CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Nak Kena Saman?"-Elly Suriati Kesal Kena Maki Akibat Mael Totey The Movie

26-11-2020 02:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4094| Komen: 17

Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty Omar tampil bersuara berikutan kesal atas kecaman netizen yang salah faham pandangannya mengenai filem Mael Totey The Movie.

Sebelum ini, menerusi laporan sebuah portal hiburan, Ellie memberitahu kejayaan filem Mael Totey The Movie meraih kutipan lebih RM5 juta tidak boleh dijadikan penanda aras untuk sesebuah karya kreatif. Bagaimanapun, pengarah filem Penanggal itu hanya melontarkan pandangan, bukan mengutuk.

Ellie berkata, dia sedih menerima kecaman teruk hingga mengaitkan keluarganya.

Foto: IG

"Saya mengucapkan memuji kejayaan filem Mael Totey The Movie dari segi kutipan mencecah RM5 juta dalam tempoh 12 hari tayangan menerusi Astro First.

"Saya akui, filem ini memiliki formula hingga berjaya, selain mempunyai kelompok pengikut.

"Bahagian mana yang saya kecam, kutuk dan kritik pengarah Mael Totey The Movie? Kenapa maki hamun, mencarut, sumpah seranah bagai langit nak runtuh kerana pendapat saya berkenaan filem ini? Nak kena saman baru puas hati ke?," katanya kepada BH Online.

Tegas Ellie, hanya kerana pendapatnya tidak selaras dengan peminat tegar filem arahan Syazmi Sazli itu, tidak adil dirinya dikecam seperti sampah.



"Pendapat mereka adalah pendapat peminat tegar filem Mael Totey The Movie, manakala pendapat saya pula dari sudut pemain industri kreatif yang berkecimpung secara profesional lebih 20 tahun dalam tiga medium iaitu teater, televisyen dan filem.

"Pendapat peminat tegar dan pandangan pemain industri tidak boleh dibuat perbandingan. Saya adalah sosok pemain industri, bukan pengkritik. Saya juga penilai karya kreatif industri filem Malaysia.

"Pengalaman sebagai juri Anugerah Skrin TV3 (ASK) kategori filem selama beberapa tahun dan juri Festival Filem Malaysia (FFM) melayakkan saya memberi pendapat mengenai perfileman Malaysia.

"Saya juga penilai luar bagi peperiksaan tahun akhir pelajar Fakulti Seni Persembahan Universiti Malaya. Selebihnya tak perlulah saya beritahu," katanya.


Menjelaskan mesejnya sebenar, aktres yang pernah diangkat Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-16 menerusi filem Soalnya Siapa? itu berkata, pandangannya lebih menjurus kepada pembikinan sesebuah filem cereka.

"Bagi sesebuah karya, perkara paling penting adalah sudut teknikal pembikinan filem cereka. Dalam erti kata lain, teknikal adalah indeks petunjuk prestasi utama (KPI) dalam pembikinan.

"Andai proses pembikinan dari sudut teknikal tidak dilaksanakan dengan baik, kualiti filem pasti terjejas nilai paparan audio visual filem. Kerja teknikal penting untuk setiap genre pembikinan filem dalam dunia ini.

"Tidak kiralah penghasilan filem berskala besar, rendah atau Hollywood sekalipun. Asas dalam menghasilkan sesebuah karya filem adalah aspek teknikal pembikinan sesebuah filem cereka. Kena capai aspek teknikal ini dahulu sebelum menghasilkan filem," katanya.



Sehubungan itu, Ellie menasihatkan mendalami ilmu pembikinan filem terlebih dahulu kepada sesiapa yang mahu bergelar pengarah.

"Tak belajar masuk universiti pun tak mengapa kerana bakat adalah anugerah Allah. Apa yang penting, mendalami ilmu dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penggiat seni kreatif.

"Sertailah bengkel filem yang tenaga pengajar di kalangan pembikin filem berkaliber. Ramai pengarah mempunyai kredibiliti seperti U-Wei Shaari, Mamat Khalid, Othman Hafsham, Nasir Jani, Datuk Rahim Razali, Aziz M Osman, Osman Ali, Dain Said, Raja Mukhriz, Din CJ, Syamsul Yusof, Rashid Sibir, Shuhaimi Baba, Erma Fatima, Saw Teong Heng, Jason Chong, Teck Tan dan ramai lagi.

