CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lelaki Hilang Mak Ngah Akibat Kanser Berang Dengan Iklan "Penawar Kanser"

19-11-2020 03:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5811| Komen: 20

Banyak pendedahan dibuat tidak bermakna tawaran dan permintaan berkurang, malah masih ramai berani menjual produk cegah kanser secara terbuka kepada umum.

Perkara ini menimbulkan kemarahan seorang pemuda, Jat Ikhwan yang kehilangan ibu saudara akibat kanser.



"Ternampak iklan ni di Instagram. Rasa nak marah betul. Aku hilang arwah Mak Ngah sebab kanser (tahap) 4. 

"Paling sedih sebelum ajal dia, adik beradik terdesak hingga bayar berpuluh ribu pada "perubatan alternatif" seperti ni yang mendakwa macam-macam padahal perubatan moden di hospital ada," ciapnya.




Menurut iklan berkenaan, 'penawar kanser tahap 4' itu berjaya menyembuhkan seorang warga emas yang dijangka doktor hanya dapat bertahan selama empat bulan saja.

Berikutan itu, Jat mengadukan isu penjualan ubat terbabit kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana melanggar Seksyen 4 Akta Ubat (Iklan dan Penjualan).


Kredit foto: Twitter

Justeru, lelaki itu menyeru penjual di luar sana agar lebih bertanggungjawab dan menyemak garis panduan disediakan KKM. - CARI
3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 19-11-2020 03:05 PM
Suppliment utk darah tggi, kencing manis dan semua sgala jenis mak nenek mmg punca kpd strok. Depa tau nak untung ja dah tau org yg sakit terdesak nak sembuh. Gila punya org
Quote kucingitam 19-11-2020 03:15 PM
supplements tu semua bukannya ubat..dia nak bagi tambah apa yang badan kurang ja.. nama pun makanan tambahan...
Quote lattehazelnut 19-11-2020 03:58 PM
kucingitam: supplements tu semua bukannya ubat..dia nak bagi tambah apa yang badan kurang ja.. nama pun makanan tambahan...

Haha mesti join mlm ni kan..
Pakai ayat penawat cancer tahap 4
tp supplemen je bukan ubat..
Quote salmon-suki 19-11-2020 04:10 PM
Kalau jmpe produk y claim boleh rawat kanser etc,tolong laa report kt kementerian..biar pdn muka ponder produk ni y cuma fikir untung jah..

Lagi satu,kalau nk mkn perubatan alternatif ni,better check betul2 asal usul dia..kalau setakat baru muncul 2,3tahun,claim boleh rawat kanser,dah sah2 produk tipu tuh..
Quote belilies 19-11-2020 06:12 PM
Mcm produk L.... ..far lah ni. last2 disamannya org.
Quote belilies 19-11-2020 06:13 PM
Mcm produk L.... ..far lah ni. last2 disamannya org.
Quote AshKetchum 19-11-2020 09:54 PM
pak engku pon muka pasrah jah terpaksa promote produk gitu

Quote Tinot7 19-11-2020 10:06 PM
Takziah kpd dia dan keluarga dia. Mesti perit tapi nak wat camne kalau  adik beradik makcik dia yg usaha mcm tu?
Quote slyfynx 19-11-2020 11:17 PM
Yang sedihnye, diorang ni kaya atas duit orang sakit yang terdesak nk sembuh.
X rase berdosa ke?
Org kalau dah mmg xde harapan ni kadang2 x kisah kuarkan duit, dgn harapan kot2 berkesan.
I've been there. So aku tau rase hopeless tu mcm mana. So mmg kalau ade org bg harapan tipis pun, orang yang xde harapan ni akan berpaut x nk lepas.
And this is the time yang diorang and ahli keluarga akn vulnerable sgt and will try anything.
Bodo la yang menagguk di air keruh ni.
Termasuk agen2 sangkak yang terdesak nk tunjuk kat orang lain yang die mampu beli kete besar dengan jual produk camni.
May you guys rot in hell.
Quote LadyCarefree 20-11-2020 02:56 AM
kucingitam: supplements tu semua bukannya ubat..dia nak bagi tambah apa yang badan kurang ja.. nama pun makanan tambahan...


Dan semuanya tak perlu asalkan makan makanan seimbang
Quote LadyCarefree 20-11-2020 02:58 AM
slyfynx: Yang sedihnye, diorang ni kaya atas duit orang sakit yang terdesak nk sembuh.X rase berdosa ke?Org kalau dah mmg xde harapan ni kadang2 x kisah kuarka ...


Amin.

