CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penjawat Awam Ditahan "Skodeng" Wanita Dalam Tandas

18-12-2020 03:22 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2888| Komen: 7

Description: SUNGAI PETANI: Seorang penjawat awam hari ini telah ditahan kerana mengintai seorang wanita di dalam tandas di sebuah stesen minyak di Jalan Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah.
Perlakuan suspek berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di hadapan tandas. - Foto ihsan polis



SUNGAI PETANI: Seorang penjawat awam hari ini telah ditahan kerana mengintai seorang wanita di dalam tandas di sebuah stesen minyak di Jalan Cinta Sayang, Sungai Petani, Kedah.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah memaklumkan, suspek berusia 36 tahun itu ditahan pada jam 5.20 petang Khamis ketika hadir ke balai polis untuk membuat laporan penafian berhubung aduan yang dibuat mangsa.

Bagaimanapun katanya, keterangan yang diberikan suspek agak meragukan dan dia ditahan untuk membantu siasatan.

Katanya, hasil soal siasat mendapati, suspek tidak mengaku melakukan perbuatan berkenaan seperti yang didakwa pengadu.

Malah, suspek mendakwa dia masuk ke tandas wanita kerana sakit perut disebabkan kononnya tandas lelaki berkunci, namun perlakuan suspek berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di hadapan tandas.

Siasatan juga mendapati, suspek tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini dan ujian saringan awal air kencing terhadapnya mendapati dia bebas dari pengaruh dadah.

Adzli berkata, dalam kejadian jam 10.30 malam Rabu, mangsa berusia 34 tahun itu mendakwa terlihat tapak tangan dan mata suspek di bawah ruang pintu tandas.

Terkejut dengan kejadian itu, mangsa bergegas keluar dan bertanyakan kepada anaknya yang berada di dalam kereta, yang kemudian memberitahu telah melihat seseorang memasuki tandas tersebut.

Adzli berkata, mangsa kemudian memaklumkan kepada pekerja stesen minyak berkenaan sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Petani.

Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kesalahan Kecil.

Difahamkan, suspek akan direman pada Jumaat.



Sumber : AstroAwani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 18-12-2020 04:45 AM
Serammmm kaki skodeng ni
Quote Belibis 18-12-2020 08:39 AM
Susah2 nak tengok kerang live,sedangkan kat tenet bersepah2.pilih jer kaler apa.nyesal pun dah terlambat.
Quote cucuq 18-12-2020 08:43 AM
asyik plak berita psal perilaku penjawat awam je lately..
Quote husna_amal 18-12-2020 10:04 AM
Salah faham je kot. Apa seronoknya skodeng orang tengah berak
Quote EvieWanKenobi 19-12-2020 08:34 AM
sekarang makin ramai mengalami masalah mental..
Quote Scheherazade 19-12-2020 02:02 PM
Boleh trauma yg diintai tu, nmpk tapak tgn dgn mata mmg seram der
Quote Jemahjemah 22-12-2020 03:03 AM
Ni yg buat aku takut nak gi public toilet. Mmg tahan smpi balik rumah. Kecuali mmg sakit perut gilerr. Tu pun cnfirm suruh kwn teman.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.135405 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top