CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Be Strong Baba, Mommy Bedah Perut Rilex Je," -Sharnaaz Ahmad Buang Sinus

20-11-2020 02:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16271| Komen: 77

Description: Pelakon Sharnaaz Ahmad, 35, telah menjalani pembedahan sinus semalam di sebuah pusat perubatan swasta.
Pelakon Sharnaaz Ahmad, 35, telah menjalani pembedahan sinus semalam di sebuah pusat perubatan swasta.

Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad memaklumkan perkara itu menerusi sebuah rakaman video di Instagram (IG) selepas selesai menjalani pembedahan itu.


Kredit foto: IG

"Buat yang tertanya tentang saya, saya okay baru saja selesai buat pembedahan. Saya ada sinus. Minta maaf memang bersepah (darah) sikit.

"Saya tak boleh cakap lama, darah akan keluar. Sinus ada banyak jenis, saya punya kasi selesai buang semua. Sakit," katanya.


Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan agar Sharnaaz cepat sembuh malah ada juga yang tidak lokek berkongsi cara untuk menghentikan darah mengalir.

"@almynadiaofficial: Mamu cepat sembuh naaa.. Rehat ok.

"@acheykintangkintung: Selamattt matttt.

"@adila.70120707: Mamu pi pam ayaq garam yang depa bagi tu dalam hidung, untuk keluarkan darah tu, nanti cepat darah tu berhenti. 


"@jasnymardhiah: Hang sakit macam ni pun hidung ada darah hang tetap hensem Mamu. Speedy recovery Mamu.

"@iezapekan: Apa-apa pun cik doakan hampa cepat sembuh. Sebab Allah sayang dia bagi kita ujian. Jadi insya-Allah mudahan cepat sembuh. Amin," antara komen-komen yang ditulis.

Foto: IG

Sebelum ini, bekas isteri iaitu kakak kepada pengacara Neelofa, Noor Nabila mendoakan agar urusan pelakon filem Jebat ini berjalan lancar.

"Semoga dipermudahkan dan berjalan lancar. Amin," kongsinya di Instagram Stories. -CARI

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 20-11-2020 03:27 PM
Baba apo kalau perangai cm pompuan, meroyan tak sudah
Quote tepisket.. 20-11-2020 03:30 PM
Suka dgr jebat merepek.. haha.. mcm2 bahasa adoo...
Quote Ritacomels 20-11-2020 03:31 PM
Kurex replied at 20-11-2020 03:27 PM
Baba apo kalau perangai cm pompuan, meroyan tak sudah

Eh kurex x nak bersemoga ats dada mamu.ka?
Quote Kurex 20-11-2020 03:40 PM
Ritacomels replied at 20-11-2020 03:31 PM
Eh kurex x nak bersemoga ats dada mamu.ka?

Tak taste laki suka meroyan
Quote mimi77 20-11-2020 04:06 PM
ucapan dr mami utk mamu x dak ka?
Quote maxim 20-11-2020 04:08 PM
Be strong Bubu! - Miwa filzah
Quote Suchi 20-11-2020 04:10 PM
Sinus ni buang cemana ya? Iols pun ada masalah sinus/resdung ni seksa betul nk tidur malam kalau bukak aircond kena la standby tuala kecik tidak tunggu sejuk skit off aircond.
Pastu tetiap hari bersin lebih drpd 10 kali, nak solat subuh pepagi paling seksa.
Hidung ni takleh ada menda sentuh mula la nk bersin lepas amik wuduk kena lap muka kering.
Ada masa tak dapat bau apa2 kadang ada bau yg sama je melekat kt hidung cth bau bunga melur dan bau pewangi rumah yg dah lama habis. Tapi bau tak hilang2 kat hidung.
Quote chenta_dewi 20-11-2020 04:13 PM
Suchi replied at 20-11-2020 04:10 PM
Sinus ni buang cemana ya? Iols pun ada masalah sinus/resdung ni seksa betul nk tidur malam kalau buk ...

Meols bersin mau lebih 30kali..tapi doc cakap bukan resdung..dia kata alahan sejuk/habuk..tu jumpa doc pakar ent tu..ingat nak bedah terus buang tp dah kata bukan r3sdung pulak
Quote ina_na 20-11-2020 04:24 PM
Suchi replied at 20-11-2020 04:10 PM
Sinus ni buang cemana ya? Iols pun ada masalah sinus/resdung ni seksa betul nk tidur malam kalau buk ...

