CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anjing Dicampak Dari Balkoni Motel, Ada Jarum Tertanam Dalam Kaki

17-12-2020 09:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3259| Komen: 15

Description: Seorang wanita bertindak mencampakkan anjingnya sendiri dari balkoni tingkat satu sebuah motel ke tingkat bawah.
Seorang wanita bertindak mencampakkan anjingnya sendiri dari balkoni tingkat satu sebuah motel ke tingkat bawah.

Allison Murphy, 35, ditahan di motel di bandar Daytona Beach di Florida, Amerika Syarikat dan didakwa melakukan kekejaman terhadap haiwan.


Dia juga didapati bertindak kekerasan terhadap seorang anggota polis.

Menerusi satu rakaman pada 14 Disember, wanita itu bergegas keluar dari bilik motelnya bersama seekor anjing baka German shepherd, manakala polis berada di sebalik pintu.


Kredit foto: Daily Star

Wanita itu secara tiba-tiba ke depan dan melemparkan anjing itu ke atas pagar balkoni, sementara seorang polis cuba menarik bahunya bagi menghentikan perbuatan itu.


Namun, anjing malang itu tidak sempat diselamatkan dan jatuh ke tingkat bawah.

Ia bagaimanapun mengalami kecederaan ringan dan diberikan perhatian oleh sebuah pusat jagaan haiwan.

Menerusi imbasan X-ray, mendapati terdapat jarum jahitan yang tertanam di dalam kaki haiwan itu, tetapi ia kemudian dikeluarkan dan sedang menjalani pemulihan. -CARI


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 17-12-2020 10:02 AM
Dia ni ok ke tak?
Quote Kurex 17-12-2020 10:03 AM
Mana mungkin leluhur ikutan urban berkerak yg sering dipuji forumer buat macam ni.
Quote sarah82 17-12-2020 10:10 AM
Anjing jenis GSD.. One of the finest weii.. Aku dah la suka GSD ..haramjadah..
Quote sukacactus 17-12-2020 10:11 AM
Sian anjing tu dapat tuan gila
Quote husna_amal 17-12-2020 10:37 AM
Kalau pasal anjing mesti pencinta haiwan kat Malaysia ni turut rasa marah sekali
Quote Mamason 17-12-2020 10:43 AM
Anjing pun makhluk jugak.  Xnak syg pun jgn menganiaya...simple.
Quote kelapaparut 17-12-2020 10:54 AM
alahaii, pure2 terkejut ummah..kat malaysia atuk melayu tembak kucing sampai bersepai, xperlu nak tuduh bangse ape, semue bangse ade baik buruknye
Quote Dwdrum 17-12-2020 11:09 AM
Nasib baik anjing selamat... Harap lahanat mental ini masuk prison dan di larang ada pet seumur hidup...
Quote saviour_09 17-12-2020 11:18 AM
celaka
Quote hatikudus 17-12-2020 11:25 AM
Sejujurnya aku tak suka baca citer2 penderaan haiwan begini...tak kira lah apa jenis haiwan pun..aku sedih
Quote mamajawie 17-12-2020 11:29 AM
manusia da takde akal da cam zombie sejak wabak covid n lockdown ni..bgus la jenjarum FM da mula melekat kt kepala wotakkk manusia supaya jadi gila
Quote Artemesiaa 17-12-2020 01:13 PM
Mental stress lepas kemarahan pada anjing tak pasal anjing jadi mangsa.  Nasib masih selamat sebab tak tinggi sangat jatuhnya.
Quote Rogue98 18-12-2020 07:17 AM
Satu tingkat pun tinggi jugak tu. Bengong punye manusia. Harap anjing tu tak cacat lah n dapat tuan baru yang lebih baik.
Quote sarah82 18-12-2020 08:16 AM
kelapaparut replied at 17-12-2020 10:54 AM
alahaii, pure2 terkejut ummah..kat malaysia atuk melayu tembak kucing sampai bersepai, xperlu nak tu ...

Ala.. Acah2 nak mengata.. Bila mai bangsa Melayu kemain mengata.. Kena bangsa lain.. Dan2 nak ubah topik dan pusing salahkan bangsa Melayu.

Kalau ang tu sedar yg semua bangsa ada baik dan buruk.. Tak ada la asyik nampak salah Melayu.
Quote Scheherazade 19-12-2020 02:00 PM
Mental ke wanita ni? Nasib anjing tu x mati. Hopefully it will find a new owner who will take better care of it.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.050913 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top