CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ada Sebab Ustaz Ebit Lew Menunjuk-Nunjuk Kebaikan Yang Dibuat

4-12-2020 02:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11732| Komen: 130

Cenderung berkongsi kisah di sebalik tabir kerja kebajikan, pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew mengaku apa yang dilakukan sekadar mengajak lebih ramai individu berbuat kebaikan.

Ebit Lew atau nama sebenar, Ebit Irawan Ibrahim Lew, memberitahu, program realiti, Jejak Ebit Lew diterbitkan bagi menarik lebih banyak pihak membantu golongan memerlukan yang tidak disedari, sebelum ini.

"Selama ini, saya kongsi di Facebook (FB) dan Instagram (IG) sahaja. Tapi kali ini, saya mahu lebih meluas kerana di luar sana, ramai yang perlu dibantu.

"Saya paparkan nombor untuk dihubungi, telefon saya 'stuck' (tersangkut) sebab penuh dengan mesej.

"Malah, bayangkan, setiap tiga hari, pasukan saya menghantar 1,000 set makanan dan keperluan bernilai antara RM60,000 sehingga RM70,000... Itu pun tidak menyeluruh," katanya pada sidang media program Jejak Ebit Lew yang dikendalikan secara virtual, baru-baru ini.

Foto: IG

Program itu adalah kesinambungan Door To Door Ebit Lew yang disiarkan Astro Oasis.

Ebit berkongsi, boleh dikatakan hampir setiap negeri mempunyai penduduk susah.

"Jadi, apabila diuar-uarkan dalam program ini, kita dapat menarik pihak yang berminat membantu. Saya tahu orang di Malaysia berlumba-lumba mahu membuat kebaikan.

"Apabila kita tunjuk contoh baik begini, mudah-mudahan lebih ramai yang dibantu. Sebelum ini, ramai sahabat saya tidak pernah terlintas untuk membuat kerja khidmat masyarakat.

"Namun, selepas saya berkongsi, mereka turun padang. Mana tahu, selepas saya sudah tiada, ada orang akan meneruskan usaha kebajikan apabila melihat program disiarkan Astro Prima ini," katanya.

Pendekatan itu juga dianggap sesuai dengan situasi masyarakat yang berdepan pelbagai ujian akibat pandemik COVID-19.

Tambah Ebit, dia mula terbabit dalam kerja amal sejak berusia 12 tahun. Namun, baru sekarang, hangat diperkatakan.

Ebit tidak menyalahkan orang ramai yang mendakwa dirinya menunjuk-nunjuk.

Akui Ebit, sudah menjadi hasratnya untuk menarik lebih ramai orang menghulurkan bantuan.

"Orang kata saya menunjuk? Memang saya sengaja hendak tunjuk. Saya mahu wujudkan perasaan kekeluargaan antara kita. Saya hendak beritahu kita semua keluarga besar.

"Usaha ini membuatkan kita bersatu hati. Apabila kita bersatu hati, rahmat Allah akan turun. Rezeki dan rahmat kita ditarik apabila kita bergaduh antara satu sama lain.

"Perpecahan boleh membuatkan masyarakat rosak. Jadi, hendak tarik rahmat bagaimana? Kita kena bantu semua orang tanpa mengira bangsa dan agama," katanya.

Ebit berkata, fokus program Jejak Ebit Lew diperluaskan kepada misi bantuan dan kemanusiaan dan tidak sekadar dakwah semata-mata.

Uniknya, program itu bersifat jujur kerana tidak terikat dengan skrip atau babak komersial. Malah, kebanyakan misi bantuan yang dipaparkan bersifat spontan.

Ebit berkata, maklumat misi bantuan hanya diketahui sekurang-kurangnya sejam sebelum kumpulannya bergerak ke lokasi. Ini bermakna, semua pihak perlu bersedia setiap masa.

Bukan sekadar insan memerlukan, Ebit menjaga kebajikan hidupan flora dan fauna. Terbaru, Ebit menyumbang 200 kilogram daging segar untuk bekalan makanan haiwan selepas menerima permintaan Zoo Negara yang mengalami kekurangan dana akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Melihat keprihatinannya kepada masyarakat, tidak hairanlah, ada pihak menyarankan Ebit menjadi wakil rakyat.

