CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ali Puteh Luah Rindu Pada Ibu Dan Abam, Kenapa 'Kerat' Gambar Hidayah?

22-12-2020 10:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16578| Komen: 82

Pelawak Ali Puteh, 31, meluahkan rasa rindu terhadap dua insan tersayangnya iaitu ibu, Sabariah Arshad dan abangnya, Allahyarham Abam Bocey.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan menerusi perkongsian di Instagram memaklumkan sudah lima hari dia tidak bertemu ibunya yang kini dirawat di hospital.




"Rindu saat ni, mak masih di hospital sekarang dan masih belum sedar dari tidur. Doakan semoga mak sembuh. Tak ada apa yang mampu, selain doa untuk mak kembali pulih.

"Lima hari dah mak di hospital dan kami belum dibenarkan melawat mak. Hampir 11 bulan dah abang pergi. Tengok gambar ini, terasa macam baru semalam kami semua bersama," tulisnya.

Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Ahmad Ridzuan, 32, meninggal dunia pada 10 Februari lalu di kedimannya di Gombak, Selangor.

Foto: IG

Menurut Ali lagi, begitu kuat ujian Allah SWT buat dia dan keluarga. Ujarnya, dia tetap percaya Allah uji tanda sayang dan terus istiqomah kepada-Nya.

"Kuat ujian Allah pada kami. Tapi, saya percaya Allah uji tanda sayang. Semoga ada sinar buat keluarga kecil kami ini. Doakan ye," katanya.

 Terdahulu, Ali juga membuat perkongsian di Instagram memaklumkan ibunya, Sabariah, 63, dikejarkan ke bahagian kecemasan Hospital Selayang disebabkan serangan asma sejak Khamis lalu.

Ali berkata ibunya masih 'ditidurkan' kerana perlu berehat berikutan mengalami asma yang teruk dan menggunakan alat bantuan pernafasan. 

Sumber: Harian Metro

Sementara itu, gambar yang dimuat naik Ali di Instagram telah menimbulkan persoalan. Kenapa 'kerat' gambar Hidayah?-CARI

GAMBAR ASAL:

Foto: IG

GAMBAR YANG DIMUAT NAIK ALI:

Foto: IG


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AshkieLa 22-12-2020 10:39 AM
Edited by AshkieLa at 22-12-2020 10:44 AM

lantok dia lah.. lagipun itu balu abangnya yg bila2 masa boleh jadi bini orang lain sekarang ni...
kalau dia kerat gambar hamzah.. itu pelik.

apepun mamat ni ade masuk muzikal lawak superstar tu ke?
kalau ade... dok kulu kilir up kisah yg perlukan orang simpati sebegini..
baik toksah masuk... fokus jaga mak tu walaupun tak dapat gi lawat lagi.
Quote pearl.silver 22-12-2020 10:39 AM
Husnuzon..
Gmbo tu panjang sgt nk masuk dlm ig
Klu masuk semua nnt gmbo jd kecik. Xnmpk muka ali nnt
Quote lattehazelnut 22-12-2020 10:41 AM
Kalau dia crop pun apa masalahnye?
Quote Jemahjemah 22-12-2020 10:42 AM
Ala bia la ali ni. Pangai mcm budak2. Mcm la xde gmbr diaorg without hidayah. Saja nak panaskan and tunjuk butthurt dia tu
Quote jelitayu 22-12-2020 10:48 AM
ikut dia lah dia nak up gambar sapa pun....sebok la netizen ni pun nak menjadi batu api. lorat nau2.

