CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Eyra Hazali Sedih, Anak Tiga Bulan Kena Jangkitan Paru-Paru

16-11-2020 12:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6143| Komen: 27

Description: Anak pelakon, Eyra Hazali iaitu Muhammad Hayder Qhalish yang baru berusia tiga bulan dimasukkan di sebuah hospital di Johor Bahru akibat jangkitan paru-paru atau pneumonia sejak empat hari lalu.
Anak pelakon, Eyra Hazali iaitu Muhammad Hayder Qhalish yang baru berusia tiga bulan dimasukkan di sebuah hospital di Johor Bahru akibat jangkitan paru-paru atau pneumonia sejak empat hari lalu. 


Eyra berkata, pada awalnya dia tidak dapat menerima hakikat apabila anaknya terpaksa melalui kesakitan.

Foto: IG

Bagaimanapun, Eyra menerusi perkongsian di Instagram meluahkan rasa syukur dengan keadaan anaknya yang semakin pulih dan dibenarkan pulang hari ini. 

"Hayder dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru. Ketika doktor beritahu perkara ini, saya dalam keadaan tidak percaya sebab dia terlalu kecil untuk hadapinya.

"Tengok dia kena cucuk jarum, menangis kena buat ujian saringan Covid-19, Alhamdulillah negatif, masukkan ubat, ambil gas, Allahuakbar, tapi dia seorang anak lelaki yang kuat," katanya. 




Menurut Eyra, disebalik kesakitan yang dihadapi anaknya itu, Hayder masih mampu tersenyum.

"Walaupun menangis tapi dia masih mampu berikan senyuman indah kepada kami. Senyumannya buat saya semakin kuat. 

"Mama minta maaf awak terpaksa lalui ini sayang. Mama sanggup lakukan apa saja untuk gantikan tempat dan kesakitan awak. 

"Semoga Allah permudahkan semuanya, memberkati awak dan panjangkan usia. Mama dan papa sayang awak sangat. Anak kami yang kuat," katanya. 



Eyra mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol JDT, Muhammad Haziq Nadzli pada 1 November tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata pertama iaitu Hayder pada 14 Ogos lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 16-11-2020 12:56 PM
Semoga dipermudahkan
Quote oklatu85 16-11-2020 12:59 PM
Kurex replied at 16-11-2020 12:56 PM
Semoga dipermudahkan

Aik??? Betul ke kurex yg Komen ni
Quote rayray28 16-11-2020 12:59 PM
semoga lekas sembuh babynya dan kuat tubuh badannya..time2 skg ni elak laa kuar bwk baby kecik tu..anyway muka mummy tu bloated sgt ye
Quote Kurex 16-11-2020 01:03 PM
oklatu85 replied at 16-11-2020 12:59 PM
Aik??? Betul ke kurex yg Komen ni

Sebak kalau bab baby, kanak2 menderita.. tapi kalau sekadar ikan mati pun nak bukak benang, haruslah dicerca
Quote minahmanja 16-11-2020 01:18 PM
siannya... bby bwh 6mth/1year ni elak kan la bwk2 keluar jln2 gi pasar mlm ke apa.. diorg ni fragile..
Quote doubleA 16-11-2020 01:28 PM
Semoga cpt sembuh, memang kecik lagi tu 3 bulan. Iols pun jaga betul2 especially 6 bulan pertama. Alhamdulillah even selesema pun tak kena. Lepas 6 bulan lebih sampai skg macam2 la hai, terpaksa la ambil ubat. Semoga baby iols pun cepat sembuh dari batuk selesema
Quote September14 16-11-2020 01:31 PM
Laki dia ensem

Semoga cpt sembuh
Quote MsOryzaa 16-11-2020 02:23 PM
Kesiannya..kene test covic jugak ek dulu..huhu. Semoga cepat sembuh Hayder
Quote husna_amal 16-11-2020 02:48 PM
Semoga anak eyra ni cepat sembuh dan dijauhi segala macam penyakit.
Quote Suchi 16-11-2020 02:54 PM
Baby kecik kena cucuk memang rasa kesian nak plak hat baru umur 2-3 hari tangan halus urat pun kemain payah nak cari sampai lebam2 tgn.
Tiap kali misi masukkan antibiotik kat branula tu dia menjerit nangis,memang sakit kan sedangkan kita yg dewasa pun tak suka bila ubat tu dimasukkan cam kebas sakit tangan dibuatnya walupun beberapa saat.
Quote Minyakyuyi 16-11-2020 02:55 PM
anak bff aku pn kena cmni baru sebulan..on antibiotik seminggu baru ok..GWS baby..
Quote Nenasketum 16-11-2020 02:58 PM
Kesian baby tu. Mak Pak pun kalu boleh, kurang kan ukur jalan. Memacam penyakit kat luar tu, Covid, Denggi, now talking about bird flu plak.
Quote missyL 16-11-2020 03:06 PM
Kesian nye..
Semoga cpt sembuh...
Quote gummygummy 16-11-2020 05:25 PM
Allah kecik sgt lagi da kne Pneumonia.
Quote setokinpurple 16-11-2020 09:13 PM
Elakkan lah bawak baby keluar nak2 time covid ni
Quote asfaz 16-11-2020 09:37 PM
MsOryzaa replied at 16-11-2020 02:23 PM
Kesiannya..kene test covic jugak ek dulu..huhu. Semoga cepat sembuh Hayder

kena test gak macam anak kawan aiols buat operate angin pasang pun kena buat test
Quote jureencute 16-11-2020 09:51 PM
Anak baru kecik lg dah bawak jalan merata. Pelik aku dgn species mak bapak mcm ni. Mati ke kalau simpan anak tu kat rumah..especially time covid ni..kalau tak engsap gak aku x tau la
Quote rookiecake 5-1-2021 02:23 PM
Semoga baby Cepat sembuh
Quote fuyupoktek 5-1-2021 06:16 PM
Kesian baby. Iggtkan dh branak dh xde dh citer psl dia ni. Asek nama naik citer psl pregnant alahan prrsediaan , dah branak citer psl pantang... Rupanya ada lg sambungan

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.200150 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top