CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kartel Jual Rokok RM1.70, Remaja Dan B40 Jadi Sasaran Pelanggan

2-12-2020 01:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2060| Komen: 5

Kartel rokok seludup kini semakin agresif mengeluar serta memasarkan rokok dalam pek lima batang (Kiddie Pack)dengan harga serendah bawah RM2 sekotak dengan mensasarkan golongan remaja dan B40.


Difahamkan, rokok pek lima batang sekotak itu memang untuk pasaran remaja bawah umur yang baharu berjinak dengan rokok dan masih mengharapkan duit saku daripada ibu bapa.

Sumber berkata, buat masa ini kartel masih mencuba pasaran dengan meletakkan produk haram termurah itu di kedai runcit diusahakan warga asing terutama kawasan hotspot sekitar ibu negara seperti di Chow Kit dan Kampung Baru selain turut dikesan di pasaran Pulau Pinang.

Gambar Hiasan
"Rokok dalam pek lima batang ini baharu sahaja dikesan. Kira-kira sebulan berada di pasaran tempatan untuk merekrut perokok baharu dalam kalangan remaja.


"Walaupun persekolahan secara fizikal ditangguhkan sementara akibat Covid-19, namun kartel sudah mula mengambil kesempatan mencuba pasaran dengan mensasarkan kepada golongan berkenaan.

"Sebaik sahaja penggal persekolahan dibuka semula, pek rokok lima batang ini akan dilambakkan di pasaran tempatan. Jika pelajar diberi duit saku RM5 pun sudah mampu membeli sekotak 'rokok budak sekolah' ini," katanya.

Skuad Khas Harian Metro turut menyamar sebagai pembeli dan mendapati ramai peruncit menjelaskan kehabisan stok kerana jualan mendapat sambutan.

Antara kedai runcit ditinjau yang hampir keseluruhannya dikuasai warga asing adalah di Jalan Raja Alang, Lorong Raja Bot, Lorong Haji Hussein, Jalan Raja Uda dan Jalan Raja Muda Musa.

Kaedah jualan, selain diletakkan di kedai runcit khususnya diusahakan warga asing itu, rokok seludup pek mini berkenaan turut ditawarkan secara dalam talian.

Namun, pemerhatian di Facebook (FB) mendapati jualan dalam talian untuk rokok dalam pek lima batang hanya boleh dibeli karton dan tidak dijual pek sekotak.

Harga sekarton rokok seludup pek berisi lima batang rokok dijual di FB adalah antara RM65 hingga RM75, mempunyai 40 pek sekarton yang bermakna harga sekotak jatuh kepada sekitar RM1.70 sekotak.

Tinjauan Harian Metro juga turut mendapati syarikat terbabit dalam kegiatan penyeludupan rokok turut mengeluarkan variasi pek 10 batang sekotak RM3.50 serta mengekalkan pek 20 batang sedia ada berharga sekitar RM5 hingga RM6 sekotak.

Padahal kerajaan sudah menetapkan mulai 1 September 2012 hanya membenarkan syarikat rokok mengeluarkan 20 batang rokok dalam satu paket.

Peraturan itu untuk mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok terutama oleh kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah selain membendung aktiviti promosi rokok melalui pemberian diskaun yang berlebihan.

Jika kegiatan penjualan ini tidak dibanteras habis-habisan oleh agensi berkenaan seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), dikhuatiri jumlah penghisap rokok seludup di negara ini akan meningkat berlipat kali ganda khususnya dengan pengenalan rokok bawah RM2 sekotak.

Mana-mana individu didapati tidak mematuhi harga minimum rokok mengikut Peraturan 8A(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau boleh didenda RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau, Peraturan 10A, tiada seorang pun boleh menjual atau menawarkan untuk jualan apa-apa hasil tembakau secara dalam talian.

Sabit kesalahan didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Peraturan sudah ada tetapi berdasarkan modus operandi terbaharu sindiket rokok seludup dengan pengeluaran produk pek lima dan 10 batang menunjukkan sindiket tidak gentar malah mencabar undang-undang di negara ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rogayahtop 2-12-2020 02:05 PM
prohibition never works kata omputih.
Quote Boomibulat 2-12-2020 02:06 PM
Pg tadi kartel daging ni kartel rokok pulak..
Quote husna_amal 2-12-2020 02:48 PM
Ingatkan golongan perokok ni dah beralih ke vape. Tengok budak2 ada yang  selamba mengevape.
Quote fms016 2-12-2020 03:02 PM
x pernah jumpa lagi 5 batang rokok punya pek..
Quote Perawankota 3-12-2020 01:55 AM
Tgk sikit mcmana rupe kotak rokok tu?

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.056483 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top