View: 10715|Reply: 130
|
Jejak Ebit Lew di Astro Prima mulai 7 Dis- kisah sebalik tabir program bantuan,
[Copy link]
|
|
Ebit Lew to premiere own reality show focusing on behind the scenes of his humanitarian aid
Friday, 04 Dec 2020 10:48 AM MYT
BY ARIF ZIKRI
Motivational speaker and preacher, Ebit Lew's reality show is set to premiere December 7, 2020 on Astro Prima. — Picture courtesy of Astro Malaysia
KUALA LUMPUR, Dec 4 — Motivational speaker and preacher Ebit Lew is getting his own reality show called Jejak Ebit Lew set to premiere this December 7 on Astro Prima.
A continuation from his previous program Door To Door Ebit Lew which was aired on Astro Oasis, it also offers audiences an exclusive look at the behind the scenes of Ebit Lew’s journey on his humanitarian works.
The 61 episode programme is unscripted, which posed a challenge to Lew’s team and the production crew.
“There are times where I felt sorry for the Astro’s crew because my supporting team and I did the job ad hoc style.
“Usually, we would inform the production team and crew an hour before our mission, so whoever’s late will risk getting left behind.”
Lew and his team would spend around one to two hours at a location before proceeding to the next destination in order to maximise the number of people they can help per day.
With the premiere of Jejak Ebit Lew, he hopes that his message will get across to more people and his actions can be an example for future generations.
“I hope that with Astro, the work that we did can get across to more viewers as there are many more people out there who are in dire need of help.
“Maybe there’s someone who doesn’t have the same privilege as us, so we need to know about them.
“That’s why we chose Astro because of their viewers and hopefully this show can set an example to the public,” Lew said.
Ebit Lew is well known for his humanitarian work especially since the movement control order (MCO) was implemented in March 2020. — Picture courtesy of Astro Malaysia
According to the Astro Prima Channel manager, Norzeha Mohd Salleh, Jejak Ebit Lew is a reality programme which uses a magazine approach where they’ll show snippets of Ebit Lew’s welfare and humanitarian missions.
“What made Jejak Ebit Lew different is the exclusive behind the scenes of Ebit Lew’s journey that has never been shared on any social media before.
“It’s 30 minutes per episode and we will bring three different cases on each episode and not all of the cases that we show can be found on social media.”
Jejak Ebit Lew will be aired exclusively on Astro Prima and Astro Prima HD and it can also be streamed through Astro Go and will begin to air from December 7, every Monday at 9pm.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ada Sebab Ustaz Ebit Lew Menunjuk-Nunjuk Kebaikan Yang Dibuat
Cenderung berkongsi kisah di sebalik tabir kerja kebajikan, pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew mengaku apa yang dilakukan sekadar mengajak lebih ramai individu berbuat kebaikan.
Ebit Lew atau nama sebenar, Ebit Irawan Ibrahim Lew, memberitahu, program realiti, Jejak Ebit Lew diterbitkan bagi menarik lebih banyak pihak membantu golongan memerlukan yang tidak disedari, sebelum ini.
"Selama ini, saya kongsi di Facebook (FB) dan Instagram (IG) sahaja. Tapi kali ini, saya mahu lebih meluas kerana di luar sana, ramai yang perlu dibantu.
"Saya paparkan nombor untuk dihubungi, telefon saya 'stuck' (tersangkut) sebab penuh dengan mesej.
"Malah, bayangkan, setiap tiga hari, pasukan saya menghantar 1,000 set makanan dan keperluan bernilai antara RM60,000 sehingga RM70,000... Itu pun tidak menyeluruh," katanya pada sidang media program Jejak Ebit Lew yang dikendalikan secara virtual, baru-baru ini.
Foto: IG
Program itu adalah kesinambungan Door To Door Ebit Lew yang disiarkan Astro Oasis.
Ebit berkongsi, boleh dikatakan hampir setiap negeri mempunyai penduduk susah.
