CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Apa Sebab Michael Jackson Dari Hitam Jadi Putih?

23-11-2020 12:47 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6745| Komen: 20



Siapa tak kenal Michael Jackson, The King of Pop. Antara sosok paling berpengaruh dunia pada abad ke-20 yang serba serbi ikonik baik suara, tarian dan fesyennya, memang tiada galang ganti. 

Karier MJ sebagai penyanyi dan penghibur bermula sejak kecil, ketika dia bersama empat abangnya membentuk The Jacksons 5 pada era 70-an. Apabila kehidupan berada di bawah lampu sorot sejak kecil, memang tak dapat lari daripada skandal seiring kemasyhurannya.

Salah satunya adalah perubahan warna kulitnya daripada gelap ke cerah. MJ yang dilihat menari bersama hantu-hantu kubur ketika era album Thriller pada 1982 sama sekali berbeza apabila terbitnya album HIStory pada 1995. Memasuki dekad 90-an, kulitnya sudah menjadi pucat secerah susu.

Adakah perubahan ini kerana MJ mahu lebih diterima khalayak khususnya masyarakat barat yang mengagungkan kulit putih berbanding warna kulit asalnya? Mungkin, tetapi menurut MJ sendiri dan keluarganya, dia menghidap sejenis masalah dipanggil vitiligo.

Vitiligo adalah keadaan di mana kulit hilang pigmen, atau depigmentasi, yang selalunya menyebabkan tompok-tompok cerah muncul dan kelihatan pada kulit. Tompok itu kelihatan lebih jelas terutamanya pada orang yang berkulit gelap. 1 daripada 250 orang di dunia ini menghidap vitiligo dan genetik itu wujud dalam keluarga Jackson.


Selain daripada masalah itu, MJ juga dilaporkan menghidap systemic lupus erythematosus (SLE), sejenis penyakit di mana sistem imun menyerang tisu organ tubuh dan mendatangkan keradangan dan kerosakan tisu organ terlibat termasuk kulit. Jadi ada dua penyakit yang didakwa menyebabkan kulit MJ memutih.

Selepas MJ membuat pendedahan dalam rancangan bual bicara Oprah pada 1993, perkara itu disahkan oleh dermatologisnya, Dr. Arnold Klein yang mengatakan bahawa MJ mula didiagnos menghidap vitiligo pada 1984. Tetapi tetap ada juga mereka yang merasakan ia tidak cukup dan mendakwa MJ meluntur kulitnya secara sistematik dengan menggunakan krim Benoquin dan pengambilan ubat-ubatan lain.

Ditambah dengan tabiatnya yang kerap menjalankan pembedahan kosmetik pada hidung (dari kembang menjadi tirus), kening, bibir menguatkan lagi dakwaan bahawa MJ dengan sengaja mahu mengubah dirinya menjadi orang putih. Jadi yang mana satu benar?

Dr. Christopher Rogers, doktor yang bertanggungjawab membuat bedah siasat terhadap mayatnya selepas kematian Raja Pop itu, mengesahkan bahawa memang MJ menghidap vitiligo yang tompoknya banyak menjejaskan kulit pada muka, dada, abdomen dan lengannya.

Tetapi bersama itu, adakah benar MJ melunturkan kulitnya? Menurut dermatologis bernama Dr. Hanish Babu, cara itu adalah antara bentuk rawatan untuk mereka yang menghidap vitiligo, supaya perbezaan tona kulit yang begitu ketara akibat penyakit itu dapat dikurangkan.

Ketika tompok-tompok putih mula muncul, kalau anda teliti betul-betul beberapa rakaman visual daripada konsertnya, boleh nampak MJ cuba menutup cela itu dengan solekan untuk disamakan dengan tona asal kulitnya. Apabila tompok itu semakin banyak dan sukar untuk ditutup dengan solekan, dia menukar strategi dan mula melunturkan kulitnya dengan krim Benoquin di bawah nasihat dan pengawasan doktor pakar kulitnya.

Selain daripada menjadikan kulitnya putih, kesan sampingan rawatan tersebut adalah kulitnya lebih mudah terbakar di bawah cahaya matahari. Sebab itu dia selalu kelihatan dalam keadaan berselubung apabila berada di luar terutama ketika matahari sedang terik.

Pada akhirnya, hanya dia dan tuhan sahaja tahu apa motif dan sebab di sebalik evolusi warna kulitnya. Tak kisahlah, hitam atau putih, hati mesti mau baik. Bak kata MJ sendiri, "It don't matter if you're black or white."


*Sumber: Today I Found Out, Wikipedia, rancaktv.com.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kimsa-ra 23-11-2020 01:03 AM
Pernah tgk la penghidap Vitiligo ni dkt tv secara live tak pernah jumpa lg. Bangsa mj ni je ke yg selalu hidap penyakit ni? Org asia tak pernah tau pulak setakat ni.
Quote Perawankota 23-11-2020 01:41 AM
Aku ada kenalan melayu.. Dia ni kulit macam sopak sini, tp x byk.. Pastu jenis kulit cerah tp nmpk lah tompok2 kat kulit dia.. Then dia makan produk pemutih mcm aura White ke apa.. So, skang ni dia mmg putih gila, tompok2 kt kulit dia pon dh sekata dgn warna kulit dia.. Tapi klu kena panas mcm main tepi pantai ke apa, mmg akan nmpk kulit dia jadik Merah mcm udang terbakar..
Quote adelea 23-11-2020 01:46 AM
kimsa-ra replied at 23-11-2020 01:03 AM
Pernah tgk la penghidap Vitiligo ni dkt tv secara live tak pernah jumpa lg. Bangsa mj ni je ke yg se ...

iols ada jumpa india and melayu yg alami penyakit ni ....

mmg bahagian yg jadi putih mmg jadi putih kemerahanan tapi ambik masa and bertompok kulitnya
Quote sarah82 23-11-2020 01:47 AM
kimsa-ra replied at 23-11-2020 01:03 AM
Pernah tgk la penghidap Vitiligo ni dkt tv secara live tak pernah jumpa lg. Bangsa mj ni je ke yg se ...