"Politik bukan bidang saya. Terus-terang, saya tidak pandai berpolitik. Saya lebih berminat dengan kerja dakwah dan melakukan kebajikan masyarakat.

"Saya berdoa suatu hari nanti, mudah-mudahan Allah beri saya rezeki yang lebih agar dapat bantu lebih ramai orang. Saya mengaku banyak orang saya kecewakan hingga ada yang marah. Namun, saya tidak kecil hati," katanya.

Ebit tidak menafikan didatangi banyak pihak yang mahu menawarkan jawatan atau pangkat kepadanya.

"Saya gembira dengan hidup saya sekarang. Saya seperti layang-layang yang terbang bebas. Tidak terikat kepada ketua. Saya hanya taat kepada negara dan undang-undang.

"Saya tidak perlu bekerja di bawah orang lain dan tidak berhajat pun," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 4-12-2020 02:14 PM

"erpecahan boleh membuatkan masyarakat rosak. Jadi, hendak tarik rahmat bagaimana? Kita kena bantu semua orang tanpa mengira bangsa dan agama," katanya.

Ebit berkata, fokus program Jejak Ebit Lew diperluaskan kepada misi bantuan dan kemanusiaan dan tidak sekadar dakwah semata-mata.

Uniknya, program itu bersifat jujur kerana tidak terikat dengan skrip atau babak komersial. Malah, kebanyakan misi bantuan yang dipaparkan bersifat spontan.

Ebit berkata, maklumat misi bantuan hanya diketahui sekurang-kurangnya sejam sebelum kumpulannya bergerak ke lokasi. Ini bermakna, semua pihak perlu bersedia setiap masa.

Bukan sekadar insan memerlukan, Ebit menjaga kebajikan hidupan flora dan fauna. Terbaru, Ebit menyumbang 200 kilogram daging segar untuk bekalan makanan haiwan selepas menerima permintaan Zoo Negara yang mengalami kekurangan dana akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Melihat keprihatinannya kepada masyarakat, tidak hairanlah, ada pihak menyarankan Ebit menjadi wakil rakyat.

"olitik bukan bidang saya. Terus-terang, saya tidak pandai berpolitik. Saya lebih berminat dengan kerja dakwah dan melakukan kebajikan masyarakat.

"Saya berdoa suatu hari nanti, mudah-mudahan Allah beri saya rezeki yang lebih agar dapat bantu lebih ramai orang. Saya mengaku banyak orang saya kecewakan hingga ada yang marah. Namun, saya tidak kecil hati," katanya.

Ebit tidak menafikan didatangi banyak pihak yang mahu menawarkan jawatan atau pangkat kepadanya.

"Saya gembira dengan hidup saya sekarang. Saya seperti layang-layang yang terbang bebas. Tidak terikat kepada ketua. Saya hanya taat kepada negara dan undang-undang.

"Saya tidak perlu bekerja di bawah orang lain dan tidak berhajat pun," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian
Quote R2D2 4-12-2020 02:28 PM
Menunjuk-nunjuk ada sebab - Ustaz Ebit Lew
Oleh Fatin Farhana Ariffin - Disember 4, 2020 @ 11:00am

KUALA LUMPUR: Cenderung berkongsi kisah di sebalik tabir kerja kebajikan, pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew mengaku apa yang dilakukan sekadar mengajak lebih ramai individu berbuat kebaikan.

Ebit Lew atau nama sebenar, Ebit Irawan Ibrahim Lew, memberitahu, program realiti, Jejak Ebit Lew diterbitkan bagi menarik lebih banyak pihak membantu golongan memerlukan yang tidak disedari, sebelum ini.

"Selama ini, saya kongsi di Facebook (FB) dan Instagram (IG) sahaja. Tapi kali ini, saya mahu lebih meluas kerana di luar sana, ramai yang perlu dibantu.

"Saya paparkan nombor untuk dihubungi, telefon saya 'stuck' (tersangkut) sebab penuh dengan mesej.

"Malah, bayangkan, setiap tiga hari, pasukan saya menghantar 1,000 set makanan dan keperluan bernilai antara RM60,000 sehingga RM70,000... Itu pun tidak menyeluruh," katanya pada sidang media program Jejak Ebit Lew yang dikendalikan secara virtual, baru-baru ini.

