CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terengganu Dijangka Alami Kemarau Serius Antara 2025-2030

15-12-2020 02:55 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2988| Komen: 18

Description: Kuala Nerus: Terengganu dijangka mengalami musim kemarau serius antara 2025 dan 2030 akibat fenomena El Nino, dan diikuti banjir yang lebih kerap antara 2030 dan 2035 selaras dengan kemunculan La Nina ...



Kuala Nerus: Terengganu dijangka mengalami musim kemarau serius antara 2025 dan 2030 akibat fenomena El Nino, dan diikuti banjir yang lebih kerap antara 2030 dan 2035 selaras dengan kemunculan La Nina, menurut kajian.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (Nahrim) Datuk Ir Dr Nasir Md Noh berkata, perubahan iklim yang agak ekstrem ketika itu turut membabitkan negeri-negeri lain, namun Terengganu dijangka mengalaminya dalam tempoh lebih panjang.

Beliau berkata, ia merupakan sebahagian daripada hasil kajian ramalan yang dijalankan bersama dengan Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang dihasilkan dengan menggunakan kaedah 'big data' yang mampu meramal perubahan iklim antara 90 dan 100 tahun akan datang.


"Ini adalah ramalan hasil laporan penilaian yang dibuat oleh Panel Perubahan Iklim Antara Kerajaan (IPCC). Bagi Nahrim pula, tindakan yang dibuat ialah memaklumkan perkara ini kepada Kementerian (Alam Sekitar dan Air) serta operator bekalan air untuk membuat persediaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini, hari ini.

MoU itu ditandatangani pada 2 November lalu secara maya susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sementara itu, Naib Canselor UniSZA Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, MoU itu akan merancakkan lagi penyelidikan universiti serta perkongsian kepakaran industri dalam beberapa projek penyelidikan jangka panjang yang berskala besar.



Sumber : HarianMetro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 14-12-2020 09:26 AM
Kesian la mak aku weh....aku kalo balik ganu mmg hmmmm jelah..panas nya x sama dgn kl..membahang panasnya...x reti nak seksplain tp mmg lain macaim
Quote AbukRokok 14-12-2020 09:28 AM
rindu angin sejuk siberia...walaupun matahari tepat terpacak atas kepala tanpa awan....angin sejuk mcm aircon saja di kulit
Quote Buritan 14-12-2020 09:30 AM
jalfa replied at 14-12-2020 09:26 AM
Kesian la mak aku weh....aku kalo balik ganu mmg hmmmm jelah..panas nya x sama dgn kl..membahang pan ...

Akhir zaman... esok luse tup tup Allah kata dunia is the enddddddddd..
Quote asma87 14-12-2020 09:30 AM
Kat kundasang Sabah best. Sejuk jeeeee
Quote CARI-HBZ 15-12-2020 02:55 AM





Kuala Nerus: Terengganu dijangka mengalami musim kemarau serius antara 2025 dan 2030 akibat fenomena El Nino, dan diikuti banjir yang lebih kerap antara 2030 dan 2035 selaras dengan kemunculan La Nina, menurut kajian.


Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (Nahrim) Datuk Ir Dr Nasir Md Noh berkata, perubahan iklim yang agak ekstrem ketika itu turut membabitkan negeri-negeri lain, namun Terengganu dijangka mengalaminya dalam tempoh lebih panjang.


Beliau berkata, ia merupakan sebahagian daripada hasil kajian ramalan yang dijalankan bersama dengan Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang dihasilkan dengan menggunakan kaedah 'big data' yang mampu meramal perubahan iklim antara 90 dan 100 tahun akan datang.


"Ini adalah ramalan hasil laporan penilaian yang dibuat oleh Panel Perubahan Iklim Antara Kerajaan (IPCC). Bagi Nahrim pula, tindakan yang dibuat ialah memaklumkan perkara ini kepada Kementerian (Alam Sekitar dan Air) serta operator bekalan air untuk membuat persediaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini, hari ini.


