CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gara-Gara Picit Jerawat, Muka Bertukar Jadi Hodoh

10-12-2020 10:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10407| Komen: 91

Seorang wanita di Filipina tidak menyangka tindakan memicit jerawat di muka menyebabkan wajahnya yang dahulu cantik bertukar hodoh.

Lebih malang, akibat perbuatan itu, Mary Ann Regacho, 17, dari Nueva Ecija, kini, tidak mampu melihat apabila menjadi buta.


Menceritakan kisahnya, Mary berkata, pada mulanya, dia hanya memicit jerawat di muka, sebelum ia membengkak dan semakin teruk, pada tahun lalu.

Foto: The Sun
The Sun melaporkan, wanita itu menyangka bengkak di muka akibat perubahan hormon selepas melahirkan bayi lelakinya, ketika dia berusia 16 tahun.

Selepas memicit jerawat itu, dia berasa semakin sakit di muka dan kesakitan itu merebak ke seluruh wajah.

Malah, Mary menyifatkan bengkak di muka seperti belon yang hendak meletup.

Kini, benjol itu hampir menutupi wajah dan mempengaruhi penglihatannya apabila bengkak itu merebak ke sudut mata.

Ibu muda itu berusaha menyembuhkan jangkitan itu dengan ubat herba, tetapi hampa.

Katanya, ketumbuhan itu turut merebak di hidung, pipi dan dahinya.

"Pada mulanya, saya rasa itu jerawat biasa, tetapi sakitnya sehingga tidak dapat tidur malam.

"Saya cuba semua benda untuk mengubatinya, tetapi gagal. Sekarang, wajah saya tidak sama lagi," katanya.

Suaminya, Albert Sales, yang mengambil upah bekerja sambilan di ladang jiran berkata, tanpa pendapatan tetap, dia tidak mampu mendapatkan rawatan untuk isterinya.

Selepas hampir setahun menahan sakit, wanita itu pergi ke hospital untuk pemeriksaan.

Namun, hospital itu tiada peralatan mendiagnosis penyakit misteri itu sehingga Mary dipindahkan ke hospital besar.

Kerana sukar membayar bil perubatan, suaminya yang bimbang kini meminta bantuan orang ramai.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 10-12-2020 10:36 AM
Ya Allah, aku pernah baca kat mana tah memang bahaya kalau kita picit jerawat kat batang hidung sbab takut tu sebenarnya bukan jerawat tapi tumor..wallahualam..

btw ksian kt adik pinoy atas ni..smoga ada la acc gofund untuk tlg sheollss ni
Quote doubleA 10-12-2020 10:40 AM
Baru dengar radio izwan azir share kat muka kita ada setiga maut. Dari antara kening ke bibir kanan dan kiri. Maknanya sekitar hidung la. Bahaya picit jerawat atau tarik bulu hidung. Trim ja buli hidung jangan tarik, jerawat pulak guna ubat jerawat. Dengar kelako tapi ada kajian. Sian adik ni, tak mampu sangat sampai berubat tradisional tak pergi hosp. Semoga cepat sembuh dan dapat bantuan
Quote sarah82 10-12-2020 10:56 AM
Dan2 aku stop pegang jerawat kat atas bibir aku
Quote renko 10-12-2020 10:57 AM
Tgn xbersih kot masa picit jerawat. Kesian xmasal je
Quote Kurex 10-12-2020 10:58 AM
doubleA replied at 10-12-2020 10:40 AM
Baru dengar radio izwan azir share kat muka kita ada setiga maut. Dari antara kening ke bibir kanan  ...

Misai atau bulu atas bibir ni tak boleh la? Habis la siapa yg buat threading
Quote RatuDunia94 10-12-2020 11:01 AM
doubleA: Baru dengar radio izwan azir share kat muka kita ada setiga maut. Dari antara kening ke bibir kanan dan kiri. Maknanya sekitar hidung la. Bahaya picit ...


