CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Asteroid Sebesar Burj Khalifa Rempuh Orbit Bumi Hujung Minggu Ini

25-11-2020 03:21 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5525| Komen: 35

ASTEROID 2000 WO107 dijangka melintasi Bumi pada 29 November ini. – GAMBAR HIASAN/ AFP/ EUROPEAN SOUTHERN OBSERVATORY



WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) meramal kan sebutir asteroid menyamai saiz bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa akan merempuh orbit Bumi minggu depan, lapor akhbar Daily Star.

Pusat Kajian Objek Hampir Bumi di bawah pengurusan NASA menyatakan, batu angkasa yang dianggarkan berukuran antara 370 meter hingga 820 meter itu dijangka melintasi Bumi pada 29 November ini.

“Asteroid itu dikenali dengan kod 153201 atau 2000 WO107. Ukuran panjangnya hampir me-nyamai pencakar langit Burj Khalifa setinggi 829.8 meter.

“NASA menjangkakan 2000 WO107 bergerak selaju 90,123 ki-lometer sejam semasa meluncur menghampiri Bumi,” kata pusat tersebut.

Orang ramai tidak dapat -melihatnya menggunakan te-leskop biasa dari Bumi. Asteroid itu akan membuat lintasan pada pukul 10.09 pagi waktu -Greenwich.

2000 WO107 dikategorikan sebagai objek hampir dengan Bumi (NEO) kerana berada dalam lingkungan 1.3 batu astronomi dari Bumi.

“2000 WO107 dikesan mempunyai jarak 0.02876 batu astronomi dari Bumi.

“Ia kedengaran seperti sangat hampir, namun realitinya jarak itu bersamaan 4.3 juta kilometer dari Bumi, katanya.


SAIZ batu angkasa berkenaan dikatakan menyamai ketinggian bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa. – GAMBAR HIASAN/AFP


Batu gergasi tersebut turut dikelaskan sebagai asteroid Apollo yang mana ia akan bertembung dengan orbit Bumi ketika bergerak di angkasa.

Asteroid itu diramal tidak akan menghentam Bumi, namun berdasarkan Pelan Tindakan dan Strategi Kesiapsiagaan NASA, NEO yang mempunyai saiz 1 kilometer boleh mengakibatkan kemusnahan dahsyat.

Pakar-pakar astronomi mengesan hampir 2,000 aste-roid, komet dan objek lain yang dikatakan menjadi ancaman kepada Bumi. – Agensi


Sumber :  kosmo.com.my 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 25-11-2020 04:14 AM
Macam2 jadi tahun 2020 ni
Lepasnj 2021 entah apa pulak yang jadi
Quote dudaberhias 25-11-2020 04:14 AM
Macam2 jadi tahun 2020 ni
Lepasnj 2021 entah apa pulak yang jadi
Quote kakikuDibibirmu 25-11-2020 04:54 AM
dudaberhias replied at 25-11-2020 04:14 AM
Macam2 jadi tahun 2020 ni
Lepasnj 2021 entah apa pulak yang jadi

Lepas ni 2021, asteroid sebesar Menara Warisan Merdeka PNB118 pula
Quote husna_amal 25-11-2020 10:07 AM
Selalunya belum sempat jatuh ke bumi asteroid ni dah hancur dulu,
Quote selipar_hijau 25-11-2020 10:25 AM
Kalau jatuh kat bumbung umah leh jadi jutawan hikhik
Quote fms016 25-11-2020 10:33 AM
dudaberhias replied at 25-11-2020 04:14 AM
Macam2 jadi tahun 2020 ni
Lepasnj 2021 entah apa pulak yang jadi

bulan jatuh ke riba..
Quote kluangman 25-11-2020 10:33 AM
OKlah rempuh orbit bumi bukannya rempuh bumi.
Quote gigahertz 25-11-2020 01:31 PM
kluangman: OKlah rempuh orbit bumi bukannya rempuh bumi.

Kalau saiz dia terlalu besar mmg akan masuk terlepas ke bumi. Tu yang membimbangkan.
Quote cmf_premierleag 25-11-2020 01:34 PM
Alhamdulillah
kiamat sudah dekat
Quote slyfynx 25-11-2020 01:36 PM
Bukan ke die cakap menhampiri bumi ke... and just lalu orbit, bukan rempuh
Quote brego 25-11-2020 01:39 PM
Quote myoujin 25-11-2020 01:43 PM
4.3juta kilometer la oi..  

Baru tengok citer greenland..  meteor sebesar stadium jatuh abis satu bandaraya hancur... Shockwave nya 1500 kilometer ... Yang last tu besar mana tah.. abis satu dunia..
Quote ~boolean 25-11-2020 01:45 PM
4.3 juta km dari bumi...
Quote abcdotcom 25-11-2020 01:45 PM
Smg tersasar ke Israel ...
Quote Artemesiaa 25-11-2020 01:51 PM
Moga baik2 je nanti dan tak menjejaskan iklim bumi
Quote JunkMail 25-11-2020 01:53 PM
myoujin replied at 25-11-2020 01:43 PM
4.3juta kilometer la oi..  

Baru tengok citer greenland..  meteor sebesar stadium jatuh abis satu ...

Aku pun baru tengok hari tu.. banyak pulak tu asteroid jatuh. Ala2 meteor shower tapi meletup letap pulak ke bumi.
Quote myoujin 25-11-2020 01:55 PM
JunkMail replied at 25-11-2020 01:53 PM
Aku pun baru tengok hari tu.. banyak pulak tu asteroid jatuh. Ala2 meteor shower tapi meletup leta ...

Sebab besar tu... Kalau kecik dah hancur pun masuk atmosfera..
Quote Nham22 25-11-2020 02:01 PM
Lintasan saja kan.. Xkene
Quote Adeakukesah11 25-11-2020 02:02 PM
Alamak teringat movie Greenland

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.187925 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top