Sekarang ini terlalu banyak lambakan produk kesihatan dan kecantikan di pasaran dan media sosial. Sebagai seorang pengguna bijak, diharap kita semua tidak mudah tertipu dengan pelbagai kaedah promosi melampau sesuatu produk.Dah banyak kali kita lihat, produk-produk lokal yang viral kat media sosial ni telah menggunakan teknik berunsur lucah demi mendekati pembeli. Terang-terang teknik marketing macam ni memang jijik, tapi yang masih ada produk lokal buat iklan macam ni. Terbaru viral di Facebook ialah sejenis produk ‘pembersih alat sulit wanita’ yang katanya buat iklan dengan menyelitkan unsur-unsur tidak senonoh. Teruk benar pemikiran kejar duit, kejar dunia sampai gadai maruah diri, maruah keluarga.Tak malu ke anak nanti bila dia ke sekolah kawan-kawan pakat kata, “Mak dia pernah buat onar dalam Facebook. Mak dia la buat video tak senonoh dan post kat story Facebook hanya untuk jual produk”.Demi wang, demi lariskan produk, tak sangka ada orang sanggup buat begini. Sungguh tak masuk akal. Begitulah kata-kata orang ramai apabila tular satu video jual produk pembersih alat sulit wanita. Memang tiada masalah jual produk sebegitu, asalkan ada kelulusan. Akan tetapi cara wanita ini promosi produk ini siap tunjuk deo cara guna, agak tidak sesuai untuk tontonan umum khususnya kita di Malaysia. Rata-rata netizen yang tengok iklan ni memang terkejut gilalah dan terasa malu dengan tindakan wanita yang ada di dalam iklan tersebut.
Kalau netizen yang tengok ni pun malu… haih apa agaknya perasaannya dalam video tu. Selamber je buat perkara tidak senonoh ni kat media sosial. Sementara itu, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakannya dan wanita supaya insaf dan bertaubat.Setiap pekerjaan asalkan dengan cara yang halal pasti ada berkatnya.Amalkan cara hidup sihat dan belilah produk yang diyakini selamat. Semoga bermanfaat. Artikel By: Stephen Gigit Dia Sumber : awatttsyeikhh.com |
shark replied at 28-11-2020 03:11 AM
memang kena pakai pewangi ke kat situ. lelaki tak ada pun elok je wangi
ADVERTISEMENT