CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pusat Pemindahan Sementara Baru Ditutup, Empat Daerah Terengganu Kembali Dilanda Banjir

3-12-2020 11:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2323| Komen: 5

Description: KUALA TERENGGANU: Tidak sampai 24 jam selepas kesemua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Terengganu ditutup, negeri itu sekali lagi dilanda banjir.Hujan lebat yang bermula lewat petang Rabu menyaksik ...
KUALA TERENGGANU: Tidak sampai 24 jam selepas kesemua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Terengganu ditutup, negeri itu sekali lagi dilanda banjir.

Hujan lebat yang bermula lewat petang Rabu menyaksikan empat daerah di negeri itu kembali terjejas melibatkan daerah Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Kemaman.

Pertembungan hujan lebat dan fenomena air pasang besar itu juga menyebabkan beberapa laluan di bandar raya Kuala Terengganu digenangi air.


Foto: Bernama
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman berkata sehingga jam 8 pagi seramai 439 mangsa telah dipindahkan.

Katanya, sebanyak sembilan buah PPS termasuk sebuah di Pulau Redang telah diaktifkan bagi menempatkan 124 keluarga.


“Malam tadi agak drastik juga kenaikan paras air laut terutama di Bandaraya Kuala Terengganu ini implikasi daripada julat hujan lebat yang turun dengan terlalu banyak kita mendapat info atau maklumat daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) julat hujan yang turun malam tadi hampir 6 ke 8 jam di antara 160 ke 180 mm yang mana sangat banyak untuk tempoh berkenaan,” katanya.

Che Adam berkata setakat ini daerah Marang merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 157 orang dan 42 keluarga itu dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan Rusila.

Ia disusuli daerah Kuala Terengganu dengan 114 mangsa melibatkan 36 keluarga dipindahkan ke tiga PPS.

Di Kuala Nerus, sebanyak tiga PPS turut dibuka bagi menempatkan 22 keluarga melibatkan 96 mangsa.

Manakala di Kemaman, seramai 73 mangsa daripada 24 keluarga telah dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan Kemasik dan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Ranggon. -CARI

Sumber: Awani


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 3-12-2020 12:09 PM
Kesiannya... Hrp2 semua yb turun pdg membantu mangsa dr jd monyet dlm dewan parlimen non stop
Quote matchstick 3-12-2020 12:21 PM
Mak aku mlm tadi tak tidur sbb takut air masuk dlm rumah..start petang sampai malam hujan lebat. Nak dekat pagi baru hujan reda sikit so air tak sempat masuk dlm rumah. Dh lama kwsn rumah aku tu tak naik air cepat mcm tu. Last kejadian mcm ni 10 tahun lps kot
Quote Kurex 3-12-2020 12:51 PM
Sumpahan arwah asdan
Quote saviour_09 3-12-2020 01:06 PM
sebab makang ikang, kata asdan

patut tak payah tutup pps ni

bukak je sampai monsoon habis

tp ye la maybe man power la kot tak cukup
Quote husna_amal 3-12-2020 02:42 PM
Buat mangsa yang menimpa musibah banjir semoga tabah harungi dugaan.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.075421 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top