CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Rider Grab Food Terjatuh Dibawa Arus Deras Banjir, Diselamatkan Tapi Badan Penuh Lintah

25-11-2020 03:45 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3419| Komen: 15

Description: Malang tak berbau, seorang penghantar makanan terpaksa berendam lebih kurang 30 minit bersama-sama puluhan ekor lintah selepas dia terbabas dan dihayutkan sejauh satu kilometer.



Malang tak berbau, seorang penghantar makanan terpaksa berendam lebih kurang 30 minit bersama-sama puluhan ekor lintah selepas dia terbabas dan dihayutkan sejauh satu kilometer.

Kejadian tersebut berlaku di Kampung Gangsa, Durian Tunggal. Mangsa yang dikenali sebagai Muaz Razali terselamat dan hanya mengalami cedera ringan.

Katanya, kejadian tersebut berlaku ketika dia dalam perjalanan untuk menghantar makanan di kampung tersebut dengan menggunakan panduan sistem pengesanan lokasi (GPS).

Bagaimanapun, keadaan kawasan yang gelap dan paling ngeri laluannya berhampiran dengan empangan air di Durian Tunggal dekat Jalan Keretapi Lama.

“Pada mulanya saya ingatkan kawasan itu dilanda banjir yang cetek tetapi secara tiba-tiba air semakin dalam sebelum saya terbabas lalu dibawa arus masuk ke tali air.”

Detik cemas itu dicerita semula oleh mangsa, sebaik terjatuh, dia gigih untuk bangun semula serta mengeluarkan motosikalnya namun tidak berjaya kerana arus deras membadainya. Bernasib baik kerana dia sempat menghubungi talian kecemasan.

Setelah berjaya naik ke darat, dia mendapati badannya dipenuhi dengan lintah sehingga sepasukan anggota Bomba tersebut terpaksa menolong membuangnya.

Kejadian ini merupakan kejadian ngeri kali pertama dalam hidupnya sebagai penghantar makanan sejak awal tahun ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Penguasa Bomba Kanan II Muhd Asraf berkata, panggilan kecemasan tersebut diterima pada pukul 9.58 malam dan 8 anggota pasukannya datang menyelamatkan mangsa.

Operasi penyelamatan selesai pada pukul 10.28 dan mangsa tidak mengalami kecederaan serius.

 

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 25-11-2020 07:00 AM
Siyes ehhhh hanyut sejauh 1 km?????
Quote EvieWanKenobi 25-11-2020 07:12 AM
gelinyaaa..
Quote Potpouri 25-11-2020 07:56 AM
Kesiannya. Semoga tabah la
Quote merrissa 25-11-2020 08:28 AM
dahsyatnya ...

dah la baru lps tgk cter kong....org kene telan dek lintah gergasi
Quote raihaneem 25-11-2020 08:46 AM
Pliss...buat ultrasound atau xray ka apa..kot lintah masuk badan.....semoga sntiasa sihat..
Quote pxlbb 25-11-2020 10:21 AM
raihaneem replied at 25-11-2020 08:46 AM
Pliss...buat ultrasound atau xray ka apa..kot lintah masuk badan.....semoga sntiasa sihat..

ini memang nightmare!
Quote prettyuglybabe 25-11-2020 10:26 AM
kesiannya.. harap yang motor dia tak rosak ke apa and yang order tak komplen sebab rider lambat hantar makanan sebab accident.
Quote xLillyx 25-11-2020 10:30 AM
Sian dia. Mesti trauma
Quote husna_amal 25-11-2020 10:33 AM
Berani betul rider tu redah banjir. Tak berbaloi langsung akhirnya.
Quote LadyCarefree 25-11-2020 10:42 AM
Kesiannya. Adoyaiiii
Quote fifie_olin 25-11-2020 10:44 AM
aku klu sekor dh melekat kaki lintah ni
mmg menjerit smpi kuar anak tekak
Quote raihaneem 25-11-2020 10:45 AM
Lintah melekat punya la liat nak tarik...cucuh apiancis ka..clorox ka
.baru keluar..
Org ckp lintah paya warna mcm bara dab berbuli kesat..
Tak suka lintah n pacat...

Hrp abg rider baik2 saja...
Quote Artemesiaa 25-11-2020 01:33 PM
Nampak jalan ditenggelami air banjir tak perlu cuba nak redah juga sebab tak tahu dalam macam mana takut sendiri pulak dapat bahaya macam dalam kes ni
Quote Normabaru 25-11-2020 08:46 PM
Kesiannyaaaaa... Semoga cpt sembuhhh
Quote bintangct 26-11-2020 01:14 AM
aku scrol laju2 kat atas.. smpi komen aku scrol pelan2 sb takut ada org tempek lg gmbr huhu
Aritu benda ni tersekat kat kerongkong Skg musim banjir plak.. mcm2

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.068355 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top