CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dulu Gaji RM80 Ribu Sebulan, Kini Jual Ayam

21-11-2020 10:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8800| Komen: 47

Description: Dulu jual pakej pelancongan antara RM2,500 hingga RM8,500 sekepala dan kini, Nik Mohd Heezrad, 34, menjual ayam berharga RM6 sekilogram (bergantung kepada harga pasaran).
Dulu jual pakej pelancongan antara RM2,500 hingga RM8,500 sekepala dan kini, Nik Mohd Heezrad, 34, menjual ayam berharga RM6 sekilogram (bergantung kepada harga pasaran).

Itu realiti dihadapi Nik Mohd yang pernah memperoleh pendapatan antara RM50,000 hingga RM80,000 sebulan sebagai pemilik agensi pelancongan Ezigo Holiday Sdn Bhd.

Ezigo Holiday Sdn Bhd yang ditubuhkan bersama isteri, Nur Izzati Md Zuldin, 32, pada 2014 bagaimanapun terpaksa menghentikan operasi buat sementara pada Mei lalu akibat penularan Covid-19.


Foto: Harian Metro
Pada masa sama, 11 kakitangan syarikat berkenaan turut terjejas dengan pemberhentian sementara operasi.

Pada Julai lalu, Nik Mohd dan Nur Izzati menubuhkan Heezrad Ayam Sdn Bhd.


"Saya kuatkan semangat dan cekalkan hati untuk belajar berkaitan perniagaan ayam dengan pergi ke pasar borong, kedai runcit, pasar raya dan banyak tempat lain.

"Apa yang pasti, jual ayam sama saja dengan jual pakej pelancongan. Apa yang perlu ialah mendapatkan keyakinan pelanggan," katanya.

Ada hikmah di sebalik ini semua, kata Nik Mohd.

"Saya kini bercampur dengan ramai orang seperti peniaga kedai, pelanggan kedai makan dan pekerja pasar yang sebelum ini jarang saya lakukan kerana kesuntukan masa dan lain-lain faktor," katanya.

Menurut Nik Mohd, semangatnya untuk berniaga ayam juga semakin meningkat kerana 11 kakitangan Ezigo Holiday Sdn Bhd tetap setia bersamanya dan Nur Izzati.

Foto: Harian Metro

"Dulu mereka bertugas sebagai pegawai pemasaran dan lain-lain namun kini, ada yang jadi penghantar ayam.

"Ada juga yang masih meneruskan tugas sebagai pegawai pemasaran, cuma yang dijual ialah ayam dan bukannya pakej pelancongan," katanya yang tinggal di Desa Melati, Nilai, Negeri Sembilan.

Mengimbau penubuhan Heezrad Ayam Sdn Bhd yang beroperasi di Salak Tinggi, Sepang, Nik Mohd berkata, dia bertekad memulakan perniagaan itu selepas mendapati usaha dilakukan sebagai penghantar makanan dengan menggunakan pacuan empat roda sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendapat sambutan.

Katanya yang dikurniakan empat anak berusia sebulan, tiga tahun, enam tahun dan 10 tahun, ketika itu, selain ayam, dia turut mengambil pesanan sayur-sayuran, buah-buahan selain ikan.

"Saya dapati bekalan ayam paling mendapat permintaan tinggi. Saya dapatkan bekalan daripada kilang di Nilai, Negeri Sembilan sebelum memulakan perniagaan sendiri.

"Saya tidak menoleh ke belakang dan terus membeli peralatan seperti pemanas air berharga RM11,000, mesin pencabut bulu ayam dan mesin pemotong ayam, masing-masing berharga RM3,000 untuk melancarkan operasi," katanya.

Heezrad Ayam Sdn Bhd juga mempunyai pelanggan tetap terdiri daripada pengusaha kantin kilang, kedai runcit dan pasar borong.

Bekalan ayam diperoleh di Melaka secara kontrak.

Menurut Nik Mohd, walaupun 'terduduk' dengan keruntuhan sektor pelancongan namun dia dan isteri tetap percaya, Allah SWT maha adil dan melorongkan mereka rezeki sebagai peniaga ayam untuk meneruskan kelangsungan hidup.

"Pendapatan diperoleh ketika ini memang sangat jauh berbeza berbanding masa senang lalu namun saya dan isteri tetap bersyukur kerana kami diberi rezeki untuk bangkit semula.

"Bagaimanapun, saya percaya, satu hari nanti, industri pelancongan akan kembali berkembang dan Ezigo Holiday Sdn Bhd akan 'kembali beraksi'," katanya yang sedang menunggu kelulusan pinjaman bank untuk membuka kilang memproses ayam. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 21-11-2020 10:42 AM
Makin besar periuk makin besar keraknya.