MoU itu ditandatangani pada 2 November lalu secara maya susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Sementara itu, Naib Canselor UniSZA Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, MoU itu akan merancakkan lagi penyelidikan universiti serta perkongsian kepakaran industri dalam beberapa projek penyelidikan jangka panjang yang berskala besar.







Sumber : HarianMetro
Quote Perawankota 15-12-2020 03:27 AM
Dah patut rancang awal2 lah, klu dah tau ramalan mcmtu
Quote Tinot7 15-12-2020 05:44 AM
Apa penyelidikan yg depa nak buat?
Quote ashilalat 15-12-2020 06:32 AM
Selangor diramal xde air lama dah...tu pon x reti nak wat apa. Datang bencana baru mcm ni, habisla malaysia.
Quote Mulotkoyak 15-12-2020 07:10 AM
Tinot7: Apa penyelidikan yg depa nak buat?

Tanam pokom laaa sis.. Dgn lebih byk... Oksigen kan sejuk ckit....
Quote coco 15-12-2020 08:19 AM
tak tau nak percaya  ke tak.  kalau kat kawasan coco ni,  tengok ramalan hujan siap gambar ribut angin petir semua.   tunggu tunggu ....lepas dua hari masih tak  ada apa pun,   mendung pun idak.   panas heeeloookkk je.    selalu sangat la,  dalam 10 ramalan,  2 je kot la yang hampir2 betul.  
Quote insulin 15-12-2020 08:46 AM
Semoga tak menjadi realiti. Terfikir pasal kemungkinan Tasik Kenyir kering je. Nanti hidroelektrik tak berjalan pula.
Quote Supersirap 15-12-2020 08:58 AM
Sudah boleh membuat pelan tindakan khas bagi mengharungi bencana kemarau yang bakal melanda, jangan lagi 2-3 bulan nak kemarau baru  mula nak mesyuarat, itu tindakan yang agak tidak bijak
Quote tripleid 15-12-2020 09:23 AM
selagi lobai teganu x tebang balak scr besar2an mcm lobai pas kelantan rasanya takde apa2  kot
Quote raihaneem 15-12-2020 09:32 AM
Terengganu kalau tk kemarau pun kalau tak musim tgkujuh mmg pns

Smpai mlm pun tidoq berpeluh. Rumput smpai kering mati  warna coklat...terjatuj mancis bernyala ka..rokol menyala ka..mmg merebak la kebakaran.

Tara tak kemarau teruk mcm diramalkan ni pun..bomba bz dok padamkan api..

Sepnjg pindah merata ni..kat ganu ja rumput kerinng sekeringnya ..tak payah boh racun apa..

Tkleh lupa..bakaq sampah..api smbaq rumput lain..tu dia marak...kalut simbah ayaq

Jiran belakang pulak...tiap hari bakaq sampah rumput btg pokok...asap dia Ya Allah....seksa..dah la panas suffocated dgn asap...
Lepak pantai nk bg lega paru2...

Hmm....
Tp..yg bagusnya..dok trganu berat turun..tktau la..kot sbb pns jd mcm sauna..mkn pun tk berapa lalu..
Quote husna_amal 15-12-2020 09:33 AM
Kalau takde langkah persediaan masalah yang bakal datang pun takde guna.
Quote wnwa05 15-12-2020 12:02 PM
bukan ganu je tapi mungkin 1 dunia.tanda2 dajjal nak keluar akan kemarau yang teruk selama 3 tahun berturut2..bersediakah kita
Quote Artemesiaa 15-12-2020 12:06 PM
Dah tahu eloklah buat pesediaan awal untuk diri sendiri dan keluarga tak perlu harap pemerintah nak mulakan.
Quote Bell 15-12-2020 12:09 PM
Air Tasik Kenyir byk. Tasik Kenyir tasik terbesar di Asia Tenggara.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.062769 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top