CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Kaitan Lagi Dengan Individu Disiasat SPRM, 4 Cawangan BubbleBee Dibuka Semula

20-11-2020 03:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6723| Komen: 39

Pengeluar produk minuman BubbleBee mengumumkan bakal membuka semula empat cawangan di Ampang, Sentul, Sungai Buloh dan Senawang pada 23 November ini selepas proses pengambilalihan selesai.


Ketua Pegawai Eksekutif Bubblebee Sdn Bhd (Bubblebee), Datuk Ismail Abdul Rahman berkata, keempat-empat cawangan tersebut diambil alih operasi oleh ibu pejabat Bubblebee serta tiada kaitan lagi dengan rakan usahasama yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Sebelum ini usahasama Bubblebee di empat cawangan tersebut melibatkan usahawan vape terkemuka Mohamad Hafizzi iaitu pengasas House of Vape bersama pasangannya Nikruasma Nik Ruzi atau lebih dikenali di Instagram sebagai @babyanamoi serta Azman Arshad dari Taikun Vape.

Foto: IG

 
“Kami telah mencapai penyelesaian baik bersama dengan Hafizzi beserta Nikruasma dan Azman untuk menamatkan usahasama bagi keempat-empat cawangan Bubblebee tersebut.
 
“Penamatan bersama berdasarkan persetujuan baik ini berkuatkuasa serta-merta. Kesemua cawangan di atas juga telah ditutup sementara waktu bagi melancarkan urusan pengambilalihan operasi oleh ibu pejabat Bubblebee.
 
“Pihak syarikat memohon maaf khasnya kepada Hafizzi, Nikruasma dan Azman juga kepada semua pelanggan secara am yang terkesan akibat penutupan sementara keempat-empat cawangan tersebut,” tambah Ismail lagi.
 
Menganggap apa yang berlaku agak pahit untuk ditelan bagi kedua-dua belah pihak, namun Ismail berkata keputusan tesebut terpaksa dilakukan kerana nilai jenama amat penting dalam sesebuah perniagaan.
 
“Keputusan penyelesaian baik bersama ini diambil bagi mengekalkan kemandirian jenama Bubblebee untuk jangka masa panjang,” katanya.

Dalam pada itu Ismail turut menjelaskan bekas rakan usahasama mereka itu bersama bersama pengarah-pengarah syarikat telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa berkaitan satu siasatan yang dilakukan baru-baru ini.
 
“Berdasarkan penjelasan yang telah diberikan oleh mereka, kesemua mereka tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat.
 
“Mengikut maklumat yang diterima siasatan lanjut oleh pihak berkuasa ke atas suspek yang disyaki juga sedang berlangsung,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau memohon orang ramai supaya tidak lagi membuat sebarang spekulasi terhadap mereka. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 20-11-2020 03:27 PM
Tunjukla paper trail mmg dh clear ownership. Setakat ckp.. Klu skali acik porum csi tgk masih lg ada kaitan..xke nnt lg malu. Jgn main2 dgn acik porum ok.. Sini sume reti
Lols
Quote white_musk 20-11-2020 03:37 PM
AISPIAREM pandai juga main wayang untuk memuaskan hati semua warga malaysia
Quote Belibis 20-11-2020 04:09 PM
[quote]white_musk: AISPIAREM pandai juga main wayang untuk memuaskan hati semua warga malaysia [/quot
Quote Belibis 20-11-2020 05:00 PM
Belibis:   white_musk: AISPIAREM pandai juga main wayang untuk memuaskan hati semua warga malaysia [/quot

Salah quot pulakkkkk..mana butang edit??
Quote RatuDunia94 20-11-2020 05:06 PM
Ape kes PUI lari lompat pagar aritu? Dh dpt tangkap balik ek?
Quote laksmanabentan 20-11-2020 05:11 PM
sedap sgt ker?
itu mmg real madu ker?
Quote eyansss 20-11-2020 05:16 PM
RatuDunia94 replied at 20-11-2020 05:06 PM
Ape kes PUI lari lompat pagar aritu? Dh dpt tangkap balik ek?

dah...  kena tangkap kat genting kalau tak silap...

Quote missyL 20-11-2020 07:26 PM
Yela tu....
Hmmm.
Skang ade duit yg hitam pn jadi putih..
Quote missyL 20-11-2020 07:27 PM
laksmanabentan: sedap sgt ker?itu mmg real madu ker?


Klo real madu xleh jual murah u.
Nmpk cm diabetes in a cup
Quote Belibis 20-11-2020 07:40 PM
missyL: Yela tu....Hmmm.Skang ade duit yg hitam pn jadi putih..

Kiranya espiarem  tukang money laundry ke caner???
Quote LadyCarefree 20-11-2020 07:45 PM
Normabaru: Tunjukla paper trail mmg dh clear ownership. Setakat ckp.. Klu skali acik porum csi tgk masih lg ada kaitan..xke nnt lg malu. Jgn main2 dgn acik porum ...


Jadinya selama ni konon Bubbee ni Shuib yg punya semata2 propa?
Quote Rogue98 20-11-2020 07:47 PM
Ohh boleh lah lepas ek....pandai espirarem cuci duit org kasi bersih....
Quote JunkMail 20-11-2020 08:03 PM
Hujung2 suci. Lepas ni boleh continue flex kekayaan..contoh amik gmbr tengah cangkung depan kete mewah.
Quote RatuDunia94 20-11-2020 08:08 PM
So shuib n sarah dh suci ke??
Quote makneng 20-11-2020 08:12 PM
Wow... Just liddat? {:dot
Quote kakikuDibibirmu 20-11-2020 08:24 PM
Kena tiga kali suci baru boleh bermadu
Quote AshKetchum 20-11-2020 08:38 PM
nengok muka shahmacau pegang boba tu pon dah menimbulkan keloyaan yach
Quote dua_chzy 20-11-2020 08:50 PM
Ah senangnya idop. Mentang2 retis.
Quote rogayahtop 20-11-2020 09:25 PM
kiranya dah selesai la ye? sekejap nye buat penyiasatan. huntongla vvip dgn retis. kalau marhaen ada kaitan dgn crime bertaun kedai kena sita.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.111805 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top