Jangan lupa juga produk jenis tilam ajaib stokin ajaib cergam ke apanama semua tu. Ribu raban.
Quote abcdotcom 20-11-2020 03:43 AM
Sdg research pil kerajaan langit .Telan sebiji terus terampak jumpa Ayah Pin ...
Quote husna_amal 20-11-2020 10:16 AM
Orang dah terdesak nak sembuh, semua cara dia buat sampai berabis beribu ringgit. Produk2 ni pula mengclaim kononnya mampu merawat penyakit padahal tak pun. Sekadar teknik melariskan jualan.
Quote meow_tompok 20-11-2020 11:09 AM
Saya penah attend workshop pasal pemakanan sihat, tips sihat yg saya dpt:

-Takde istilah sesuatu produk bole rawat penyakit tertentu. Guna combinasi concept.
- Convert makanan harian jadi ubat kita
- Penyakit dtg dari :
70% - makanan yg kita ambil
(badan kita perlukan 60/68 nutrien (40/48 jenis nutrien perlu) + 20% makanan berasid & 80% makanan beralkali)
20% - life style eg. tidur lewat, tak senam
10% - genetik

lagi satu tips yg saya dpt, org yg sakit cancer tak bole tidur lewat. Jam 11malam tu patut  tidur.

Arwah abg ipar saya meninggal sakit cancer, dari stage 2 nak ke stage 4 sekejap je dlm masa 2-3  bulan mcm tu. Yg saya perhati, lepas berita dia di diagnos cancer tu ramai juga la tetamu2 dtg berkunjung kat rumah dia melawat, sampai lebih 11malam pun dia melayan tetamu. Beberapa bulan kemudian dari cancer tahap 2 doktor kat HUKM sahkan kanser dia dah sampai tahap 4.  Sebulan dua kemudian dpt berita dia kembali ke rahmatullah.  

Quote mawar_mustika 22-11-2020 09:56 AM
i pun benci org yg duk overclaim mcm ni...my dad bekas pesakit cancer leukemia 11thn yg lalu.......pesakit cancer @ bekas pesakit cancer mmg xblh ambk bende2 camni...i mmg xbg die ambk bende2 mcm ni...tp 2 kali terlepas pandangan i...1st i igt lg die ambk cellmax...die ckp org surau die yg promot...i dh igtkn dh ms tu xblh ambk...tp die degil kwn die tu ckp elok...skali kene kencing manis...ble i google rupenye ramai yg ambk cellmax tu kene kencing manis...

beberapa bln lps tibe2 my dad muntah darah...mule2 die x bg tau i sbb die tau i akan marah...last2 die bg tau kakak i die ade ambk supplement ape tah kwn die jual...i bwk terus emergency...darah drop gila...platlet mmg jatuh gila...4 pack darah 2 pack platlet kene masukkn...doc ayah i giling kepala dpt tau my dad ambk supplement tanpa consult doc...doc bg tau utk pesakit mcm my dad even ubat hospital pun diorg akn make sure btul2 bdn my dad blh trima...mmg my dad xblh ambk sebarang supplement @ ubat tanpa pantauan doc...

alhamdulillah penyakit lama my dad xdtg balik tp my dad mmg skrg dlm pantauan doc sbb ade cell yg doc ckp mcm xnormal...lps jd camtu br le my dad insaf xnk ambk dh supplement sebarangan...
Quote Artemesiaa 22-11-2020 11:39 AM
Orang yang kurang pengetahuan dan malas membaca je yang selalunya terpedaya dengan iklan macam tu
Quote rookiecake 13-1-2021 08:30 PM
Kalau pesakit2 yang mengalami barah, tidak dinafikan kebanyakan daripada mereka akan rasa desperate/terdesak. Datang pulak all these sellers yang jual supplement with claims like it can cure cancer based on placebo and not scientific evidence... betul-betul tak berhati perut. Nak kasi false hope especially to cancer patients is despicable
Quote glump 13-1-2021 09:24 PM
Pesakit mmg buruan penjual ubat2 entah2 apa2.alasan simpati nak tolong ...kesian jadi mnagsa
Quote isseliparjepun 13-1-2021 10:33 PM
My in laws antara yang suka dengar cakap jiran jiran dan dah habis ratusan (hampir ribuan) ringgit beli produk entah apa apa. Bila I perhati kotak kotak tu, dah la tak ada kelulusan KKM langsung. Mahal pulak harga. Ada 1 susu kotak warna ungu, beli sekotak 100+, jadi ahli, beli 3 kotak dapat 380 macam tu. Lagi I tak suka dengan manusia yang sibuk promote produk macam ni. Tak semestinya ubat tu berkesan dengan kita, berkesan dengan orang lain juga.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.102228 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top