"Jadi, apabila diuar-uarkan dalam program ini, kita dapat menarik pihak yang berminat membantu. Saya tahu orang di Malaysia berlumba-lumba mahu membuat kebaikan.
"Apabila kita tunjuk contoh baik begini, mudah-mudahan lebih ramai yang dibantu. Sebelum ini, ramai sahabat saya tidak pernah terlintas untuk membuat kerja khidmat masyarakat.
"Namun, selepas saya berkongsi, mereka turun padang. Mana tahu, selepas saya sudah tiada, ada orang akan meneruskan usaha kebajikan apabila melihat program disiarkan Astro Prima ini," katanya.
Pendekatan itu juga dianggap sesuai dengan situasi masyarakat yang berdepan pelbagai ujian akibat pandemik COVID-19.
Tambah Ebit, dia mula terbabit dalam kerja amal sejak berusia 12 tahun. Namun, baru sekarang, hangat diperkatakan.
Ebit tidak menyalahkan orang ramai yang mendakwa dirinya menunjuk-nunjuk.
Akui Ebit, sudah menjadi hasratnya untuk menarik lebih ramai orang menghulurkan bantuan.
"Orang kata saya menunjuk? Memang saya sengaja hendak tunjuk. Saya mahu wujudkan perasaan kekeluargaan antara kita. Saya hendak beritahu kita semua keluarga besar.
"Usaha ini membuatkan kita bersatu hati. Apabila kita bersatu hati, rahmat Allah akan turun. Rezeki dan rahmat kita ditarik apabila kita bergaduh antara satu sama lain.
"erpecahan boleh membuatkan masyarakat rosak. Jadi, hendak tarik rahmat bagaimana? Kita kena bantu semua orang tanpa mengira bangsa dan agama," katanya.
Ebit berkata, fokus program Jejak Ebit Lew diperluaskan kepada misi bantuan dan kemanusiaan dan tidak sekadar dakwah semata-mata.
Uniknya, program itu bersifat jujur kerana tidak terikat dengan skrip atau babak komersial. Malah, kebanyakan misi bantuan yang dipaparkan bersifat spontan.
Ebit berkata, maklumat misi bantuan hanya diketahui sekurang-kurangnya sejam sebelum kumpulannya bergerak ke lokasi. Ini bermakna, semua pihak perlu bersedia setiap masa.
Bukan sekadar insan memerlukan, Ebit menjaga kebajikan hidupan flora dan fauna. Terbaru, Ebit menyumbang 200 kilogram daging segar untuk bekalan makanan haiwan selepas menerima permintaan Zoo Negara yang mengalami kekurangan dana akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Melihat keprihatinannya kepada masyarakat, tidak hairanlah, ada pihak menyarankan Ebit menjadi wakil rakyat.
"olitik bukan bidang saya. Terus-terang, saya tidak pandai berpolitik. Saya lebih berminat dengan kerja dakwah dan melakukan kebajikan masyarakat.
"Saya berdoa suatu hari nanti, mudah-mudahan Allah beri saya rezeki yang lebih agar dapat bantu lebih ramai orang. Saya mengaku banyak orang saya kecewakan hingga ada yang marah. Namun, saya tidak kecil hati," katanya.
Ebit tidak menafikan didatangi banyak pihak yang mahu menawarkan jawatan atau pangkat kepadanya.
"Saya gembira dengan hidup saya sekarang. Saya seperti layang-layang yang terbang bebas. Tidak terikat kepada ketua. Saya hanya taat kepada negara dan undang-undang.
"Saya tidak perlu bekerja di bawah orang lain dan tidak berhajat pun," katanya. -CARI
Sumber: Berita Harian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Menunjuk-nunjuk ada sebab - Ustaz Ebit Lew
Oleh Fatin Farhana Ariffin - Disember 4, 2020 @ 11:00am
KUALA LUMPUR: Cenderung berkongsi kisah di sebalik tabir kerja kebajikan, pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew mengaku apa yang dilakukan sekadar mengajak lebih ramai individu berbuat kebaikan.
