yg paling berharga.
Quote rastaf 23-12-2020 08:15 AM

aku respect petani penoreh seangkatannya sebab aku pun lahir dalam keluarga penoreh. mostly petani semua akan cakap benda sama.. tak ada pelajaran tinggi janji anak2 berjaya dah cukup menggembirakan.dorang kerja keras semata2 nak tanggung anak belajar makan minum berbeza dengan kebanyakan kita kerja untuk goal...upgred kereta baru.. beli hfon baru.. handbag baru dan macam2 lagi
Quote shark 23-12-2020 08:23 AM
rastaf replied at 23-12-2020 08:15 AM
aku respect petani penoreh seangkatannya sebab aku pun lahir dalam keluarga penoreh. mostly petani ...


betul tu. tapi yg bangangnya aku tengok budak2 sekarang boleh gelakkan mak ayah dorang yg oldskool contohnya banyak tak tahu pasal bahasa english dekat hfon dan hal teknologi..


konon dorang je lah bijak padahal bodoh tak reti syukur. kalau mak ayah ko tak usaha kerja keras cari duit ko pun tak akan pandai dan tahu pasal teknologi. lepas tu dah kerja berduit baru bagi sikit bulan2 kat mak ayah dah rasa besar sangat pengorbanannya,  pantang mak ayah tersilap cakap terus dimarah2 atas sebab2 kecil. terdiam je orang tua kena marah ngan anak. benda ni banyak aku tengok berlaku. benci aku orang macam ni




Quote Tinot7 23-12-2020 08:24 AM
Tahniah.. rezeki ada di mana2 shj
Quote naina 23-12-2020 08:26 AM
Itula rezeki berbudi pada tanah
Semoga aku pon dapat rezeki terpijak
Quote Supersirap 23-12-2020 08:53 AM
Bagus pakcik ni dalam membelanjakan duit yang diterima, ingat jika kita tahu apa itu keperluan dan kemahuan, kita dapat mengubah cara perbelanjaan kita
Quote Syd 23-12-2020 08:55 AM
beli motorsikal.

Quote Nnasda53 23-12-2020 09:22 AM
Bagusnya utamakan pendidikan anak2 terlebih dahulu.
Quote sarah82 23-12-2020 09:25 AM
shark replied at 23-12-2020 08:23 AM
betul tu. tapi yg bangangnya aku tengok budak2 sekarang boleh gelakkan mak ayah dorang yg oldsko ...

Sila bagi penerajang kat budak2 baru nak up ni kat tengah tulang belakang supaya kekal cacat selamanya.. Dasar anak tak sedar diri
Quote husna_amal 23-12-2020 09:50 AM
Baguslah utamakan perbelanjaan pendidikan anak2. Tak perlu bermewah2 sangat dalam hidup.
Quote lurve82 23-12-2020 09:59 AM
mesti ramai lg dok korek tmpt tu kot2 dapat berbutir2 berlian...bila la aku plak dpt rezeki terpijak gini...
Quote kuzaime 23-12-2020 10:07 AM
Bagus sebab dia x joli katak dgn 'duit terpijak' tu. Aku cuma terfikir,  tanah yg dia jumpa berlian tu tanah yg dia sewa. Manalah tau kot2 nanti muncul tuan tanah utk tuntut 'hak' dia.
Quote ikanmasin 23-12-2020 10:17 AM
rezeki dia..tu pun fikir duit tu utk anak2 dia..beli pun motosikal dah ckp...
Quote Buritan 23-12-2020 10:20 AM
dudaberhias: untung nasib dia...  lagipun bagus dia pentingkan anak2 dulu sebelum diri dia...bertuah anak2 dia dapat ayah macam dia... semoga anak2 balas jasa ayah ...




Jgn retis india goda hang udah..
Quote Scheherazade 23-12-2020 10:33 AM
Syabas pakcik, bijak prioritise perbelanjaan dia
Quote EvieWanKenobi 23-12-2020 10:44 AM
bertuah sungguh ane..
Quote mamajawie 23-12-2020 10:50 AM
bagus la pkir masa depan anak2..hats off pokcik
Quote vee_zara 23-12-2020 11:01 AM
shark: betul tu. tapi yg bangangnya aku tengok budak2 sekarang boleh gelakkan mak ayah dorang yg oldskool contohnya banyak tak tahu pasal bahasa english deka ...


Pada i lagi bagus la mak pak old school ni tayah dok ada media sosial mcm facebook ke instagram ke. Sebab nampak penghak sgt kalau makcik pakcik ni komen. Lagi memalukan family n anak adalah..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.355799 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top