CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Belum Reda Misteri Ketukan Pintu, Penduduk Sabak Bernam Hadapi Gangguan Lain Pula

26-11-2020 02:27 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1915| Komen: 14




BUNYI ketukan pintu yang kuat hingga mengejutkan penghuni rumah di beberapa kampung sekitar Sabak Bernam sejak beberapa hari lalu masih menjadi teka-teki.

Gangguan misteri itu turut menjadi perbualan hangat netizen di Facebook sehingga menarik perhatian seorang wanita untuk berkongsi pengalaman seram yang pernah dilaluinya.

Menurut Nur Rabitahani Basroh yang sudah menetap di Kampung Kemboja, Sepintas juga di daerah sama sejak enam tahun lalu, dia sering diganggu dengan bunyi pintu rumah diketuk tanpa salam sejak tiga bulan lalu.


Bukan Perkara Baru, bunyi suara menangis minta tolong

“Sebenarnya gangguan misteri ni bukan perkara baru bagi saya. Pintu rumah saya sering diketuk tiga kali tanpa salam sejak tiga bulan lalu.

“Waktu tu pukul 10 malam. Saya hanya tinggal dengan anak-anak. Bukan saja pintu rumah diketuk, gril rumah pula digegar macam nak roboh bunyinya.



Nur Rabitahani berkongsi pengalaman seram pernah dilaluinya sejak tiga bulan lalu.

“Sekarang tak sangka benda tu ganggu satu Sabak Bernam. Gangguan tu bermula pukul 10 malam sampai 4 pagi, kiranya benda tu kuat lepas Maghrib, nak Subuh jadi lemah,” katanya.

Kata ibu kepada lima orang cahaya mata ini, dia turut terdengar bunyi suara menangis merintih seolah-olah meminta pertolongan.

“Selang beberapa minit pintu rumah diketuk, saya dengar bunyi suara menangis mendayu-dayu seolah-olah meminta tolong dekat tepi tingkap di ruang tamu.

Anak saya berumur tiga tahun selalu sebut pocong. Dia juga selalu cakap mama… kat luar ada orang datang. Masa tu malam, mahu tak meremang bulu roma saya.

“Masa tu saya memang dah mengigil-gigil, tak berani buat apa-apa. Cermin tingkap masa tu memang tak pasang langsir tapi saya tak nampak apa-apa kelibat lalu,” katanya.

Tidak lama kemudian, Nur Rabitahani berkata, dia membuka pintu rumahnya kerana tidak mengesyaki sesuatu yang pelik ketika itu.

“Selepas tu saya buka pintu tapi tak ada siapa-siapa kat luar rumah. Kesan tapak kaki pun tak ada. Saya jadi seram sejuk.



Antara penampakan pocong yang berjaya dirakam seorang penduduk di kawasan tersebut.

“Lepas tu saya pun tertanya-tanya siapa yang ketuk pintu tadi tu. Kalau manusia pasti ada kesan tapak kaki sebab masa tu hujan baru berhenti.

“Saya pun cerita dengan seorang jiran. Dia siap pesan jangan keluar rumah malam-malam sebab ada orang di Sepintas tengah uji ilmu seru pocong,” katanya.

Sejak insiden yang viral itu, wanita berusia 30 tahun itu bersama anak-anaknya kini bermalam di rumah ibunya dekat Batu 2 Sepintas.

“Sekarang saya masih takut dan ambil keputusan untuk tidur di rumah mak yang tidak berapa jauh dari rumah saya sejak Jumaat.

“Walaupun saya ni jenis kasar tapi penakut juga sebab saya sendiri pernah diganggu sebelum ini,” katanya.

Nur Rabitahani yang berniaga bunga secara kecil-kecilan juga percaya gangguan misteri itu bukan perbuatan manusia.



Tangkap layar video bunyi ketukan tanpa salam yang tular di media sosial.

“Ramai kata hantu raya sebab mencari tuan rumah baru tapi yang arif bab ilmu ghaib kata pontianak.

“Anak saya berumur tiga tahun selalu sebut pocong. Dia juga selalu cakap mama… kat luar ada orang datang. Masa tu malam, mahu tak meremang bulu roma saya.

“Saya pula rasakan benda ni kerja pontianak. Saya kerap dengar bunyi ramai orang berseret atas bumbung setiap malam. Ramai kata kalau dari bumbung ke pintu ni kerja pontianak,” katanya.

Dalam pada itu, Nur Rabitahani turut berharap agar misteri tersebut dapat dirungkai segera supaya penduduk kampung dapat menjalani kehidupan dengan tenteram.

“Saya harap masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Sekarang anak-anak saya semua jadi takut walaupun di dalam rumah sendiri.

“Saya juga merancang untuk pindah ke rumah baharu bulan depan kerana tidak tahan diganggu. Orang yang berubatkan saya dulu pernah kata rumah saya tu laluan jin,” katanya mengakhiri perbualan.


‘Siapa ketuk pintu, jadi misteri penduduk kampung di Sabak Bernam’

Bunyi ketukan pintu yang kuat hingga mengejutkan penghuni rumah, mencetuskan tanda tanya dan menjadi misteri dalam kalangan penduduk beberapa kampung sekitar daerah ini sejak kelmarin.