Program itu adalah kesinambungan Door To Door Ebit Lew yang disiarkan Astro Oasis.

Ebit berkongsi, boleh dikatakan hampir setiap negeri mempunyai penduduk susah.

"Jadi, apabila diuar-uarkan dalam program ini, kita dapat menarik pihak yang berminat membantu. Saya tahu orang di Malaysia berlumba-lumba mahu membuat kebaikan.

"Apabila kita tunjuk contoh baik begini, mudah-mudahan lebih ramai yang dibantu. Sebelum ini, ramai sahabat saya tidak pernah terlintas untuk membuat kerja khidmat masyarakat.

"Namun, selepas saya berkongsi, mereka turun padang. Mana tahu, selepas saya sudah tiada, ada orang akan meneruskan usaha kebajikan apabila melihat program disiarkan Astro Prima ini," katanya.

Pendekatan itu juga dianggap sesuai dengan situasi masyarakat yang berdepan pelbagai ujian akibat pandemik COVID-19.

Tambah Ebit, dia mula terbabit dalam kerja amal sejak berusia 12 tahun. Namun, baru sekarang, hangat diperkatakan.

Ebit tidak menyalahkan orang ramai yang mendakwa dirinya menunjuk-nunjuk.

Akui Ebit, sudah menjadi hasratnya untuk menarik lebih ramai orang menghulurkan bantuan.

"Orang kata saya menunjuk? Memang saya sengaja hendak tunjuk. Saya mahu wujudkan perasaan kekeluargaan antara kita. Saya hendak beritahu kita semua keluarga besar.

"Usaha ini membuatkan kita bersatu hati. Apabila kita bersatu hati, rahmat Allah akan turun. Rezeki dan rahmat kita ditarik apabila kita bergaduh antara satu sama lain.

"Perpecahan boleh membuatkan masyarakat rosak. Jadi, hendak tarik rahmat bagaimana? Kita kena bantu semua orang tanpa mengira bangsa dan agama," katanya.

Ebit berkata, fokus program Jejak Ebit Lew diperluaskan kepada misi bantuan dan kemanusiaan dan tidak sekadar dakwah semata-mata.

Uniknya, program itu bersifat jujur kerana tidak terikat dengan skrip atau babak komersial. Malah, kebanyakan misi bantuan yang dipaparkan bersifat spontan.

Ebit berkata, maklumat misi bantuan hanya diketahui sekurang-kurangnya sejam sebelum kumpulannya bergerak ke lokasi. Ini bermakna, semua pihak perlu bersedia setiap masa.

Bukan sekadar insan memerlukan, Ebit menjaga kebajikan hidupan flora dan fauna. Terbaru, Ebit menyumbang 200 kilogram daging segar untuk bekalan makanan haiwan selepas menerima permintaan Zoo Negara yang mengalami kekurangan dana akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Melihat keprihatinannya kepada masyarakat, tidak hairanlah, ada pihak menyarankan Ebit menjadi wakil rakyat.

"Politik bukan bidang saya. Terus-terang, saya tidak pandai berpolitik. Saya lebih berminat dengan kerja dakwah dan melakukan kebajikan masyarakat.

"Saya berdoa suatu hari nanti, mudah-mudahan Allah beri saya rezeki yang lebih agar dapat bantu lebih ramai orang. Saya mengaku banyak orang saya kecewakan hingga ada yang marah. Namun, saya tidak kecil hati," katanya.

Ebit tidak menafikan didatangi banyak pihak yang mahu menawarkan jawatan atau pangkat kepadanya.

"Saya gembira dengan hidup saya sekarang. Saya seperti layang-layang yang terbang bebas. Tidak terikat kepada ketua. Saya hanya taat kepada negara dan undang-undang.

