Seorang pensyarah dari sebuah universiti di wilayah Jambi menunjukkan isyarat pelik kepada isterinya sebelum ditemui mati tergantung di rumahnya, semalam.
Menurut portal SUMEKS.CO, kejadian berlaku sekitar jam 4.30 pagi. Bagaimanapun, isterinya mendakwa melihat suaminya berkelakuan pelik dengan ke hulu ke hilir di dapur sekitar jam 3.45 pagi sebelum kejadian. Isteri mangsa yang terkejut melihat suaminya tergantung di tangga dapur rumah terus memotong tali berkenaan.
Namun, dek kerana tidak kuat menanggung beban berat tubuh mangsa, ia menyebabkan sebahagian tubuh terhentak di tembok hingga mengakibatkan luka di pelipis kirinya. Polis Bahagian Hubungan Masyarakat Muarojambi, AKP Amradi berkata, kes diserahkan kepada polis daerah Jaluko. - CARI
|
lattehazelnut: Mmg photographer sukaba suka suruh posing tunjuk ke
lattehazelnut replied at 20-11-2020 12:44 PM
Mmg photographer sukaba suka suruh posing tunjuk ke
merrissa replied at 20-11-2020 02:44 PM
tahnya kononnya nak highlight gantung diri di mana....dah namapon gantung diri.... takkan la dilan ...
ADVERTISEMENT