Hidayah pun takde kebulur nak enterprem dlm IG tu....aman2 je dia menjalani hidup sendiri tanpa manusia2 toksik berdekatan....
Quote Nnasda53 22-12-2020 10:55 AM
Biarkanlah tak salah mana pun tak ada gmbr kak iparnya.
Dia tulis pun elok2 je lain la dia carutkan tu salah la.
Dia minta doa kita doakan saja.
Kalau dia minta carut tu faham2 pikir sendiri la ya nak bg carut ke nak bg doa hehehe.
Syafakillah buat Mak arwah abam.Semoga semuanya di permudahkan.
Quote msdummy.2018 22-12-2020 11:02 AM
dah terang2 dia gaduh dgn dayah..mmglah dia kerat gmbr oeg tuh..takkan bodoh sgt smpi xleh pk mcm tuh?
Quote husna_amal 22-12-2020 11:02 AM
Masih berdendam lah tu.
Quote salmon-suki 22-12-2020 11:04 AM
Bia jelaa dia..mcm laa netz tak pernah bt perangai mcm ni..mcm laa alim sgttttttt netz nih nk persoal psl posting dia.. kang masuk gmbr balu tuh,mcm2 plak netz putarbelit..

Masing2 dh dpt bahagian masing2 kan drpd harta arwah..so,duk dendiam sudehhhhhh..fikir pasal arwah y sedih tgk family sendiri bergaduh gara2 harta...
Quote rasnea 22-12-2020 11:08 AM
Mamat ni memboringkan ...next
Quote Kurex 22-12-2020 11:21 AM
Kau kata nak bersara dah, tetap jua masuk pertandingan tu. puihhhhh
Quote namieamuro 22-12-2020 11:28 AM
wpun iols nyampah dgn ali susun ni tapi ape yg nak diherankan kalau die crop gambar dayah..lg heran kalau die tak crop

Quote naina 22-12-2020 11:33 AM
Hahaha. Tibe2 forumer xkisah plak..thread lain kemain berdegar2 komen kutuk ali susun. Bg aku crikla gambar lain yg xde gmbar dayah. Nmpk sengaja cipta kontroversi utk disebut2 sentiasa.
Quote nazzse 22-12-2020 11:43 AM
Ali dah move on, dayah dah move on, netizen jer yg tak move on lagi
Sibuk ambik tahu pasal family retis
Quote BoongaKertas 22-12-2020 11:48 AM
walaupun meols tak suka mamat ni, tp meols tetap nak doakan mak dia diberikan kesembuhan segera. mmg tak aman nak keje sbb risau mak masuk hospital. pastu susah nak nafas. meols ckp berdasarkan pengalaman jg mak aritu. ya ampun, kusut nak mampos ye life meols time tu sbb risau. time tu lah baru tahu takde benda lebih berharga dari kesihatan seorang ibu.
Quote awenda507 22-12-2020 11:58 AM
Da terang2an dia declare war ngn dayah. Lg nk pelik ke pic dayah kena crop? Netizen ni punnn
Quote helicornia 22-12-2020 12:06 PM
AshkieLa replied at 22-12-2020 10:39 AM
lantok dia lah.. lagipun itu balu abangnya yg bila2 masa boleh jadi bini orang lain sekarang ni...
...

betul tu.hakikatnya dayah bukan ada kaitan lagi
hubungan yg ada hanya dgn anak abam
Quote helicornia 22-12-2020 12:07 PM
AshkieLa replied at 22-12-2020 10:39 AM
lantok dia lah.. lagipun itu balu abangnya yg bila2 masa boleh jadi bini orang lain sekarang ni...
...

betul tu.hakikatnya dayah bukan ada kaitan lagi
hubungan yg ada hanya dgn anak abam
Quote damian_lee 22-12-2020 12:08 PM
for me lantaklah
sebb IG dia
takkan nak up gambar musuh
tak gitu?

tapi aku rengsa dengan ratipan tak berkesudahan somi isteri ni
aku paham kerinduan dan kesedihan pada yang tiada itu takkan habis

tapi sudah2 la tu dikkkkkk

aku ada kawan yang duk meratib rindu mak ... sayang mak
padahal time mak sakit tak jaga pun .... choiiii

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.045113 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top