Ebit Lew atau nama sebenar, Ebit Irawan Ibrahim Lew, memberitahu, program realiti, Jejak Ebit Lew diterbitkan bagi menarik lebih banyak pihak membantu golongan memerlukan yang tidak disedari, sebelum ini.
"Selama ini, saya kongsi di Facebook (FB) dan Instagram (IG) sahaja. Tapi kali ini, saya mahu lebih meluas kerana di luar sana, ramai yang perlu dibantu.
"Saya paparkan nombor untuk dihubungi, telefon saya 'stuck' (tersangkut) sebab penuh dengan mesej.
"Malah, bayangkan, setiap tiga hari, pasukan saya menghantar 1,000 set makanan dan keperluan bernilai antara RM60,000 sehingga RM70,000... Itu pun tidak menyeluruh," katanya pada sidang media program Jejak Ebit Lew yang dikendalikan secara virtual, baru-baru ini.
Program itu adalah kesinambungan Door To Door Ebit Lew yang disiarkan Astro Oasis.
Ebit berkongsi, boleh dikatakan hampir setiap negeri mempunyai penduduk susah.
"Jadi, apabila diuar-uarkan dalam program ini, kita dapat menarik pihak yang berminat membantu. Saya tahu orang di Malaysia berlumba-lumba mahu membuat kebaikan.
"Apabila kita tunjuk contoh baik begini, mudah-mudahan lebih ramai yang dibantu. Sebelum ini, ramai sahabat saya tidak pernah terlintas untuk membuat kerja khidmat masyarakat.
"Namun, selepas saya berkongsi, mereka turun padang. Mana tahu, selepas saya sudah tiada, ada orang akan meneruskan usaha kebajikan apabila melihat program disiarkan Astro Prima ini," katanya.
Pendekatan itu juga dianggap sesuai dengan situasi masyarakat yang berdepan pelbagai ujian akibat pandemik COVID-19.
Tambah Ebit, dia mula terbabit dalam kerja amal sejak berusia 12 tahun. Namun, baru sekarang, hangat diperkatakan.
Ebit tidak menyalahkan orang ramai yang mendakwa dirinya menunjuk-nunjuk.
Akui Ebit, sudah menjadi hasratnya untuk menarik lebih ramai orang menghulurkan bantuan.
"Orang kata saya menunjuk? Memang saya sengaja hendak tunjuk. Saya mahu wujudkan perasaan kekeluargaan antara kita. Saya hendak beritahu kita semua keluarga besar.
"Usaha ini membuatkan kita bersatu hati. Apabila kita bersatu hati, rahmat Allah akan turun. Rezeki dan rahmat kita ditarik apabila kita bergaduh antara satu sama lain.
"Perpecahan boleh membuatkan masyarakat rosak. Jadi, hendak tarik rahmat bagaimana? Kita kena bantu semua orang tanpa mengira bangsa dan agama," katanya.
Ebit berkata, fokus program Jejak Ebit Lew diperluaskan kepada misi bantuan dan kemanusiaan dan tidak sekadar dakwah semata-mata.
Uniknya, program itu bersifat jujur kerana tidak terikat dengan skrip atau babak komersial. Malah, kebanyakan misi bantuan yang dipaparkan bersifat spontan.
Ebit berkata, maklumat misi bantuan hanya diketahui sekurang-kurangnya sejam sebelum kumpulannya bergerak ke lokasi. Ini bermakna, semua pihak perlu bersedia setiap masa.
Bukan sekadar insan memerlukan, Ebit menjaga kebajikan hidupan flora dan fauna. Terbaru, Ebit menyumbang 200 kilogram daging segar untuk bekalan makanan haiwan selepas menerima permintaan Zoo Negara yang mengalami kekurangan dana akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Melihat keprihatinannya kepada masyarakat, tidak hairanlah, ada pihak menyarankan Ebit menjadi wakil rakyat.
"Politik bukan bidang saya. Terus-terang, saya tidak pandai berpolitik. Saya lebih berminat dengan kerja dakwah dan melakukan kebajikan masyarakat.