Ketukan itu menimbulkan persoalan dengan pelbagai ulasan daripada netizen, antaranya mendakwa ada individu tidak bertanggungjawab sengaja melakukan perbuatan itu hingga tular menerusi aplikasi WhatsApp dan laman sosial Facebook.

Difahamkan, gangguan ketukan itu berlaku pada waktu malam hingga awal pagi itu dan membabitkan beberapa kampung lain, antaranya Batu 38, Kampung Tengah dan Kampung Banting.

Penduduk Kampung Batu 37, Mhd Khairol Anuar Mhd Zaini, 38, mendakwa ketika berada di dapur rumahnya kira-kira 10.45 malam, dia terdengar bunyi ketukan yang datang dari pintu dapurnya.

“Bunyi ketukan itu kuat seolah seseorang mahu masuk ke dalam rumah dengan cepat.

“Apabila saya intai menerusi tingkap, tidak nampak siapa yang ketuk. Beberapa minit kemudian, bunyi ketukan itu kembali dan ia datang dari bilik air di dalam rumah.

“Kebetulan bilik air itu sudah lama tidak digunakan, jadi seluruh tubuh saya menggigil dan bulu roma meremang sebaik dengar ketukan itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.



Mhd Khairol menunjukkan pintu yang diketuk susulan gangguan misteri di rumahnya di Kampung Batu 37, Sabak Bernam. – Foto Mhd Khairol Anuar Mhd Zaini


Penduduk Kampung Tengah, Nor Zaihana Yaakob, 38, mendakwa turut mengalami pengalaman sama ketika berada dua anak dan ibunya ketika berada di rumah.

“Mulanya saya ingatkan dua anak saudara pulang dari kerja. Namun, sangkaan itu meleset apabila tiada siapa di luar rumah sewaktu saya menjenguk menerusi tingkap.

“Seram jugalah dengan peristiwa ini. Tambahan pula, suami tiada di rumah kerana bekerja malam,” katanya.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Batu 37 Darat, Muhammad Nazri Saiman, memaklumkan pihaknya menerima aduan berhubung perkara itu.

Muhammad Nazri berkata, gangguan itu turut berlaku kepada dirinya ketika berada di rumah kira-kira 11 malam kelmarin.

“Difahamkan, hampir separuh penduduk kampung ini mengadu berkenaan kejadian (ketukan pintu) itu.

“Saya menasihatkan mereka agar berhati-hati dan tidak membuka pintu sekiranya terdengar bunyi mencurigakan,” katanya.

Beliau berkata, penduduk dinasihatkan menghubungi polis atau pihaknya, selain jiran terdekat sekiranya ternampak individu mencurigakan.

“Kami kini mengambil tindakan dengan melakukan rondaan membabitkan sukarelawan MPKK bermula 10 malam hingga 3 pagi di sekitar kampung ini,” katanya.



Sumber: Samsohorr







Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote Hahahaha_ 27-11-2020 08:41 PM
Mistik ilmu menuntut.... hmm{:spec
Quote Hahahaha_ 27-11-2020 08:40 PM
Mistik ilmu menuntut.... hmm{:spec
Quote Hahahaha_ 27-11-2020 08:38 PM
Mistik ilmu menuntut.... hmm{:spec
Quote Hahahaha_ 27-11-2020 08:37 PM
Mistik ilmu menuntut..hmm{:spec
Quote Hahahaha_ 27-11-2020 08:37 PM
Mistik ilmu menuntut..hmm
Quote RatuDunia94 26-11-2020 06:14 PM
X boleh ke tabut tepung kat depan pintu.. esok tgok ada bekas tapak kaki ke tak.. atau pasang je cctv.. cctv skrg pun ada yg murah2
Quote adikfatin 26-11-2020 10:48 AM
{:laugh Steady ar org berani bwk keluar fon nk rakam hantu {:yameteh kalau aku cabut awai lagi. Takut
Quote adikfatin 26-11-2020 10:48 AM
{:laugh Steady ar org berani bwk keluar fon nk rakam hantu {:yameteh kalau aku cabut awai lagi. Takut
Quote Belibis 26-11-2020 10:22 AM
Tak payah la nak tunjuk pintu.kami warga forum berbilang kaum bukan tak kenal.
Quote zarulnazmi 26-11-2020 09:40 AM
Rogue98: Seramnye...tapi kenapa baru berlaku 3 bulan lalu?
Teori saya:

1. Ada orang baru menuntut ilmu sesat dan cuba mengujinya.

2. Ada pemilik saka yang baru meninggal tanpa waris, saka tersebut nak cari tuan baru.

3. Ada pemilik susuk yang tak sempat nak keluarkan susuknya sebelum meninggal dunia.
Quote VespaSilbe 26-11-2020 08:10 AM
Nampak apa choulz
Ketua kg kata kat MHI video tular tu bukan dari kg dia
Dia kata satu kg rumah kena ketuk tetiap malam
Sereeemm:run{:run{:run{:run
Quote Kurex 26-11-2020 07:50 AM
"bang, kali ni abg pose tunjuk pintu pulak, tapi jgn tunding jari", kata jurugambar kepada Khairul.
Quote Rogue98 26-11-2020 07:17 AM
Seramnye...tapi kenapa baru berlaku 3 bulan lalu?
Quote imransulaiman 26-11-2020 06:44 AM
Ada nampak video tu.. Ingatkan edit. Huhu

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.066205 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top