CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menyamar Pegawai Kanan SPRM, Datuk Roy Ditahan

17-12-2020 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3289| Komen: 13

Description: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu kerana disyaki menyamar dan menerima rasuah RM60,000 untuk 'menyelesaikan siasatan'.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu kerana disyaki menyamar dan menerima rasuah RM60,000 untuk 'menyelesaikan siasatan'.

Tiga daripada mereka berusia 39 hingga 54 tahun ditahan di Putrajaya pada jam 4.30 petang semalam, manakala seorang lagi ditahan di Melaka, jam 8.30 malam tadi.

Seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Datuk Roy mengaku sebagai Pengarah SPRM, yang mempunyai kuasa untuk menutup siasatan kes rasuah.

Foto: Berita Harian

Sumber berkata, semua suspek bukan sahaja menyamar sebagai pegawai kanan SPRM serta Timbalan Pendakwa Raya, malah meminta wang untuk menukar pertuduhan kepada kesalahan yang lebih ringan.

Katanya, mereka juga boleh melepaskan semula akaun bank yang dibekukan SPRM.

"Lebih mengejutkan, bagi memastikan mangsa percaya dengan modus operandi penipuan itu, kumpulan ini dikesan masuk ke kawasan Ibu Pejabat SPRM semata-mata mahu mengambil gambar untuk menyakinkan mereka pegawai SPRM.

"Setiap tindak-tanduk mereka dirakam oleh kamera litar tertutup di Ibu Pejabat SPRM," katanya.

Sumber berkata, seorang wanita yang juga ahli kumpulan terbabit masih dikesan SPRM.

Sementara itu, Pengarah Perisikan SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman mengesahkan penahanan itu dan beliau memberitahu, kes itu disiasat dibawah Seksyen 16 Akta SPRM.

Katanya, mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini untuk permohonan reman, mengikut seksyen 117 Kanun Acara Jenayah

Beliau berkata, Majistret Shah Wira Abdul Rahim membenarkan tempoh reman selama enam hari bermula hari ini hingga Selasa. -CARI

Sumber: Berita Harian Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salimrock 17-12-2020 11:59 AM
ermm,, melayu dan rasuah ,

pernah aku di offer personal loan,

maximum sehingga 200k , tp ko kene bayar upfront RM 500 bagi officer bank tu utk luluskan ...


wtf?

kalo aku layak aku tak perlu rasuah la pakcik ( yg offer ni pakcik )  lg pun ni loan, aku kene bayar balik...

tp aku dgr juga ada yg terpedaya juga ,duit rasuah dah bayar, tp loan tak lulus, common la, gaji 3k mau personal loan 200k? tak kira ccris ctos, jatos bagai
Quote c===8 17-12-2020 12:22 PM
roy! hati kau keras
Quote Lengkong 17-12-2020 12:29 PM
Gambar Datuk Roy tak de ke..



Quote husna_amal 17-12-2020 12:34 PM
Pemberi rasuah terciduk dengan penyamar.
Quote MadameOnion 17-12-2020 12:43 PM
dato roy mana pulak ni? boroy?
Quote sharlenetexas 17-12-2020 01:56 PM
Lompat pagar tak?
Quote Belibis 17-12-2020 01:59 PM
Salah sebab menyamar atau sebab rasuah?
Quote RatuDunia94 17-12-2020 02:09 PM
Duit > Integriti
Quote slyfynx 17-12-2020 02:44 PM
salimrock replied at 17-12-2020 11:59 AM
ermm,, melayu dan rasuah ,

pernah aku di offer personal loan,

This is unfortunately very common.
Ade kawan aku kene.
Siap sblm tu nk pinjam duit aku, terdesak katenye.
Pastu bile aku mntk balik, die cite pinjam 500 tu sbb nk bayar kt agen bank untuk pinjaman.
Last sekali lebuh.
Pastu nk suh aku kesian kat die sbb x dpt bayar balik.
Aku maki sungguh2 la sbb aku bukan jenis suke bg pinjam duit.
And ko konon2 terdesak sgt, sekali sbb nk bayar kt org nk bg loan.
Bodoh ape nye kene bayar untuk dapat duit.
Pastu siap die lak maki aku sbb x faham situasi die.
NOPE. Aku dah x larat nk mntk duit aku balik mcm mintak sedekah.
Quote Jemahjemah 17-12-2020 07:16 PM
c===8: roy! hati kau keras


Hahahaha baca tajuk terus teringat dialog ni {:run
Quote salimrock 17-12-2020 08:31 PM
slyfynx replied at 17-12-2020 02:44 PM
This is unfortunately very common.
Ade kawan aku kene.
Siap sblm tu nk pinjam duit aku, terdesak ...

last2 untung org yg jaja rm500 tu, opis kau dulu 7 tahun lepas , boleh kata dari 1 : 5 orang yg aku jupe ada bayar kt pakcik tu... huntung la pakcik tu dan kawan nye..
bila ditanya dia tak ngaku, dia cakap kawan dia,

kawan dia pn tak ngaku, kawan dia yg kerja bank

kawan yg kerja bank pn tak ngaku kata pegawai bank

pegawai bank tak ngaku cakap pegawai ctos...

nak report polis takut malu, sebab member pn pegawai bank juge...



Quote LadyCarefree 18-12-2020 12:14 PM
salimrock: ermm,, melayu dan rasuah


Memang taklah melayu nak involve. Melayu = Islam. Rasuah = haram.
Quote renko 18-12-2020 02:20 PM
hahahaha datuk roy
kelakar lak

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 05:35 AM GMT+8 , Processed in 0.048151 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top