Habit iols tarik bulu hidung kot.. semacam terapi tau.. alaaa bahaya ke??
Quote masnona 10-12-2020 11:08 AM
Takut nya. Semoga diberi kesembuhan
Quote mawar_mustika 10-12-2020 11:09 AM
alamak br je pecahkn jerawat atas hidung last week..tp serius cerawat atas hidung lebih sakit n susah nk pecahkn...seriaulh xnk buat dh lps ni
Quote doubleA 10-12-2020 11:19 AM
Kurex replied at 10-12-2020 10:58 AM
Misai atau bulu atas bibir ni tak boleh la? Habis la siapa yg buat threading

Threading macam trim juga kan tak sakit kan? Tak tau tak pernah buat threading, tapi guna cara lain la utk bulu atas bibir tu
Quote doubleA 10-12-2020 11:19 AM
RatuDunia94 replied at 10-12-2020 11:01 AM
Habit iols tarik bulu hidung kot.. semacam terapi tau.. alaaa bahaya ke??

Ikut info yg izwan tu share bahaya. Chuols tarik benda lain la buat terapi, tarik rambut ke, bulu roma kat tangan ke
Quote baghal_bortuqal 10-12-2020 11:21 AM
RatuDunia94 replied at 10-12-2020 11:01 AM
Habit iols tarik bulu hidung kot.. semacam terapi tau.. alaaa bahaya ke??

nasty...
iols pon sama
Quote baghal_bortuqal 10-12-2020 11:22 AM
simpatinya kat perempuan ni. kenapa jadi mcm tu sekali...
Quote salimrock 10-12-2020 11:53 AM
RatuDunia94 replied at 10-12-2020 11:01 AM
Habit iols tarik bulu hidung kot.. semacam terapi tau.. alaaa bahaya ke??

makin di cabut makin subur plak

harus lah cabut, bulu hidung ni bukan facial hair yg boleh di buat style mcm goatee

ada kt opis wa uncle ni biar je bulu idung panjang berjurai
Quote salimrock 10-12-2020 11:55 AM
baghal_bortuqal replied at 10-12-2020 11:22 AM
simpatinya kat perempuan ni. kenapa jadi mcm tu sekali...

ya la, semoga di berikan kesembuhan pada wanita ini
Quote mbhcsf 10-12-2020 12:10 PM
Edited by mbhcsf at 10-12-2020 12:12 PM

Memanglah bahaya untuk picit apa apa pun kat permukaan kulit muka , sebab jangkitan kuman akan mudah  merebak ke dalam bhgn dalam kulit dan paling worst worseeeeeeee ialah jangkitan kuman bacteria Staph aureus tu akan masuk ke dalam jaringan saluran kapilari darah  dalam otak !!!

apalahaaaaaaaiii


kalau baca anotomi of the blood vessel of the face and meninges ( selaput otak ) memang akan bersambung secara tidak direct

even salur darah kat atas kepala scalp tu ...bersambung dengan jaringan salur darak dalam otak

sebab tu  area the face triangle , bawah dagu alahai apa apa kat muka jgn dok suka guna jari atau benda tajam to poke.

itu amat amat kurang cerdik  namanya. sebab? bukan kita tak dimaklumkan kan hal ini. kita tak ikut.

ada pimple biar je,
then ambik antibiotics  and then kalau tak lega - check facial cleanser , then kalau tak  well roaccutane laa..

ni kena pakar ...prescribekan...


bahaya cellulitis pada bhgn muka yang merebak ke deep layer of the skin
Quote TomyamPuteh 10-12-2020 12:12 PM
Kurex replied at 10-12-2020 10:58 AM
Misai atau bulu atas bibir ni tak boleh la? Habis la siapa yg buat threading

@Kurex ada misai x?
Quote awanysss 10-12-2020 12:13 PM
ya allah aku dah lah sentiasa ada jerawata kat area hidung ngan pipi..
takut pulak.. sebelum ni doxycycline dah kena stop..
eii takutnya sampai buta
Quote haryatie 10-12-2020 12:14 PM
Ya Allah sian nya..
mcam ank aku tu ari, aku ingat jerawat kt muka
sapu la ubat jerawat..nasib baik x jadi macam2
sekali tengok kat badan2 pun ada
mana la aku tau demam campak mcm tu besar2 dn bernanah
cpt2 pegi klinik..
nasib baik kat muka tu pakai Dermatix bleh elok semula
risau aku ank teruna aku nnti x hensem
Quote Kurex 10-12-2020 12:14 PM
TomyamPuteh replied at 10-12-2020 12:12 PM
@Kurex ada misai x?

Mestilah ada..... Tapi cabut. Lepas ni nak trim je, tak berani dah nak cabut

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.047891 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top