CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cat Farish Kahwin Kali Kedua

21-11-2020 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 20151| Komen: 112

"Sepanjang empat tahun kenal, kami tak pernah keluar berdua dan bercinta. Jadi, mulai hari ini kami nak melalui 'moment' itu bersama," kata penyanyi dan pelakon, Cat Farish, 46, yang melangsungkan pernikahan dengan Suriani Hassan, 34, dengan hanya sekali lafaz, hari ini.


Pasangan itu bernikah di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Negeri Sembilan jam 9.30 pagi mengikut prosedur operasi standard (SOP) iaitu dengan hanya membabitkan pengantin, bapa Cat dan bapa pengantin perempuan.

Pada majlis itu, Cat atau nama sebenarnya Farrish Zaquan menyerahkan mas kahwin RM300 beserta wang hantaran RM10,000, manakala dulang hantaran daripada kedua belah pihak akan diserahkan pada majlis yang akan diadakan dalam waktu terdekat.

Foto: IG

Cat yang juga anggota kumpulan Ruffedge berkata, dia sudah tidak sabar untuk berkongsi kasih sayang dan cinta dengan isterinya.

"Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Tidak ada rasa gementar pun sebab sudah bersedia lama.

"Sepanjang empat tahun ini kalau keluar pun mesti dengan kawan-kawan atau terserempak. Pertama kali jumpa pada Ekspo di Terengganu. Kedua pada Anugerah Industri Muzik (AIM) dan kali ketiga dua tahun lalu.  Selepas saya merisik pada 20 September lalu baru keluar sekali. Itu pun bukan berdua," kata Cat yang juga bapa kepada tiga anak.


Cat berkata, dia mula membuka hati untuk berkahwin kali kedua selepas sambutan Aidilfitri lalu.

"Sepanjang empat tahun itu kami hanya berbalas mesej saja. Itu pun kalau rasa nak mesej, baru mesej. Tidak ada rasa apa pun. Saya mula cakap nak cari penggantj lepas raya tempoh hari. Saya cakap, kalau saya dengan awak, nak kahwin terus. Dia pun balas, kalau betul nak masuklah meminang. Itu yang saya terus hantar rombongan merisik," katanya.

Ditanya mengenai penerimaan tiga anaknya terhadap perkahwinan baru itu, Cat berkata, semua anak merestuinya.



"Dia tahu saya duda dan pernah jumpa anak waktu lepas merisik. Dia okay menjadi ibu segera. Malah, anak-anak pun okay. Alhamdulillah, bekas isteri pun bagi sokongan pada anak-anak untuk terima mak baru mereka," katanya.

Cat pernah berkahwin dengan Hartiny Ramli dan bercerai pada April 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 12, Eva Latheefa, 10, dan Qul Iskandar, 9. -CARI

Sumber: Harian Metro
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chenta_dewi 21-11-2020 11:24 AM
Tahniah walaupub org prmpuan ni kalau usaha kurus nampak lawa org laki usaha kurus awat nampak tua ek
Quote adaakukesah 21-11-2020 11:24 AM
Buat bypass ke?
Quote ReginaGeorge 21-11-2020 11:28 AM
Till jannah.. Learn from previous mistakes gittew
Quote nazzse 21-11-2020 11:34 AM
Bypass ke dia ni? Skin sagging teruk sangat nampk, klu exercise takda la teruk mcm u sekali
Quote sarah82 21-11-2020 11:40 AM
Tahniah.. Semoga kekal hingga ke jannah.
Quote makneng 21-11-2020 11:51 AM
Daddy2 sgt si cat ni. Tahniah kpd mempelai.
Quote umbut 21-11-2020 11:58 AM
Lepas kurus nampak makin tua.. yess dia buat bs
Quote Suchi 21-11-2020 12:02 PM
Lain dah cat farish ni.
Isteri baru ada meh2 muka isteri lama.
Quote Suchi 21-11-2020 12:05 PM
nazzse replied at 21-11-2020 11:34 AM
Bypass ke dia ni? Skin sagging teruk sangat nampk, klu exercise takda la teruk mcm u sekali

Gigih iols buka ig dia nak tengok gambar n video2 dia.
Kalau tengok video lagi laa muka dia lagi kiut senarnya masa chubby dulu asalkan tak buncit ok dah.
Quote 800214 21-11-2020 12:06 PM
Aiyo.. Tudung pengantin tu.. Pelik2 je
Quote nura19 21-11-2020 12:24 PM
Tahniah...semoga kekal ke Jannah
Quote kiah_mai_pulak 21-11-2020 12:29 PM
nazzse replied at 21-11-2020 11:34 AM
Bypass ke dia ni? Skin sagging teruk sangat nampk, klu exercise takda la teruk mcm u sekali

sama mcm man raja lawak tu... muka dh mcm homeless.. tak terurus.. org klau dh kurus, nmpk lah wangi nya... cat dgn man 2-2 muka tak sihat
Quote exclusive_vvip 21-11-2020 12:40 PM
congrats Cat..tringat masa Ruffedge tgh mendunia lepas lagu Tipah Tertipu dulu..dia bgtau iols gf dia budak law..nampak he was so proud of her..tapi tu la, sayang jodoh x panjang..takdir penentu segala kan (dtg lagu Tok jamal plak dah)
Quote edayildiz 21-11-2020 12:44 PM
ptt tgk status wssp kwn ofis psl ni..agaknya cat farish ni kwn dia la kot eh..tak tau pulak dia ni duda...dulu dia gemok kan..tp cute
Quote sukacactus 21-11-2020 01:10 PM
Tahniah la
Jaga rumahtangga baik2
Quote ayorsuam 21-11-2020 01:20 PM
Muka bini dia cam Camelia...
Quote rikuren 21-11-2020 01:42 PM
Cat Farish buat pembedahan bariatrik November 2019.. macam penyanyi Aisyah tu.
Quote lanse 21-11-2020 01:43 PM
lain betul cat
Quote rayna_raynes 21-11-2020 01:43 PM
isteri baru dia ada iras2 tini pulak

Lihat semua komen(112)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.108746 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top