"Saya berdoa suatu hari nanti, mudah-mudahan Allah beri saya rezeki yang lebih agar dapat bantu lebih ramai orang. Saya mengaku banyak orang saya kecewakan hingga ada yang marah. Namun, saya tidak kecil hati," katanya.
Ebit tidak menafikan didatangi banyak pihak yang mahu menawarkan jawatan atau pangkat kepadanya.
"Saya gembira dengan hidup saya sekarang. Saya seperti layang-layang yang terbang bebas. Tidak terikat kepada ketua. Saya hanya taat kepada negara dan undang-undang.
"Saya tidak perlu bekerja di bawah orang lain dan tidak berhajat pun," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
awal la plak msuk benang ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah teladan ustaz ebit tunjuk. Harta jgn simpan sampai bergunung. Gunakan harta2 tu jadi jambatan menuju syurga. Sedekahlah sampai kaya, bukan dah kaya baru nak sedekah. |
|
|
|
|
|
|
|
okay je. bagus la dia tunjuk. bagi teladan kat orang lain.
lagipun dia tunjuk sebab sebahagian duit donation tu berasal dari duit orang lain.
kasi update sikit ada dia buat dengan duit orang bagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
orang cakap menunjuk2 sebab ko tak habis2 cakap "duit saya" nonstop... padahal banyaknya tu duit sumbangan... bukan duit ko 100%... pastu suka buat ayat2 merintih merapat pilu macam ko sorang je yang berkorban segalanya sebab nak buat guilty trap/ emotional blackmail... pastu makin ramai menderu menderma... pastu ko sambung balik ratiban "duit saya" nonstop sambil merempan kepenatan konon ko je yang buat semua benda...
konon pemurah yahamat tapi pakai duit orang... acaner tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Org marah sbb sop.. sblm pkp or pkpb diam je sume.. |
|
|
|
|
|
|
|
macamana dia boleh ke sana ke sini ke sana ke sini?
pakai surat apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Antara orang yang cepat beri bantuan tanpa banyak soal. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagusnya dia ni murah rezeki nak membantu orang dan diberikan kelapangan serta kemudahan. Ada antara kita mungkin kurang berkemampuan nak bantu orang lain. Jadi dia diberikan rezeki berbuat demikian. Apa apa pun it inspired me to help others too. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang suka buat kebaikan memang ramai yang panas bontot tak senang duduk |
|
|
|
|
|
|
|
yg menunjuk tu ok je sbb ada duit sumbangan orang dlm tu tapi perlu ke berkajang karangan sayu yg annoying ittew. pastu s o.p sop manee? slalu je nampak duk bersentuhan dgn penerima, dgn mask kadang2 tak pakai. yg hal rentas negeri mungkin ada surat polis ke ape tapiiii dah tau rentas negeri kulu kilir lagi bahaya kalau dah berjangkit memana, satu malaysia bawak kobid tour |
|
|
|
|
|
|
|
Quite pelik la time pkpb ni laju je uel ni sampai ke merata2 tmpt bg bantuan.takda risiko ke mcm tu? |
|
|
|
|
|
|
|
eyansss replied at 4-12-2020 02:55 PM
orang cakap menunjuk2 sebab ko tak habis2 cakap "duit saya" nonstop... padahal banyaknya tu duit su ...
Kejenya tulis kat porum .Dia 1 Malaysia pusing tolong org. Boleh diam tak ? Diam itu emas. |
|
|
|
|
|
|
|
betul tu elbit... diam itu emas... cuba jangan memekak... dengar sikit nasihat abc ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
dkt porumm je..
kite blh tgk hencapann acik porum..haha..
kalau kt fb..semua puji melangit... |
|
|
|
|
|
|
|
Noraniza_Iblis replied at 4-12-2020 03:44 PM
dkt porumm je..
kite blh tgk hencapann acik porum..haha..
kalau kt fb..semua puji melangit...
Btul tu kak ani |
|
|
|
|
|
|
|
biarlah dia dgn cara dia ... yg i suka tentang dia, cepat jer bantuan dihulurkan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|