Lebih 500 nelayan menghidap penyakit kulit misteri selepas pulang dari laut. Kesemua nelayan dari Senegal itu mengalami luka di wajah, malah beberapa kes pada alat kelamin mereka.
Kes pertama dilaporkan pada minggu lalu dan kebanyakan nelayan berasal dari beberapa bandar di sekitar ibu kota Dakar itu kini dikuarantin untuk mendapatkan rawatan.
Foto yang dikongsi di media sosial menunjukkan seorang lelaki mengalami bengkak di bibir dan bisul di tangan. Lelaki tersebut juga dilaporkan mengalami sakit kepala dan demam panas. Punca penyakit tersebut masih menjadi teka-teki dan tentera laut Senegal dihantar untuk mengambil sampel air laut untuk analisis. Sumber: mStar
|
anony-mous replied at 20-11-2020 11:48 AM
Mana bukti yg dekat alat kelamin?
ADVERTISEMENT