Semoga cepat pulih ekonomi kita dan boleh melancong.. Supaya mereka yg terlibat dlm sektor pelancongan boleh kembali mendapat pendapatan sebelum covid-19.
Quote RatuDunia94 21-11-2020 10:58 AM
Gaji 80k sebulan mesti besar komitmennya..
Quote LadyCarefree 21-11-2020 11:03 AM
sarah82: Makin besar periuk makin besar keraknya. Semoga cepat pulih ekonomi kita dan boleh melancong.. Supaya mereka yg terlibat dlm sektor pelancongan boleh  ...


Tu pasal iols xmemasak! Lol.
Quote drivethru 21-11-2020 11:03 AM
Dulu pun aku pernah ambil pakage dgn sharliz travel. Sekarang pun dorang dah jual koleksi pinggan mangkuk import.
Quote VespaSilbe 21-11-2020 11:15 AM
Kedai ni kat area nasi kandar melayu kan
Quote chenta_dewi 21-11-2020 11:17 AM
Bagus bos mcm ni..bukan mcm bos kontroversi bentikan pekeje tapi boleh ada rumah mewah..hadiah mewah kereta mewah berbijik2 ..
Quote kasibiman 21-11-2020 11:19 AM
Bagus. Tahniah semangat juang yg tinggi.

Moga sukses
Quote sarah82 21-11-2020 11:51 AM
LadyCarefree replied at 21-11-2020 11:03 AM
Tu pasal iols xmemasak! Lol.

Hahaha.. Chuols ni.. Pepatah la.. Maksudnya makin besar gaji.. Makin besar tanggungjawab kita..

Dan dia mesti majikan yg baik.. Sebab 11 org staff dia tetap setia dgn dia.
Quote LadyCarefree 21-11-2020 12:04 PM
sarah82 replied at 21-11-2020 10:51 AM
Hahaha.. Chuols ni.. Pepatah la.. Maksudnya makin besar gaji.. Makin besar tanggungjawab kita..
...

Hehhee tau. Saja kacau Sarah. Tp iols memang selalunya xmasak. Suka tengok video memasak. Dan suka makan.
Quote sarah82 21-11-2020 12:09 PM
LadyCarefree replied at 21-11-2020 12:04 PM
Hehhee tau. Saja kacau Sarah. Tp iols memang selalunya xmasak. Suka tengok video memasak. Dan suka ...

Hahaha..kalau dia buka kilang pemprosesan ayam.. Lagi la maju.. Silap2 lagi berjaya dan laku keras dari travel agency dia buat.
Quote LadyCarefree 21-11-2020 12:16 PM
sarah82 replied at 21-11-2020 11:09 AM
Hahaha..kalau dia buka kilang pemprosesan ayam.. Lagi la maju.. Silap2 lagi berjaya dan laku keras ...

bagus kan dia xmerungut dn harap bantuan pastu salahkan kerajaan la apa la. Semoga dia berjaya.
Quote sarah82 21-11-2020 12:18 PM
LadyCarefree replied at 21-11-2020 12:16 PM
bagus kan dia xmerungut dn harap bantuan pastu salahkan kerajaan la apa la. Semoga dia berjaya.

Kagum semangat dia.. Jatuh terduduk dan tergolek.. Tapi perlahan2 dia bangun.. Bukan senang.. Semoga kita semua ada kekuatan mcm dia.
Quote Belibis 21-11-2020 12:33 PM
LadyCarefree: Tu pasal iols xmemasak! Lol.

Periuk karan dah takde kerak.masak comel jer.
Quote batusembilan 21-11-2020 12:47 PM
kalau dh otak bisnes tu, dia akan fikirkan sehingga berjaya jgk pasal bisnes.

dia ada saving alhamdulillah thts great.
Quote SiMontel 21-11-2020 01:14 PM
alhamdullilah dia bangkit kembali dgn biz..syukur dia da saving nak start all over...sebab kalau setakat otak biz je tapi saving takde utk modal..payah jugak...ini aku tgk realiti ramai kawan aku sangkut mcm tu...kesian mmg kesian tapi nak buat cemana...semoga semua org dipermudahkan dan diperluaskan rezeki di zaman covid ni....aminn
Quote makita 21-11-2020 01:19 PM
Mgu lepas jumpa kwn niaga kat pasar mlm. Siang dia keje opis. Suami ex pilot.
Quote TomyamPuteh 21-11-2020 02:00 PM
Ayam kt forum level T20 katanya
Quote gigahertz 21-11-2020 02:24 PM
RatuDunia94: Gaji 80k sebulan mesti besar komitmennya..

Rasanya pendapatan dia 80k bukan 80k gaji kalau setahun gaji 80k sebulan dalam 7k
Quote Tinot7 21-11-2020 02:49 PM
Semoga dipermudahkan urusan utk dia. Baguih dia jaga pekerja2 dia

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.056753 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top