CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Ditanam Hidup-Hidup Dalam Hutan, Hanya Kepala Dibiarkan Timbul Di Atas Tanah

21-11-2020 04:14 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9288| Komen: 62




Seorang wanita ditanam hidup-hidup dengan hanya kepalanya dibiarkan 'timbul' di permukaan tanah dalam keadaan duduk bersila dan kepalanya hancur dipercayai dimamah oleh binatang liar.


Mangsa yang tidak diketahui identitinya itu dianggarkan berusia lingkungan 40-an dibiarkan mati seminggu lalu di kawasan hutan simpanan Yuntolovsky berhampiran St Petersburg, Rusia. 


Difahamkan, mayat itu ditemui oleh seorang lelaki berusia 36 tahun yang berjalan di hutan, kira-kira 500 meter dari jalan raya yang menghubungkan bandar ke pinggir bandar. 


Polis sedang menyiasat sama ada 'pengebumian' itu mempunyai unsur jenayah atau ia mungkin berkaitan dengan upacara keagamaan atau ritual. 


Luka di bahagian muka mangsa dipercayai telah dimakan oleh burung atau haiwan lain selepas kematiannya. 


Rantai emas dan loket turut ditemui dalam poket dan stokin mangsa, menurut laporan. Besar kemungkinan mangsa masih hidup ketika ditanam dalam tanah dan tidak dapat melepaskan diri. 


Gambar ngeri di lokasi kejadian itu didedahkan oleh media online yang dipercayai mempunyai kaitan rapat dengan pihak berkuasa di negara itu. 


Fontanka, agensi berita dimaklumkan oleh sumbernya, mangsa mungkin telah mati akibat dicekik dan pemeriksaan lanjut sedang dijalankan. Mayat mangsa telah dihantar ke unit forensik untuk dibedah siasat. - Agensi




Sumber -  thereporter.my


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 21-11-2020 04:21 PM
Hayoooo seramnyaaaa
Quote missyL 21-11-2020 04:23 PM
Tkut nye wehhhmm. Kejam gile
Quote sarah82 21-11-2020 04:27 PM
Russia.. Aku selepas baca ttg Olga.. Aku dah tak terkejut kalau berita kekejaman tahap jebon is cute dari Rusia
Quote Tinot7 21-11-2020 06:03 PM
Gambaq pixel. Tak nampak apa2.
Quote Jitu 21-11-2020 06:24 PM
Tinot7 replied at 21-11-2020 06:03 PM
Gambaq pixel. Tak nampak apa2.

jangan lah ada gmbr xcensor yg dekat Bangsar tu pun terbayang2 lg ni xtakut ke tengok gmbr ngeri
Quote Knowlee 21-11-2020 06:29 PM
Nyawa manusia mcm takde harga lansung. Dah sama mcm bunuh semut.
Quote KBW2 21-11-2020 06:48 PM
sarah82 replied at 21-11-2020 04:27 PM
Russia.. Aku selepas baca ttg Olga.. Aku dah tak terkejut kalau berita kekejaman tahap jebon is cute ...

Pasal apa tu?
Quote sarah82 21-11-2020 06:50 PM
KBW2 replied at 21-11-2020 06:48 PM
Pasal apa tu?

Kisah sejarah. Sebab nak balas dendam suami dia kena bunuh.. Seluruh kota kena Bakar.
Quote KBW2 21-11-2020 06:52 PM
sarah82 replied at 21-11-2020 06:50 PM
Kisah sejarah. Sebab nak balas dendam suami dia kena bunuh.. Seluruh kota kena Bakar.

Baru gugel, Olga of Kiev. Thanks
Quote sarah82 21-11-2020 06:53 PM
KBW2 replied at 21-11-2020 06:52 PM
Baru gugel, Olga of Kiev. Thanks

Selamat melayan.. Sbb tu aku x terkejut tahap keganasan org rusia.. Huk2..
Quote Tinot7 21-11-2020 06:56 PM
Jitu replied at 21-11-2020 06:24 PM
jangan lah ada gmbr xcensor yg dekat Bangsar tu pun terbayang2 lg ni xtakut ke tengok gmbr ngeri : ...

Gambar bangsar tu kena tgk kat fesbuk baru nampak. Kalau takde, musti takleh bayangkan. Iols mmg kena ada visual baru boleh gambarkan.

Gambar bangsar tu iols tak rasa ngeri sbb level ngeri iols ialah gambar yg iols tgk kat berita jaman mudo2 dolu2. Kat middle east, ada pekerja india tangkap budak umo 6 tahun. Lepas rogol, dia kerat dan masak budak tu. Masa jumpa, tinggal kepala je intact. Yg lain tinggal tulang. Forensik ka pulis kena susun2 tulang bendulang budak tu utk pastikan takde yg hilang. Iols masih blaja masa tu. Itu la benchmark ngeri bg iols.
Quote KBW2 21-11-2020 07:24 PM
sarah82 replied at 21-11-2020 06:53 PM
Selamat melayan.. Sbb tu aku x terkejut tahap keganasan org rusia.. Huk2..

Kalau suami aku kena bunuh macam Igor, I could be Olga huhuhu
Quote kasibiman 21-11-2020 07:28 PM
Tengs Sarah + kbw... Wak Kasi akan gugel Olga of kiev
Quote sarah82 21-11-2020 07:30 PM
KBW2 replied at 21-11-2020 07:24 PM
Kalau suami aku kena bunuh macam Igor, I could be Olga huhuhu

Ganas sangat... Thread tth olga ada kat bod sejarah..
Quote sarah82 21-11-2020 07:31 PM
kasibiman replied at 21-11-2020 07:28 PM
Tengs Sarah + kbw... Wak Kasi akan gugel Olga of kiev

Sy ada buka ttg olga yg sy translate kat bod sejarah.. ..keganasan dia luar biasa.. Sampai guna burung merpati utk bakar kota.
Quote KBW2 21-11-2020 07:44 PM
sarah82 replied at 21-11-2020 07:30 PM
Ganas sangat... Thread tth olga ada kat bod sejarah..

Thanks Sarah.
Quote KBW2 21-11-2020 07:49 PM
Ada sapa-sapa kat sini pernah bukak benang "The Blue Whale Challenge"?
Quote kimsa-ra 22-11-2020 01:43 AM
Rusia cara ckp pon ganas.
Quote dani-rox 22-11-2020 02:10 AM
berdasarkan gambar yg separa censored kat VK, lengan mangsa tuh terdedah tak tertimbus pun. mcm ko tgh berbaring kat tub mandi gitu.

akak syak ni sky burial ummah zoroastrian/Tibet. tadi terbaca pompuan nih mungkin berasal dari Central Asia.

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.050665 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top