"Saya tidak perlu bekerja di bawah orang lain dan tidak berhajat pun," katanya.
Quote mamajawie 4-12-2020 02:31 PM
awal la plak msuk benang ni..
Quote jiwasemangat 4-12-2020 02:31 PM
Biar laa diaa..
Quote lavendernovella 4-12-2020 02:53 PM
Baguslah teladan ustaz ebit tunjuk. Harta jgn simpan sampai bergunung. Gunakan harta2 tu jadi jambatan menuju syurga. Sedekahlah sampai kaya, bukan dah kaya baru nak sedekah.
Quote Kaktusmati 4-12-2020 02:54 PM
okay je. bagus la dia tunjuk. bagi teladan kat orang lain.
lagipun dia tunjuk sebab sebahagian duit donation tu berasal dari duit orang lain.
kasi update sikit ada dia buat dengan duit orang bagi.
Quote eyansss 4-12-2020 02:55 PM
orang cakap menunjuk2 sebab ko tak habis2 cakap "duit saya" nonstop...  padahal banyaknya tu duit sumbangan...  bukan duit ko 100%...  pastu suka buat ayat2 merintih merapat pilu macam ko sorang je yang berkorban segalanya sebab nak buat guilty trap/ emotional blackmail...  pastu makin ramai menderu menderma...  pastu ko sambung balik ratiban "duit saya" nonstop sambil merempan kepenatan konon ko je yang buat semua benda...

konon pemurah yahamat tapi pakai duit orang...  acaner tu...

Quote lattehazelnut 4-12-2020 02:56 PM
Org marah sbb sop.. sblm pkp or pkpb diam je sume..
Quote EvieWanKenobi 4-12-2020 03:04 PM
macamana dia boleh ke sana ke sini ke sana ke sini?
pakai surat apa?
Quote husna_amal 4-12-2020 03:05 PM
Antara orang yang cepat beri bantuan tanpa banyak soal.
Quote isseliparjepun 4-12-2020 03:10 PM
Bagusnya dia ni murah rezeki nak membantu orang dan diberikan kelapangan serta kemudahan. Ada antara kita mungkin kurang berkemampuan nak bantu orang lain. Jadi dia diberikan rezeki berbuat demikian. Apa apa pun it inspired me to help others too.
Quote VioletsAre_Blue 4-12-2020 03:18 PM
Orang suka buat kebaikan memang ramai yang panas bontot tak senang duduk
Quote bakingsoda 4-12-2020 03:34 PM
yg menunjuk tu ok je sbb ada duit sumbangan orang dlm tu tapi perlu ke berkajang karangan sayu yg annoying ittew. pastu s o.p sop manee? slalu je nampak duk bersentuhan dgn penerima, dgn mask kadang2 tak pakai. yg hal rentas negeri mungkin ada surat polis ke ape tapiiii dah tau rentas negeri kulu kilir lagi bahaya kalau dah berjangkit memana, satu malaysia bawak kobid tour
Quote awenda507 4-12-2020 03:38 PM
Quite pelik la time pkpb ni laju je uel ni sampai ke merata2 tmpt bg bantuan.takda risiko ke mcm tu?
Quote abcdotcom 4-12-2020 04:15 PM
eyansss replied at 4-12-2020 02:55 PM
orang cakap menunjuk2 sebab ko tak habis2 cakap "duit saya" nonstop...  padahal banyaknya tu duit su ...

Kejenya tulis kat porum .Dia 1 Malaysia pusing tolong org. Boleh diam tak ? Diam itu emas.
Quote eyansss 4-12-2020 04:21 PM
abcdotcom replied at 4-12-2020 04:15 PM
Kejenya tulis kat porum .Dia 1 Malaysia pusing tolong org. Boleh diam tak ? Diam itu emas.

betul tu elbit...  diam itu emas...  cuba jangan memekak...  dengar sikit nasihat abc ni...

Quote Noraniza_Iblis 4-12-2020 04:44 PM
dkt porumm je..
kite blh tgk hencapann acik porum..haha..
kalau kt fb..semua puji melangit...
Quote beta_carotene 4-12-2020 04:49 PM
Noraniza_Iblis replied at 4-12-2020 03:44 PM
dkt porumm je..
kite blh tgk hencapann acik porum..haha..
kalau kt fb..semua puji melangit...

Btul tu kak ani
Quote missus_meow 4-12-2020 05:15 PM
biarlah dia dgn cara dia ... yg i suka tentang dia, cepat jer bantuan dihulurkan.

Lihat semua komen(130)

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.200336 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top