Dl kan aku ni org ckp resdung teruk.. Sampai sapu minyak habatulsaudah kat hidung.. Dah keje p jumpa pakar ent.. Doc pakar ckp bukan resdung.. Bukan sinus.. Hanya alegik seafood, habuk dan debu.. So x yah tkt.. Mkn je ubat dia bg.. So sampai skrg la mkn ubat tu.. X jumpa dah doc pakar ent.. Mkn ubat alegik je.. Dl kan zmn kanak2 org tua2 takutkan.. Resdung boleh rompong hidung.. Serius hidup dlm ketakutan je sblm keje.. Nk mkn semua tkt..
Quote Suchi 20-11-2020 04:27 PM
chenta_dewi replied at 20-11-2020 04:13 PM
Meols bersin mau lebih 30kali..tapi doc cakap bukan resdung..dia kata alahan sejuk/habuk..tu jumpa ...

Emm pelik ya iols pun takleh ngn habuk. Kalau nak kemas habuk ni kena pakai mask tu pun tetap mata jadi gatal berair sampai mcm rasa nak demam.

Uols tak penah rasa sakit kat bahagian muka ke ye? Mcm iols penah tetiba muka rasa sakit nak tunduk rasa nak terkeluar biji mata tu.
Luaran takde nampak apa cuma rasa kat bhgn muka tu sakit.
Sebab taktahan berhari2 sakit g klinik doktor kata sinus kena amik antibiotik tidak takkan hilang sakit tu.
Lepas amik antibiotik makin hilang sakit muka tu.
Quote chenta_dewi 20-11-2020 04:30 PM
Suchi replied at 20-11-2020 04:27 PM
Emm pelik ya iols pun takleh ngn habuk. Kalau nak kemas habuk ni kena pakai mask tu pun tetap mata ...

Tak sakit lebih kepada tak selesa sbb selesema..
Quote Suchi 20-11-2020 04:38 PM
ina_na replied at 20-11-2020 04:24 PM
Dl kan aku ni org ckp resdung teruk.. Sampai sapu minyak habatulsaudah kat hidung.. Dah keje p jum ...

Oh iols tak penah jumpa pakat ent untuk masalah resdung ni cuma dulu2 penah gi utk masalah lubang halus kat telinga. Tau kan lubang kecik tu tak semua org ada. Iols punya lubang tu bg masalah kat iols sejak iols kecik lg.
Selalu kena bisul besar bernanah yg berulang2 kat luar telinga tu.Dah sembuh tahun depan kena balik udahnya bila dah keje g jumpa pakar dorang operet jahit tutup lubang tu so takda da lah kena bisul.
Time tu hidung ni tak buat hal sangat huhu lepas kawen makin menjadi2 lak.
Quote lotionmilo 20-11-2020 04:41 PM
Suchi replied at 20-11-2020 04:10 PM
Sinus ni buang cemana ya? Iols pun ada masalah sinus/resdung ni seksa betul nk tidur malam kalau buk ...

Sinus ni polyps besar dalam hidung, so dr akan operate buang polyps tu.

Pergilah jumpa dr you.nnt dr masukkan camera dalam hidung cek
Quote Belibis 20-11-2020 04:47 PM
maxim: Be strong Bubu! - Miwa filzah

Orang tak muncul jangan sebut2.tiba2 ada nanti tak cukup pages nak seranah.
Quote gigahertz 20-11-2020 06:03 PM
Suchi: Sinus ni buang cemana ya? Iols pun ada masalah sinus/resdung ni seksa betul nk tidur malam kalau bukak aircond kena la standby tuala kecik tidak tungg ...

Sama la sis. I bangun pagi bersin x habis2. Bangun tengahari ok. I tak boleh bersin2 kalau bersin sekali habis whole day i jadi buruk.
Quote fly_in_d_sky 20-11-2020 06:25 PM
Suchi replied at 20-11-2020 04:27 PM
Emm pelik ya iols pun takleh ngn habuk. Kalau nak kemas habuk ni kena pakai mask tu pun tetap mata ...

sakit bahagian muka?
pernah ...
doktor diagnos ada mild sinus
sakit nya lupa nak describe macam mana
yang pasti tak selesa

setiap pagi dan malam kena wap muka dengan kristal
haiss ...

Quote djzara81 20-11-2020 08:03 PM
Same here..dah jumpa pakar ENT, amik xray tapi doc kata tak serious sgt & x perlu bedah. Bagi ubat tahan gatal. Soh bersihkn hidung guna nasal spray. Elakkan habuk2 or bende yg bole trigger allergy. Aku potong cili kering pon bole bersin2.
So for the time being, standby ubat allergy bila bersin non-stop. Nasal spray works too but kene rajin cuci hidung.
Quote Manjahati 20-11-2020 08:04 PM
Moga cepat sembuh lah ye mamu sharnaz
Quote makneng 20-11-2020 08:15 PM
Siaplah lps habis ubat bius.. Ko rasa mcm ada org pijak atas muka ko sekuat kuat hati.. Been there done that... Tak nak dah kena lagi

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.059784 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top