SETELAH sekian lama berdolak-dalik mengenai hubungan mereka, dua selebriti Hollywood, Katy Perry dan John Mayer dikhabarkan akan melangkah ke fasa yang lebih serius. Selepas gagal dalam rumah tangga sebelum ini, Perry agak selektif memilih pasangan hidup namun kehadiran Mayer dapat mengubat hatinya. Menurut Showbizspy, pasangan yang sedang hangat dilamun cinta itu mahu melangsungkan majlis pertunangan dalam masa terdekat ini. "Bagi mereka, hubungan cinta yang terjalin itu membuatkan mereka yakin untuk fasa hidup baru. "Mereka juga merancang untuk majlis yang sederhana dan hanya dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja," kata sumber itu.
|
ADVERTISEMENT