"Cari mereka dan belajar ilmu pembikinan filem cereka sebagai persediaan sebelum duduk di kerusi sutradara filem," katanya dengan jujur. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 26-11-2020 02:55 PM
Tetap aku takkan tengok cerita bodoh ni
Quote buapakperut 26-11-2020 03:12 PM
sejak kecik iols terpana tgk lakinya yg helok
Quote mamajawie 26-11-2020 03:15 PM
kali ni aku sokong kaka pah bedah ni..bagi seribu hengget pun aku xnak tgok citer bodoh doplopat jam kecek sskjp sampai AJM ni..
Quote sleepandream 26-11-2020 03:18 PM
alahai sebab tajuk cite tu bunyi low class, pelakon tak hensem terus acah2 urban taknak tengok yach... pada iols percubaan pertama Syahmi Syazli not too bad... isi cerita dia pun lain daripada kebiasaan. As newcomer, he did very good okey.... boleh digilap lagi
Quote belilies 26-11-2020 03:27 PM
Lulzzz... Sket2 nak saman. Sentap much.
Quote husna_amal 26-11-2020 03:51 PM
Pah Bedah ni dah sentap da.
Quote Saksi2 26-11-2020 04:10 PM
اللًٰهم صلى على محمد وعلى آل محمد وبارك وسلم
Quote LadyCarefree 26-11-2020 04:22 PM
buapakperut replied at 26-11-2020 02:12 PM
sejak kecik iols terpana tgk lakinya yg helok

Terpaksa iols scroll atas balik. Tp. Xjugak jumpa sesiapa yg herlok
Quote bambimbom 26-11-2020 04:22 PM
ade tertenggok pah bedah ni kat iklan promote cite baru kat astro warna... very the makcik2...
Quote Nenasketum 26-11-2020 04:42 PM
Laki dia jaga anak dia sampai jadik tong drum. Kot disumbatnya bebudak tu Mc D jer manjang
Quote RatuDunia94 26-11-2020 05:55 PM
buapakperut: sejak kecik iols terpana tgk lakinya yg helok


Laki sheols dulu memuda mmg helok.. tp skrg.. hmmmm bazir air pepet je kalau nakn
usap2
Quote tagas 26-11-2020 08:10 PM
Edited by tagas at 26-11-2020 08:13 PM
RatuDunia94 replied at 26-11-2020 05:55 PM
Laki sheols dulu memuda mmg helok.. tp skrg.. hmmmm bazir air pepet je kalau nakn
usap2

mmg la makin di mamah usia
sama jg lejen2 mcm cd oraza

mustapa kamal

faizal husin

rosam nor

isma daniel
zahar sulaiman

suma seangkatan kendus2 jambus2

belaka zaman memuda2

cuma sorang jer yg bertahan rembesnya hingga kini
tak bazir air masin hang tu

Edika usop


Quote YomiuriLandMae 26-11-2020 08:12 PM
buweekkk tak nak gak tgk citer ni sbb kelantan..
Quote PEPPERMAN 26-11-2020 10:12 PM
MT ni boleh konsider filem indie ka?
Quote jerukkedondong 27-11-2020 02:47 AM
LadyCarefree replied at 26-11-2020 04:22 PM
Terpaksa iols scroll atas balik. Tp. Xjugak jumpa sesiapa yg herlok

Dulu herlok sangatsss...
Skrg dah kurenggg..
Gigi pun kuning dua tiga batang dah hilang..
Sama lah dgn pah bedah itu...
Gigi tepi byk yg dah rompong..
Semoga jodoh kekal bahagia... syurga Allah digapai bersama
Quote dani-rox 27-11-2020 04:19 AM
ai pernah terserempak dgn laki acik nih lebih kurang 20thn yg lalu, hensem giler hokeh.
Quote Suchi 27-11-2020 08:30 AM
Hebat gaklah portfolio dia jadi juri anugerah skrin bagai selama ni eh.
Harap tak bias laa

Btw mcm ada penampakkan dia dlm drama bersiri Kampung Pisang yg tak lama lg nak tayang kat astro tu. Dia jd Kak Limah eh dlm drama tu.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.044321 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top