CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dilantik Jadi Ikon Anti Dadah, Elisya Sandha Ada Matlamat Tersendiri

23-11-2020 12:57 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 3304| Komen: 12|Original author: Oleh: Saiful

Elisya Sandha ada matlamat tersendiri untuk membanteras dadah, lebih-lebih lagi selepas menggalas tanggungjawab sebagai Ikon Anti Dadah bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).



"Ini adalah kali pertama, saya menjadi ikon bersama AADK. Apabila berpeluang ke Terengganu baru-baru ini, saya dapat melihat sendiri sejauh mana isu dadah ini berlaku dalam masyarakat kita.

"Di situ, saya belajar bagaimana tugas seorang ikon dan juga apa itu dadah. Di sana juga saya turut didedahkan dengan beberapa fakta contohnya graf berkaitan dengan penagihan dadah," katanya kepada Harian Metro.


Foto: IG

Sementara itu adik kepada Fasha Sandha ini simpati dengan golongan muda yang terbabit dengan najis dadah.

"Paling mengejutkan adalah apabila saya diberitahu mengenai remaja yang seluruh anggota keluarganya juga menagih dadah. Dalam kata lain ibu, bapa dan anak-anak menjadi penagih.

"Secara tak langsung, ini menunjukkan ada anak-anak remaja yang turut terbabit sama kerana terpengaruh dengan ibu bapa mereka.

"Ibu bapa sepatutnya menjadi contoh yang baik buat anak-anak, namun kerana beberapa sebab yang kita sendiri pun tak tahu maka, gejala ini menular dalam keluarga mereka."



Dalam masa yang sama pelakon ini menceritakan tentang pengalamannya.

"Saya bersekolah di Sekolah Convent Bukit Nanas sejak darjah lima sehingga tingkatan lima.

"Jadi setiap hari ketika menaiki pengangkutan awam iaitu sistem transit aliran ringan (LRT), saya akan melihat sendiri beberapa penagih dadah yang tinggal di bawah jambatan dan sebahagiannya adalah gelandangan.

"Saya tidak menghakimi mereka dan tidak mahu bersikap stereotaip. Mungkin apa yang berlaku kepada mereka itu, ada sebab yang kita sendiri pun tak pasti dan mereka tidak ada tempat untuk mencari bantuan."


Elisya bertekad menggunakan media sosialnya untuk mengajak remaja menjauhi najis dadah.

"Tidak terlambat untuk seseorang itu berubah ke arah kebaikan. Jadi, saya rasa setiap orang punya peluang untuk berubah menjadi lebih baik.

"Kita boleh mendekati mereka dan membantu serta memberi nasihat untuk membangkitkan semangat supaya mereka kuat untuk menjauhi gejala negatif seperti dadah.

"Tentunya sebagai salah seorang anak seni, saya juga ingin membantu rakan-rakan artis yang terjebak dalam najis dadah ini."



Antara artis lain yang menjadi ikon anti dadah adalah Aiman Tino, kumpulan Floor 88, Izzmad Harun, dan Keena Mentor. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote putehkundor 23-11-2020 01:05 PM
dulu kakak dia pun ada kes dadah kan
Quote Kurex 23-11-2020 01:31 PM
Apa sumbangan dia sampai jadi ikon?
Quote Zielathefatlady 23-11-2020 01:46 PM
cantik dia ni

tapi apa function ikon tu ye, better jamal abdillah ke yg ada pengalaman.
Quote krustykrab 23-11-2020 01:50 PM
Gambar last tu, tangan duk seluk gapo eh
Quote bukannonones 23-11-2020 02:44 PM
Boleh lah didik abang ipar sendiri nampak nya
Quote adeqbun 23-11-2020 03:04 PM
Die ni dlm ig lawa gile..tgk kat drama biaser2 je
Quote husna_amal 23-11-2020 04:04 PM
Entah siapa2 la dipilih jadi ikon.
Quote slyfynx 23-11-2020 05:28 PM
Suki2 je pilih ikon makhluk2 cenggini
Quote minah_selekeh 23-11-2020 05:53 PM
bukannonones replied at 23-11-2020 02:44 PM
Boleh lah didik abang ipar sendiri nampak nya

Burnnnn!

By the way, muka dia ni makin lama tengok, makin lawa la pulak.. Awal2 dia muncul dulu, aku rasa muka dia tak serasi masuk tv.. Sekarang cam OK pulak..
Quote ariellin 23-11-2020 06:53 PM
Aku ok je dgn dia walu kurang lawa kurang glamer kurang hot mcm kakak dia.. tone suara dia berckp pun sedap..
Quote annadonna 23-11-2020 07:20 PM
Aku suka elisya ni. Sangat berbakat dan lebih matang dari kakaknya pada usia ini. Dulu fasya time umur gini banyak sgt isu. Maybe elisya belajar dari nasib yg menimpa kakaknya. Dia ni tak byk hal kat luar, buat kerja dia dan tak seek for attention. Eloklah diangkat jadi ikon time imej masih clean ni.
Quote abcdotcom 23-11-2020 08:59 PM
Jgn jadi cam sorg Artis Tu ,dilantik iKON DADAH Lps Tu dia hisap DADAH ......{:laugh

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.058840 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top