CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Boleh Tambah Anak, Tapi Shuib Kena Saman Kalau Dia Tak..." - Siti Sarah

28-11-2020 11:00 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 10687| Komen: 45|Original author: Oleh: LilRose

Berikutan memuat naik gambar Ariq Matin dengan kapsyen anak bongsunya itu mahukan adik baru, Siti Sarah dan Shuib mengakui bahawa mereka ingin menambah cahaya mata.


Kredit foto: IG


Bagaimanapun, Siti Sarah kelihatan agak kelisah apabila ditanya sama ada sudah bersedia untuk hamil lagi.

Katanya kepada Gempak, dia takut melalui pertukaran hormon terutamanya selepas bersalin.

"Saya boleh handle everything, Insya-Allah. Cuma bila tiba masa pertukaran hormon, itu yang bukan mudah dan itu yang menakutkan.

"Tambahan pula kebetulan setiap kali Sarah bersalin, Shuib selalu tidak ada bersama kerana dia terikat dengan penggambaran filem dan macam-macam kerja lagi.

"Tapi kalau ada rezeki, Sarah akan demand. Sarah akan demand supaya dia ada bersama. Kita buat kontrak supaya dia ada di rumah dan kalau dia tak ada, nanti dia kena saman," kata Sarah ketawa dalam nada berseloroh.



Kredit foto: IG

Tambahnya, dia bersedia untuk hamil lagi, tapi dengan syarat Shuib mesti ada di sisinya. 

"Saya tahu Shuib mahukan anak lagi dan saya pernah tanya pada dia sama ada mahu tak ambil anak angkat, tapi dia tidak mahu kerana dia tahu tanggungjawab mengambil anak angkat sangat besar.

"Satu kita fikirkan bila mereka dah besar, tentang haram halal, aurat anak perempuan, anak lelaki dan aurat sendiri, jadi banyak tanggungjawab perlu dijaga biarpun berada di dalam rumah sendiri," katanya.


Kredit foto: IG

Difahamkan, pasangan itu memiliki beberapa anak angkat, tetapi tidak tinggal bersama mereka.

Namun, Shuib dan Sarah enggan mengulas lanjut mengenai isu tanggungan anak angkat mereka.

"Biarlah ianya menjadi rezeki mereka dan rezeki kami. Bukan sesuatu perkara yang membebankan dan rasanya tak manis untuk dibualkan," kata Sarah. - CARI
3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bakingsoda 28-11-2020 11:09 AM
comel2 anak dorang, dapat best features dari dua2 parents. nak amik anak angkat amik yg baby la jd anak susuan
Quote kiah_mai_pulak 28-11-2020 11:10 AM
geliiiiiiiiii n zizikkkkkkkkkk
Quote damian_lee 28-11-2020 11:10 AM
Kami nak tau mcm mana chuolss buat
Quote KIM.K 28-11-2020 11:29 AM
damian_lee replied at 28-11-2020 11:10 AM
Kami nak tau mcm mana chuolss buat

Geli aih..takda orang lain ka
Quote Bumbu 28-11-2020 11:37 AM
Ya Allah....
Quote Suchi 28-11-2020 11:42 AM
Tembunnya baby yg anak dia pegang tu huhu mesti berat tu.

Quote Berbudibahasa 28-11-2020 11:43 AM
bakingsoda replied at 28-11-2020 11:09 AM
comel2 anak dorang, dapat best features dari dua2 parents. nak amik anak angkat amik yg baby la jd a ...

Ambik yg lelaki kan sis? Jd dgn kita dah jd ibu susuan.. and dgn husband pun xde aurat.. and dgn anak perempuan kita pun dah jd mahram kan..
Quote Suchi 28-11-2020 11:45 AM
bakingsoda replied at 28-11-2020 11:09 AM
comel2 anak dorang, dapat best features dari dua2 parents. nak amik anak angkat amik yg baby la jd a ...

Tengok erma fatimah pun ada amik anak angkat baru.
Baby halus lagi la belum abis pantang.
Just nak tanya eh kalau kita amik ank angkat pastu tiber kita meninggal so apa jadi ngn anak angkat tu ye? Terutama yg masih baby ni belum dewasa lagi.
Takkan waris kita plak kena jaga sbb bukan tanggungjawab dorang kan?

