Ianya tidak mengejutkan, persoalannya sampai bila? Tersenarai antara lima negara yang kuat bekerja hingga mengabaikan kehidupan peribadi, Kuala Lumpur berdiri sebaris dengan ibu negara lain seperti Hong Kong, Singapura, Seoul dan Tokyo. Lebih menyedihkan, berbanding empat negara yang disebutkan, Malaysia sebenarnya bukan sahaja tiada 'work life balance', malah pendapatan diperolehi juga tidak setimpal. Menurut kajian organisasi Kisi di Amerika Syarikat, Kuala Lumpur berada di kedudukan 47 antara 50 negara yang diselidik mengenai "Best Cities for Work-Life Balance 2020". Ianya mengambil kira faktor masa bekerja yang panjang, terlebih populasi dan jumlah cuti minima yang diperuntukkan syarikat. Perlukah kita gembira dengan statistik terlebih rajin ini? Pelbagai pendapat dilontarkan netizen, antaranya menyalahkan ahli politik yang tidak menaikkan gaji minima, mengutamakan kapitalis berbanding kebajikan pekerja dan lain-lain lagi. |
annehuda replied at 19-11-2020 11:12 AM
tapi kt malaysia ni banyak cuti umum. tu blum lg kalau menang bola. cer korg kire bab cuti umum ni
...
ADVERTISEMENT