Seorang pemuda tiba-tiba menjadi popular tanpa sengaja apabila dirinya 'tercalon' dalam Top 20 Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 (ABPBH33), malam Jumaat lalu.
Menurut Muhammad Shahrul Wafiy Rosli, dia dimaklumkan mengenai perkara itu oleh sahabatnya yang sedang menonton siaran langsung acara tersebut. "Masa tu saya baru nak masuk toilet. Tiba-tiba saya dapat mesej daripada kawan saya beritahu saya tercalon dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular ABPBH. "Saya ingat dia tipu. Biasalah kawan-kawan mesti nak gurau-gurau. Jadi saya ingat dia nak prank tapi dia tetap cuba yakinkan saya benda tu betul,” katanya kepada mStar. Bagi mendapatkan kepastian mengenai perkara itu, pemuda berusia 22 tahun itu lantas menonton siaran langsung acara tersebut di YouTube dan terkejut mendapati dirinya tiba-tiba menjadi artis tanpa sengaja. "Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba tersenarai. Lagipun saya bukan siapa-siapa. Jadi saya pun screenshot montaj tu dan tanpa berfikir panjang, saya pun post dekat Twitter," katanya. Namun, Muhammad Shahrul Wafiy atau lebih mesra disapa Wafiy tidak menduga perkongsiannya mengenai perkara itu menjadi tular dan mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. "Saya post sebab rasa benda tu macam kelakar dan satu gurauan. Saya ingat main-main tapi betul-betul terjadi," katanya. Susulan insiden itu, beberapa netizen turut mencadangkan kepada Wafiey untuk mengambil tindakan undang-undang di atas kesilapan tersebut. "Ramai yang suruh saman tapi bagi saya benda ni satu kesilapan teknikal dan tak perlu dipanjangkan. Jadi tak perlu pun saman. "Saya pun bersyukur sebab kesilapan kecil ni beri rezeki pada saya. Mana tidak, secara tak langsung nama saya tiba-tiba menjadi bualan netizen. "Malah secara tak langsung membuka mata industri hiburan untuk berikan saya peluang cuba berlakon. Siapa sangka rezeki tercalon tanpa sengaja jadi kenyataan?" katanya. Selepas insiden itu, Wafiy berkata dia turut mendapat perhatian orang sekeliling. "Lepas viral tu adalah beberapa orang tegur saya dekat luar. Saya pun terkejut macam mana mereka boleh kenal saya. Lagipun gambar tu disiar live tak sampai 10 saat. "Tapi saya memang pernah jadi pelakon tambahan bagi drama Hantu Seram Asrama yang ditayangkan di Astro Prima tahun lalu. Pada masa sama saya pun pernah jadi talent untuk iklan," katanya. Menerusi laporan mStar, gambar wajah Wafiy sebenarnya tertukar dengan pelakon baharu Farhan Asri yang sebenarnya tercalon bagi kategori tersebut. Sumber: mStar
|
Themilo replied at 16-11-2020 02:48 PM
dap juga.. kalau meols, memang akan bagi menang untuk kategori artis bbnu mencuri hati kakak.. tak g ...
slavehunter replied at 16-11-2020 02:50 PM
Ok lah apa apa jer la dik....yang penting muka adik jambu....berhati hati dengan gayah ok.
Kurex: Nak hati2 mcm mana kalau dia sendiri gayah sis oii
Nana_Man replied at 16-11-2020 03:22 PM
Kesian yg nama “Farhan Asri”....hahaha
Kurex replied at 16-11-2020 03:09 PM
Nak hati2 mcm mana kalau dia sendiri gayah sis oii
Kurex replied at 16-11-2020 02:59 PM
Tak minat la budak2.. tapi kalau dia memberi, takkan la kita tak rela menerima..
lattehazelnut replied at 16-11-2020 05:12 PM
Kiv insta link nye.. dlm 3-5 tahun tgk balik mana tau sado ke.. hahaha..
Kurex replied at 16-11-2020 03:09 PM
Nak hati2 mcm mana kalau dia sendiri gayah sis oii
ADVERTISEMENT