CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amira Othman Sampai Masuk Wad Akibat Bersenam Berlebihan

8-12-2020 10:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11119| Komen: 65

Penyanyi dan pelakon, Amira Othman ditahan di hospital sejak Sabtu lalu selepas berdepan komplikasi akibat melakukan aktiviti kecergasan secara berlebihan.

Amira ketika dihubungi berkata, isu kesihatannya mula timbul selepas dia mengikuti senaman berbasikal 'indoor' minggu lalu.


"Rabu lalu, saya ikuti latihan kecergasan berbasikal secara 'indoor'. Selalunya, kalau saya bersenam atau melakukan aktiviti kecergasan, adalah normal sekiranya badan akan sakit-sakit selepas itu.

"Namun, kali ini sakitnya berbeza dan tak menunjukkan tanda-tanda akan berkurangan. Masuk hari ketiga, peha saya membengkak," katanya kepada Harian Metro.

Dia kemudiannya menjalani terapi, namun sakitnya masih tidak berkurangan.

Foto: IG

"Apabila terapi pun tak menjadi, rasa sakit itu pun tak hilang. Nak dijadikan cerita, sewaktu saya membuang air kecil, airnya menjadi warna hitam.

"Apabila saya bercerita dengan ibu bapa, mereka menasihatkan saya supaya membuat pemeriksaan di hospital memandangkan itu menunjukkan tanda-tanda sakit yang berkaitan dengan buah pinggang dan hati.

"Apabila saya rujuk ke hospital, doktor maklumkan komplikasi yang berlaku adalah disebabkan aktiviti kecergasan yang berlebihan. Mujurlah buang pinggang saya masih dalam keadaan baik," katanya.



Amira yang masih dirawat di sebuah pusat perubatan di sini berkata, perkara itu menjadi pengajaran buatnya.

"Selama ini, saya tak sangka senaman berlebihan boleh membawa kepada kemudaratan. Doktor maklumkan, bersenam tak menjadi masalah, tapi kita perlu tahu had memandangkan ia bergantung kepada tubuh seseorang.


"Saya jadikan ini sebagai pengajaran buat diri saya dan keluarga. Sakitnya tak dapat saya gambarkan dengan kata-kata," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cruz2 8-12-2020 10:37 AM
Muka dia dh nmpk cengkung dr dulu.oh senaman berlebihan boleh efek buah pinggang etc juga yer?ilmu baru ni.tp are you sure tak ada ambil any ubat kurus amira?
Quote NazRysha 8-12-2020 10:53 AM
adik dia yang penyanyi lelaki di telefon kan?
Quote Kurex 8-12-2020 10:57 AM
Adik dia muka manis.....
Quote MadameOnion 8-12-2020 10:58 AM
ada ke terlebih exercise effect kidney? kalau jantung tu aku penah dengar la..nak menipu pun tak beragak...dah ko telan mcm2 nak putih salahkan exercise pulak...retis ni depa ingat netizen bodoh mcm depa jugak kot..
Quote 800214 8-12-2020 10:59 AM
NazRysha replied at 8-12-2020 10:53 AM
adik dia yang penyanyi lelaki di telefon kan?

Tanpa redhaaaa mu, aaaaaaaku sakit
Quote zaraaqilah 8-12-2020 10:59 AM
bersenam sampai buah pinggang terkehel ke ape sampai kencing keluar air warna hitam?
Quote sweetrevenge16 8-12-2020 11:02 AM
NazRysha replied at 8-12-2020 10:53 AM
adik dia yang penyanyi lelaki di telefon kan?

Bukan, adik dia penyanyi lagu redha,irfan haris
Quote Nnasda53 8-12-2020 11:03 AM
exercise berlebihan pun mmg effect juga..cukuplah sekadarnya.
Quote YomiuriLandMae 8-12-2020 11:08 AM
X penah dgr plak over workout bole affect buah pinggang.. melainkan kau telan segala mcm benda supplement atau ubat haa tu ye..
Quote rosasen 8-12-2020 11:23 AM
kalo dh air kencing hitam tu masalah lain tu...
Quote ecahaha 8-12-2020 12:14 PM
allahu yg kecam pun cuba buat research dulu..

Rhabdomyolysis is a syndrome involving muscle breakdown and damage. When muscles are injured, they release their contents, including a muscle enzyme, into the bloodstream. The enzyme can harm the kidneys and can cause kidney failure in up to 40% of cases. It also can harm the kidneys’ ability to remove urine and other waste.

credit link : https://www.webmd.com/fitness-ex ... at%20Is%20Rhabdo%3F,up%20to%2040%25%20of%20cases.

sbb tu ramai yg active long run, hm fm, xboleh consume too much liquid during the activity, bebankan kidney utk process, excessive sweat some more.. bagus buat med check up utk make sure kidney x damage.
Quote husna_amal 8-12-2020 12:20 PM
Bila terlebih senam macam2 efek rasa. paling tak tahan  kaki cramp masa tidur.
Quote AshkieLa 8-12-2020 12:42 PM
get well soon..
tolong cari keje lain selain menyanyi/berlakon selepas sihat...
Quote Redmyvi 8-12-2020 01:29 PM
banyak sangat masa terluang kot smpai asyik senaman jer..

macam aku ni asyik keje je takda masa nak senam.. cuti pikir nak tido ja.. hahaha
Quote maitang 8-12-2020 02:53 PM
ramai nau yg jari lagi laju dari otak...
Quote adeqbun 8-12-2020 03:07 PM
Redmyvi replied at 8-12-2020 01:29 PM
banyak sangat masa terluang kot smpai asyik senaman jer..

macam aku ni asyik keje je takda masa n ...

Same la sis..wlupon jatenye alasan 15 minit je bole buat HIIT tp ai rs tetap xsmpt..baik 15 minit tu ai kelap mata kejap..betapa heticnye life jd marhaen ni..
Dlu2 ai kaki gym gak..join fitness groip wlupon BMI ok...coach sike push2 kate bole bole bole..to sbbdlm grup ai ade jugak cheat  repitition count sbb sgt2 xmampu wlupon kene push gile2..kdg2 ni coach bukannye reti..duk main push je..kot mati org kene hempok dumbell baru ade akkai
Quote HuoJingJue 8-12-2020 03:18 PM
aku sejak pakai hp ni tak sempat la nak bersenam..haha
Quote minah_selekeh 8-12-2020 04:36 PM
Boringnya pompuan ni.. Semua thread pasal dia pun membosankan..
Quote gorjeous 8-12-2020 04:39 PM
Moga cepat semboh...

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.058029 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top