CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tikam Ibu, Bapa Tiri Kerana Disuruh Berhenti Main 'Game'

21-12-2020 02:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2074| Komen: 12

Lelaki membunuh bapa tiri dan menikam ibunya selepas diminta menutup permainan video yang dimainnya.

Christopher McKinney, 29, diminta ibunya berusia 66 tahun dan bapa tirinya, 71, untuk berhenti permainan video di rumah supaya mereka boleh tidur.


Bagaimanapun, lelaki itu menumbuk ibunya di wajah dan memukul bapa tirinya.


Kredit foto: Agensi/Harian Metro

Keadaan itu menyebabkan bapa tirinya mengambil pisau bagi melindungi dirinya dan isteri sebelum berlaku pergelutan.

Difahamkan, Mc Kinney berjaya merampas senjata berkenaan sebelum menikam ibu dan bapa tirinya, lapor The Sun.

McKinney kini berhadapan beberapa pertuduhan membabitkan insiden itu yang berlaku pada petang 11 Disember lalu.

Dia didakwa atas pertuduhan serangan dengan niat untuk membunuh dan menghalang tugas pegawai polis.

Bagaimanapun, pertuduhan itu mungkin ditambah berikutan kematian bapa tirinya selepas empat hari bertarung nyawa akibat kecederaan dialami dalam serangan itu.


Polis memaklumkan, mereka menemui tertuduh berlumuran darah di rumah itu.

"Dia ditemui dalam keadaan berbaring dan berlumuran darah. Darah juga ditemui hampir semua tempat iaitu di dinding dan siling rumah.

"Ketika ditahan, McKinney meludah ke arah pegawai polis dan menyerang anggota bomba yang sedang memberi pertolongan cemas," kata polis.

Tertuduh kini ditahan di Penjara Oakland dan dikenakan bon sebanyak RM2,035,760 (£377,000)


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 21-12-2020 02:51 PM
Gila ganas, setan apa yang telah merasuki dirimu.
Quote Kurex 21-12-2020 02:58 PM
Mcm muka lelaki pertengahan 40an..
Quote Tinot7 21-12-2020 03:16 PM
sumer tu bekas darah kat muka dia ke?
Quote matchstick 21-12-2020 04:09 PM
Kerana game je pun musnah 1 famil..tak smpt nk beraya krismas tahun ni
Quote Dwdrum 21-12-2020 04:15 PM
Teruk juga game addicted... Thread sebelah ber wrestling.. Ramai mati sebab manusia gila gadget..
Quote Scheherazade 21-12-2020 04:15 PM
Apa ka bongok nya la hai manusia ni. Moga terseksa duk penjara tu. Mana nk main video game dah dlm tu
Quote Mulotkoyak 21-12-2020 08:00 PM
So control la anak kome dr addicted to play games{:laugh{:hooray
Quote Aliaskotonggo 21-12-2020 09:27 PM
banyak sangat main minecraft ni
Quote Kipaskiok 21-12-2020 11:22 PM
Mak aiii...bila dh kemaruk game..smpi sggpnya mcm tu
Quote ikanmasin 22-12-2020 12:20 AM
bahaya btl bila dah tak peduli sekeliling.sampai tak boleh ditegur..trs membunuh..
Quote anisanim 18-2-2021 09:45 AM
Ko main game ganas sampai bawa ke dunia realiti...bahaya klu dah overdose game mcm ni

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.062983 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top