Penyanyi yang juga pencipta lagu Aku Bidadari Syurgamu, Ippo Hafiz kesal apabila segelintir netizen meninggalkan komen negatif terhadap persembahan Aishah semasa separuh akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) yang berlangsung Sabtu lalu.
Menurut Ippo, dia dan penyanyi asal lagu tersebut iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza berbesar hati dengan kesungguhan Aishah menyanyikan lagu itu di pentas SFMM35. "Mengenai persembahan Kak Aishah semalam, saya yang bertanggungjawab sepenuhnya! Saya cuma ralat apabila baca komen yang ditulis netizen tanpa memikirkan perasaan Kak Aishah. "Bagi kami satu rahmat apabila Kak Aishah sanggup ganti Datuk Siti dan bawa tanggungjawab besar itu, kami memang berterima kasih kerana sebagai seorang bertaraf legenda, dia beri komitmen sangat baik dan merendah diri bawa lagu ini sepenuh hati.
"Jadi mohon jangan salahkan Kak Aishah, dia hanya ada beberapa hari sahaja untuk latihan dan dia dah cuba yang terbaik. Kami semua berpuas hati dan berterima kasih dengan apa yang dilakukan," katanya kepada mStar. Pada malam Sabtu, Aishah menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu menggantikan penyanyi asal Siti Nurhaliza. Bagaimanapun, persembahan Aishah menerima pelbagai reaksi penonton termasuklah komen yang berpendapat lagu tersebut tidak dibawa dengan baik dan tiada penjiwaan. "Jangan banding-bandingkan Kak Aishah... dia hanya menggantikan dan bukan nak berlawan dengan Datuk Siti. Datuk Siti ada acuan sendiri begitu juga Kak Aishah! Kita nak pengganti yang boleh bawa lagu dengan sempurna dan baik. "Kalau nak tahu pada malam itu, Kak Aishah hampir terjatuh kerana nak pitam tapi dia cuba juga habiskan lagu itu sebaiknya. Kita risau keadaan dia pada malam itu tapi Alhamdulillah tiada apa yang buruk berlaku. "Sebelum itu saya sendiri tengok dia bersungguh-sungguh dan beri komitmen penuh, datang awal dan sanggup menunggu. Saya akan ingat jasanya itu!" ujarnya. Sumber: mStar
|
sokmogitu replied at 23-11-2020 01:26 PM
yang gatal nak pertandingkan juga lagu ni dalam carta muzik2 pun kau Ippo. Dah tau Tokti takkan bera ...
sokmogitu replied at 23-11-2020 01:26 PM
yang gatal nak pertandingkan juga lagu ni dalam carta muzik2 pun kau Ippo. Dah tau Tokti takkan bera ...
sokmogitu: yang gatal nak pertandingkan juga lagu ni dalam carta muzik2 pun kau Ippo. Dah tau Tokti takkan beraksi di AJL, patutnya dari minggu pertama pencalona ...
harisbee replied at 23-11-2020 01:51 PM
dah cari awal kan lepas umum masuk semi...tp ada yg rejek kan...ujung2 aishah je yg sudi mcm tu.. ...
hannan_rayyan replied at 23-11-2020 01:56 PM
sapa2 yang dioffer utk bwk lagu ni sebelum aishah?
harisbee replied at 23-11-2020 02:00 PM
Mitch katanya
ADVERTISEMENT