Sebab tu iols rasa sapa2 nak amik ank angkat kena gak bincang ngn family supaya dorang tau dan pastikan dorang pun suka dan terima anak angkat kita tu kan.
Quote bakingsoda 28-11-2020 12:00 PM
Berbudibahasa replied at 28-11-2020 11:43 AM
Ambik yg lelaki kan sis? Jd dgn kita dah jd ibu susuan.. and dgn husband pun xde aurat.. and dgn a ...

baby perempuan pun sama je bila dah jd anak susuan, dah takde soal aurat bukan mahram dgn bapa angkat aka suami ibu susuan. kalau tak silap la.
Quote bakingsoda 28-11-2020 12:03 PM
Suchi replied at 28-11-2020 11:45 AM
Tengok erma fatimah pun ada amik anak angkat baru.
Baby halus lagi la belum abis pantang.
Just n ...

kalau dah jenis kurang tanggungjawab, anak betul pon tak dipeduli kalau makpak mati, yg direbut harta je (kalau ada). dari segi hukum aku tak tau status anak susuan ni mcmn, adakah bergantung atas ihsan waris arwah semata..
Quote helicornia 28-11-2020 12:14 PM
iols tingin gak nak adopt anak sbb iols tinggal sorang. tp bila pikir kena outstation sume susah pulak sapa nk handle anak
Quote Suchi 28-11-2020 12:20 PM
bakingsoda replied at 28-11-2020 12:03 PM
kalau dah jenis kurang tanggungjawab, anak betul pon tak dipeduli kalau makpak mati, yg direbut ha ...

Tulah iols risau anak angkat tu nnt kena dera ke apa sbb waris mcm terpaksa rela kena jaga. Padahal bukan dorang yg nak amik ank angkat tu .
Nak plak kalau amik baby yg istimewa ke apa.
Iols selalu teringat kes yg gempar kat indon sblm ni kes budak pompuan mati kena dera ngn mak angkat tu.
Bapak angkat dia yg excited sgt nak amik n bela dia sejak baby lagi.
Masa bapa angkat masih hidup dia mmg disayangi dan bahagia. Tiba2 bapa angkat dia meninggal dan bermula la mimpi ngeri dlm hidup dia.
Teruk sangat dia menderita, mak angkat dia kejam giler.
Budak tu comel dan bakalan lawa bila besar nnt sygnya mati kena dera.
Quote missyL 28-11-2020 12:56 PM
Geli nye hal dlm kain pn nk share sume.
Quote Hoola 28-11-2020 01:02 PM
Edited by Hoola at 28-11-2020 04:53 PM

Omggggg..bznya netizen nk kena cncernnnn..retis2 dr hal nk tmbh kereta,  nk tmbh anak, buka pintu rahim ..,retis tkde jobbbbb,ank retis jth katil....etc..omgggg omgggggg

Rindu la nk dgr berita retis  menang award di persada doniaaaaaa
Quote makcun14 28-11-2020 01:12 PM
Orang melayu kalau buat anak ramai  memang juara tak pikir faedah hidup zaman 2020 ada birth control . Kalau ada kerja stable terjamin mcm Dr Halina and Dr SMS takpe la jugak ,ni setakat cerita bisnis shady umm tak kesian kat anak anak ? ishh
Quote nia_salina 28-11-2020 01:16 PM
cubaan naik kan nama semula ke ni
Quote Joysparta 28-11-2020 01:20 PM
Edited by Joysparta at 28-11-2020 07:18 PM

Lantak ler kome nak menambah anak ke hapa..janji bagi anak bini makan rezeki halal..pastikan sumber yg halal ye mira.
Quote lee_sakura 28-11-2020 01:24 PM
wartawan mana yg suka sgt up story pasal depa ni...semenjak ada kes sprm ni mcm byk sgt story coverline
Quote Orix 28-11-2020 01:31 PM
Bowhsannnnnn

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.063831 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top