CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Jadi Ibu Tumpang Untuk Anak, Nenek Usia 51 Tahun Lahirkan Cucu Sendiri

19-11-2020 12:02 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2951| Komen: 13

Description: CHICAGO, ILLINOIS – Seorang nenek berusia 51 tahun di Amerika Syarikat melahirkan cucunya sendiri selepas menjadi ibu tumpang untuk anak perempuannya lapor laman berita Mirror UK.




CHICAGO, ILLINOIS – Seorang nenek berusia 51 tahun di Amerika Syarikat melahirkan cucunya sendiri selepas menjadi ibu tumpang untuk anak perempuannya lapor laman berita Mirror UK.

Julie Loving yang berasal dari bandar raya Chicago di negeri Illinois, selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 2 November lalu.

Perjalanan kehamilan tersebut dikongsi anaknya, Breanna Lockwood, 29, di laman Instagram.

Breanna berkata, ibunya menawarkan diri untuk menjadi ibu tumpang selepas dia dikatakan sukar hamil kerana mengalami masalah kesihatan.

“Ibu saya adalah seorang yang sangat hebat. Dia mengharungi proses bersalin yang agak mencabar.

“Pengorbanan yang dia lakukan untuk melahirkan anak saya ke dunia ini tidak dapat saya luahkan dengan kata-kata,” ujarnya.

Tambah Breanna, dia pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali termasuk semasa mengandungkan bayi kembar.



Menurutnya, dia dan suami pernah bercadang untuk melakukan rawatan kehamilan IVF, namun doktor yang merawat mereka mencadangkan supaya mengambil ibu tumpang.

Sementara itu, Julie berkata, dia teringin menimang cucu dan pada masa sama, mahu membantu anaknya mendapatkan anak.

“Sebenarnya saya yang mula mencadangkan kepada Breanna untuk menjadi ibu tumpang kepadanya, tetapi dia menolak dan menganggap ia tidak masuk akal.


“Bagaimanapun, saya terus memujuknya hingga dia bersetuju,” kata wanita aktif itu yang pernah mengikuti 19 larian maraton. – Agensi



Sumber : kosmo.com.my/ohmymedia


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagnaklcc 19-11-2020 12:06 AM
At least rupa tu tak lari jauh la. Hmmmm.
Quote Perawankota 19-11-2020 12:11 AM
Dia nak panggil nak ke nenek nanti
Quote anakjiran 19-11-2020 12:25 AM
bagaimana proses pemindahan benih berlaku?
Quote Tinot7 19-11-2020 12:29 AM
Tahniah....
Quote kimsa-ra 19-11-2020 01:44 AM
anakjiran replied at 18-11-2020 04:25 PM
bagaimana proses pemindahan benih berlaku?

Sama mcm ivf dia senyawa dekat luar lpstu pindah masuk.
Quote lavendernovella 19-11-2020 02:43 AM
Kongkalikong. Huru hara nasab. Mak aku tapi dia nenek aku. {:freak
Quote febreze 19-11-2020 10:40 AM
dna genetic still dari parent...ibu tumpang hnya bg tmpt tgl dan tolong bg mkn je
Quote RatuDunia94 19-11-2020 10:59 AM
Ingatkan menumpang henjutan menantu sekali..
Quote mamajawie 19-11-2020 11:16 AM
hmm..cam kuage 69..tunggang langgang nasab keluarga..ni nk panggil nenek ke omak?
Quote husna_amal 19-11-2020 11:24 AM
Adakah si menantu dengan mak mertua kena berehem2 bersama dulu?
Quote rifaa 19-11-2020 11:31 AM
aku follow ig dia ni
perjalanan dia nak dapat anak mmg sukar dan sedih
dia dah try mcm2 rawatan sampai rahim dia calar dan xleh peknen
lepastu mak dia rela hati nak jd ibu tumpang sbb selalu tgk anak dia bsedih,
mak dia dah monopos tapi doktor berjaya wat mak dia peknen benih anak & mnantu,
then mak dia peknen dan branak baby girl

dalam ig tu, ntah la aku sedih sgt tgk gamba2 dia,
ada gamba badan peknen mak dia, pastu muka dia, dia sorok badan kat blkg pokok,
dengan caption ' macam tu kot kalo dia peknen', punya la tingin nak rasa peknen
bila baby tu lahir, im just happy for them...happy tu mcm aku yg dpt anak
Quote edayildiz 19-11-2020 11:34 AM
kalau dlm citer laki akan jatuh cinta kt ibu tumpang..
Quote awenda507 19-11-2020 08:57 PM
Pelik tp benar

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.077039 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top