CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PM Antara Individu Terawal Bakal Terima Vaksin Covid-19 Pada Februari 2021

22-12-2020 01:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3677| Komen: 24

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal menjadi antara individu terawal menerima suntikan vaksin di negara ini.

Perkara itu didedahkan oleh Muhyiddin sendiri menerusi perutusan khas yang disiarkan pada Selasa pagi.


Selepas dirinya, pemberian vaksin akan diteruskan pula kepada petugas barisan hadapan, diikuti kumpulan sasar di negara ini.

"Saya akan menjadi antara individu yang pertama untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

"Ini akan diikuti petugas barisan hadapan sebelum diberikan kepada kumpulan sasar iaitu kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, mereka yang menghidap penyakit tidak berjangkit dan penyakit saluran pernafasan kronik," ujarnya.

Kredit foto: FB


Perutusan itu turut memperincikan mengenai perkembangan terbaharu agihan vaksin untuk rakyat Malaysia tidak lama lagi.

Tambah Muhyiddin lagi, sejuta dos vaksin pertama daripada Pfizer dijangka diperolehi seawal Februari 2021.

Dalam pada itu, Muhyiddin mengumumkan kerajaan baru sahaja menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal AstraZeneca bagi memperoleh 6.4 juta dos vaksin Covid-19.

Ia melibatkan tambahan 10 peratus kepada bekalan vaksin yang akan diterima negara.

Ia merupakan bekalan tambahan selepas perjanjian terdahulu dengan fasiliti COVAX dan Pfizer.

Malah, kerajaan kini juga dalam fasa rundingan akhir dengan dengan Sinovac, CanSino dan Gamaleya untuk mendapatkan bekalan vaksin tambahan dan mencukupi untuk sekurang-kurangnya 80 peratus populasi negara. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 22-12-2020 11:22 AM
Buat LIVE plssss.. Yg utk org tua tu.. Aku nak tanya.. Kena bawa pi hospital?
Quote FOTHER-MUCKER 22-12-2020 11:35 AM
Lambat lagi pada feb.

Btw..sewaktu saya berada di pusat kesihatan pada 17/12 lepas tiada seorang pun yang mengalami masalah alahan. Saya berada disitu lebih kurang satu jam setengah dan mereka mereka yang di vaccine adalah mereka mereka yang berumur 65-100+ tahun. Semua ok.
Quote renko 22-12-2020 11:43 AM
kat fb ramai troll nnti
Quote noor2 22-12-2020 11:45 AM
Sorry...aku x percaya menteri2 ni disuntik dgn vaksin walaupun buat live...
Quote FOTHER-MUCKER 22-12-2020 11:53 AM
noor2 replied at 21-12-2020 07:45 PM
Sorry...aku x percaya menteri2 ni disuntik dgn vaksin walaupun buat live...

Kak nor berani tak untuk di suntik vaksin ni?
Quote highcastle 22-12-2020 11:54 AM
Harap diadakan secara LIVE..
Quote noor2 22-12-2020 12:11 PM
FOTHER-MUCKER replied at 22-12-2020 11:53 AM
Kak nor berani tak untuk di suntik vaksin ni?

X berani ..........
Quote vespa_oren 22-12-2020 12:21 PM
alhamdulillah bukan kumpulan yg akan dipilih terima vaksin
lagi dok sabah memg mcm jauh vaksin tu nk sampai
Quote mdhelmi 22-12-2020 12:36 PM
aku lebih teruja nk tau hasil kajian ubatan pemulihan covid dari vaksin
Quote teen_angelJB 22-12-2020 12:52 PM
Menteri kesihatan should take risk too
Quote CARI-MRO 22-12-2020 01:06 PM
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal menjadi antara individu terawal menerima suntikan vaksin di negara ini.


Perkara itu didedahkan oleh Muhyiddin sendiri menerusi perutusan khas yang disiarkan pada Selasa pagi.


Selepas dirinya, pemberian vaksin akan diteruskan pula kepada petugas barisan hadapan, diikuti kumpulan sasar di negara ini.


"Saya akan menjadi antara individu yang pertama untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.


"Ini akan diikuti petugas barisan hadapan sebelum diberikan kepada kumpulan sasar iaitu kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas, mereka yang menghidap penyakit tidak berjangkit dan penyakit saluran pernafasan kronik," ujarnya.


Kredit foto: FB




Perutusan itu turut memperincikan mengenai perkembangan terbaharu agihan vaksin untuk rakyat Malaysia tidak lama lagi.


Tambah Muhyiddin lagi, sejuta dos vaksin pertama daripada Pfizer dijangka diperolehi seawal Februari 2021.


Dalam pada itu, Muhyiddin mengumumkan kerajaan baru sahaja menandatangani perjanjian dengan syarikat farmaseutikal AstraZeneca bagi memperoleh 6.4 juta dos vaksin Covid-19.


Ia melibatkan tambahan 10 peratus kepada bekalan vaksin yang akan diterima negara.


Ia merupakan bekalan tambahan selepas perjanjian terdahulu dengan fasiliti COVAX dan Pfizer.


Malah, kerajaan kini juga dalam fasa rundingan akhir dengan dengan Sinovac, CanSino dan Gamaleya untuk mendapatkan bekalan vaksin tambahan dan mencukupi untuk sekurang-kurangnya 80 peratus populasi negara. -CARI


Sumber: mStar Online
Quote husna_amal 22-12-2020 02:50 PM
Nak yakinkan netizen punya pasal, pm offer diri disuntik vaksin dulu. Harap2 vaksin yang netizen dapat nanti sama yang pm kita dapat.
Quote tumpanglalu74 22-12-2020 03:01 PM
Buboh air berdosa tau Abahcow..

Quote wnwa05 22-12-2020 03:35 PM

dah kata tak wajib kan. jangan tiba2 jadi wajib pulak.
Quote Belibis 22-12-2020 08:36 PM
Bakal PRK lagi kah kita??
Quote RatuDunia94 22-12-2020 08:39 PM
Mohon buat live streaming masa tgh menyuntik tu.. hahaha.. propa budka tadika pon boleh propa..
Quote ina_na 22-12-2020 09:04 PM
Dia boleh ambik vaksin ke.. Bukan ke dia bekas pesakit kanser.. Ke msh aktif lg kanser dia.. Aku kompius lak jdnye
Quote zjen 23-12-2020 12:38 AM
RatuDunia94 replied at 22-12-2020 08:39 PM
Mohon buat live streaming masa tgh menyuntik tu.. hahaha.. propa budka tadika pon boleh propa..

live pon xleh caya,  aritu ada bideo org politik amerika buat suntikan palsu,  lakonan pasal nak untung dr vaksin
Quote pyropura 23-12-2020 02:08 AM
Selfish betul. Nak lepas tengkuk dia je dulu habahcow.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.046489 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top