CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Anjing Kejar Kereta Tuannya Sepenuh Hati Setelah Sedar Dirinya Dibuang Namun.....

25-11-2020 03:59 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5483| Komen: 25



Anjing dikenali sebagai haiwan yang mempunyai kesetiaan yang amat tinggi pada tuannya, selain kebijakannya yang membuatkan ramai orang membelanya sebagai haiwan peliharaan, selain kucing. 


Baru-baru ini, viral di media sosial kisah seekor anjing yang dibuang oleh pemiliknya di tengah jalan. Wanita yang memandu kereta jenis utiliti sukan (SUV) berhenti di tengah jalan dan mengeluarkan anjing itu sebelum memecut dari lokasi kejadian. 


Tetapi anjing itu enggan mengalah, haiwan itu mengejar kereta pemiliknya sepenuh hati dan akhirnya dia ditinggalkan begitu sahaja tanpa sebarang perasaan belas kasihan. 


Menurut portal Zoorprendente, kejadian itu berlaku di Springfield, Missouri, Amerika Syarikat. Bersimpati dengan nasib anjing itu, pasangan Glenn dan Beverly Blake tampil membuat laporan polis. 


Difahamkan insiden itu disedari oleh pasangan bersara berkenaan setelah mereka secara tidak sengaja melihat perbuatan wanita itu di video rakaman kamera litar tertutup (CCTV). 


Video itu kemudian dimuat naik ke media sosial dan mereka meminta bantuan dari ahli komuniti untuk mengesan pemilik anjing itu. Tidak lama selepas itu, polis mula menyiasat kes tersebut dan anjing malang itu telah diserahkan kepada sebuah badan pelindungan haiwan, Rescue One. 



Siasatan awal mendapati, anjing itu diberi nama Honey dan pemiliknya adalah Ashley Nicole Devine yang berusia 26 tahun. Ketika ditemui, anjing itu mengalami dehidrasi dan kakinya juga melecet kerana berlari di jalan raya yang panas. 


Anjing itu kemudian diberi nama baru iaitu Hope, dan ditempatkan bersama anjing-anjing yang lain. Hope banyak menghabiskan masa bermain dengan yang lain. 


Ashley pula telah ditangkap dan didakwa kerana menganiaya haiwan. 







Sumber: Zoorprendente/ Thereporter



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Levespa 25-11-2020 04:59 AM
Memang ramai je yg buang anjing mcm ni.. Jahat betul
Quote Skydiva 25-11-2020 06:25 AM
Sebelum pkp aritu ade singgah kat rnr area selatan. Then nampak 2 ekor golden retriever yg cantik sgt tgh berlegar2 kat area tmpt parking. Kesian tgk anjing2 tu, mcm tgh cari tuan die. Dgr cerita dari pekerja2 kat rnr tu anjing2 tu mungkin ditinggalkan sbb diorg x pernah nampak anjing2 tu sblm ni. Sigh~ kejamnye lahai manusia ni. Tak boleh ke masuk group mane2 tny ade sesiapa sanggup bela anjing2 die tak sbb die tak mampu dah bela. Tinggal macam tu je, memang jahat la. Tapi anak pn org sanggup buang, ape ntah lagi haiwan2 ni semua. Hmm..
Quote elnor_81 25-11-2020 07:11 AM
Skydiva: Sebelum pkp aritu ade singgah kat rnr area selatan. Then nampak 2 ekor golden retriever yg cantik sgt tgh berlegar2 kat area tmpt parking. Kesian tgk  ...


Kesiannya...haiwan yg biasa dibela, x pandai cari mknn sendri. Tp btul la..baby pun kena buang.apatah lg haiwan.. aku xleh btul bce benda2 cmni...sedih...
Quote Kurex 25-11-2020 07:13 AM
Sebaknya............
Quote imransulaiman 25-11-2020 08:09 AM
Skydiva: Sebelum pkp aritu ade singgah kat rnr area selatan. Then nampak 2 ekor golden retriever yg cantik sgt tgh berlegar2 kat area tmpt parking. Kesian tgk  ...

Alahai kesiannya... Apa agaknya perasaan owner yang sanggup buat macam tu?