Ada.. Dalam family iols ada saudara yg hidap penyakit sopak ni
Quote kimsa-ra 23-11-2020 01:56 AM
adelea replied at 22-11-2020 05:46 PM
iols ada jumpa india and melayu yg alami penyakit ni ....

mmg bahagian yg jadi putih mmg jadi  ...

Klu kulit cerah tu susah la nk jumpa kn. Klu kena kt muka kesian nmpk tompok2 gitu.
Quote kimsa-ra 23-11-2020 01:58 AM
sarah82 replied at 22-11-2020 05:47 PM
Ada.. Dalam family iols ada saudara yg hidap penyakit sopak ni

Sopak ke ni? Igtkn bangsa kulit gelap je.
Quote adelea 23-11-2020 02:02 AM
kimsa-ra replied at 23-11-2020 01:56 AM
Klu kulit cerah tu susah la nk jumpa kn. Klu kena kt muka kesian nmpk tompok2 gitu.

mmg yg kena tu salin kulit kat muka uols
tapi kuatnya diorg no , x rasa pon muka tu cacat ... life must go on gitu
Quote sarah82 23-11-2020 02:08 AM
kimsa-ra replied at 23-11-2020 01:58 AM
Sopak ke ni? Igtkn bangsa kulit gelap je.

Yap.. Ada ja org Asia kena.. Yg family member iols gu kat tangan
Quote wnwa05 23-11-2020 02:45 AM
kimsa-ra replied at 23-11-2020 01:03 AM
Pernah tgk la penghidap Vitiligo ni dkt tv secara live tak pernah jumpa lg. Bangsa mj ni je ke yg se ...


ada lah.kawan aku asal macam panau je.tahun demi tahun badan dia makin jadi putih bersopak dengan kulit asal sawo matang..tak ada ubat. kesian sangat


Quote aijinmisaki 23-11-2020 05:59 AM
kimsa-ra: Pernah tgk la penghidap Vitiligo ni dkt tv secara live tak pernah jumpa lg. Bangsa mj ni je ke yg selalu hidap penyakit ni? Org asia tak pernah tau pu ...


Masa sekolah dulu ada sorang budak kelas iols kena penyakit vitiligo ni
Quote djzara81 23-11-2020 07:53 AM
Kawan sekolah rendah aku kene vitiligo. Buat treatment UV & mcm2. Took years for her to make her skin tone even. Now nmpk normal skit kulit dia, yg part putih tu mcm pinkish brown. Kwn aku pakai foundation kt muka bila kuar umah.
Quote mawar_mustika 23-11-2020 11:01 AM
my cousin pun ade kene vitiligo ni...doc ckp ade 3 sbb klu x silap i...pertama keturunan, ke 2 ubat ashtma & ke 3 i dh lupe huhuhu....die bermula dgn tgn...cousin i kulit gelap so mmg nampak ketara sgt...1 bdn kene kt muka pun nampak tompok2 awl2 dlu...skarang cam dh ok sket putih semua kulit die...disebabkn vitiligo ni die pakai niqab...katenye bkn sbb die cantik tp die rimas org pandang2 die...so ble die pakai niqab xdelh org pandang die semacam...so skrg dh selesa pakai
Quote RatuDunia94 23-11-2020 11:32 AM
Vertiligo sampai operate muka jd pelik
Quote husna_amal 23-11-2020 11:38 AM
Dulu masa kecik2 ingatkan dia buat pembedahan salin kulit lah bagi jadi putih.
Quote likecandy 24-11-2020 05:47 AM
Jadi betol la heols ada vitiligo ni
Dulu ada dengar gosip heols bleach kan kulit dia
Sama mcm kakak heols Latoya tu  
Quote Mamason 26-11-2020 01:33 PM
Hilang terus rupa asal beliau...
Quote Redmyvi 27-11-2020 01:14 PM
Ada seorg model victoria secret ni ada penyakit vertiligo nie..
Tapi dia confident ja atas runaway tu..
Penerimaan org dulu tak sama mcm skrg..
Quote liyamariska 29-11-2020 12:25 AM
Redmyvi replied at 27-11-2020 01:14 PM
Ada seorg model victoria secret ni ada penyakit vertiligo nie..
Tapi dia confident ja atas runaway  ...

Winnie Harlow... Pernah masuk ANTM...
Quote apedehal 13-12-2020 05:58 PM
liyamariska replied at 29-11-2020 12:25 AM
Winnie Harlow... Pernah masuk ANTM...

Kuat sentap jugak dia kan..sbb sapentah juri yg asal china@taiwan tu pggl dia dgn panggilan manja panda kalau xsilap

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.071230 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top