Dulu saya ada jiran cina yang bela anjing. Tapi lama kelamaan seekor tu dia letak luar pagar. Dia cakap anjing tu takde disiplin. Tiap malam anjing tu tidur luar pagar rumah dia. Makan minum tak dipeduli. Kesian nampak...
Quote mdhelmi 25-11-2020 09:12 AM
dia dgn tuan dia main kejar2 tu
kalo dia berjaya kejar kereta tu akan dpt hadiah PS5
Quote tipah89 25-11-2020 09:37 AM
tak boleh la tengok menda2 mcm ni... xle ada komitment bela xyah la bela dari awal..
Quote LadyCarefree 25-11-2020 10:27 AM
Sedihnyaaaaaaaa huwaaaaaaaa
Quote gideoncross 25-11-2020 10:28 AM
Ksiannya baby doggo ni, mudh2an nnti dpt tuan yg jauh lgi bgus dri tuan yg lma.
Quote husna_amal 25-11-2020 10:43 AM
Sepatutnya apa kena buat kalau tak nak bela anjing tu lagi? . Pusat perlindungi boleh la terima bila anjing macam ni teranaiya. Saje2 nak bagi diorang terima ke kalau dah banyak sangat anjing kena tanggung.
Quote buragazz 25-11-2020 11:06 AM
Semalam ada Hanjing kat supermarket area rumah aku tu.. aku baru sampai waktu tu gerimis dia macam nak follow kereta aku.. tapi aku masuk market pastu masa keluar dia standby 2 meter dari kereta aku.. aku cakap makanan takde la.. aku cuba panggil tapi dia takut.. tetiba aku rasa sebak pulak masa tu..
Quote zehra2 25-11-2020 11:26 AM
sedihnya..
tp dia dah masuk shelter.. moga ada yg adopt..
kat malaysia ni jrg ada foster.. tp ada..
sbb tak ramai yg nk adopt jadiknya si foster ni plak kena bela..

kdg2 pets yg sakit.. ada je foster bela sampai sihat.
aku ni ler rumah selalu org suka nk buang kucing.. sbb aku byk bela meow.. tp yg stray ni suka jln2 laa tak nk dikurung.
pd aku kot nk bela stray ni mcm jodoh jugek.. kot jumpa bwh keta.. tepi kedai.. kalo dia dtg bila kita panggil.. aku culik je.. tp kalo dia lari2.. tk nk dtg.. tu mmg tkde jodoh laa.. walaupun area tu tak sesuai meow nk hidup.. takde kedai , jalan sesak.. dll

bukan aku je manusia yg baik dlm dunia ni.. mungkin dia berjodoh dgn tuan lain.. org lain pun nak dpt pahala jugek kan.
Quote Artemesiaa 25-11-2020 01:27 PM
Betul tu banyak je kes macam ni kat tanah air pun ada je nak2 sejak ramai ada masaalah kewangan dan tak mampu nak tanggung haiwan peliharaan
Quote rosa_canina 25-11-2020 01:55 PM
kesiannya.. sampai hati tuan dia..  
Quote MsKathryn 25-11-2020 02:52 PM
Kesian... kalo x mampu nk jaga tu jangan bela
Quote Boomibulat 26-11-2020 12:50 PM
buragazz replied at 25-11-2020 11:06 AM
Semalam ada Hanjing kat supermarket area rumah aku tu.. aku baru sampai waktu tu gerimis dia macam n ...

Mgkn kete sama mcm tuan dia dulu kut..
Quote MissVixen 26-11-2020 01:11 PM
Kesiannya. Cuba amalkan bawa makanan haiwan bila keluar rumah. Aku bawak makanan kucing, kadang2 kucing takde, aku bagi anjing. Lahap mereka makan. Badan pun tinggal tulang. Jenis kaki pendek tu, nak memburu makanan pun tak reti. Manusia pergi ubah2 dan kacuk sampai lahirkan haiwan yang tak reti jaga diri sendiri. Dah bosan, buang pet merata rata.
Quote dubuk 26-11-2020 02:07 PM
kami memang macam tu...
Quote buragazz 26-11-2020 02:36 PM
Boomibulat replied at 26-11-2020 12:50 PM
Mgkn kete sama mcm tuan dia dulu kut..

Mungkin kot... tapi cam sedih la pulak...

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.202654 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top