CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zed Zaidi Terpaksa Jual Tauhu Begedil Untuk Teruskan Hidup

16-11-2020 12:51 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 15547| Komen: 119|Original author: Oleh: Saiful

Description: Zed Zaidi terpaksa berniaga tauhu bergedil untuk meneruskan hidup.
Zed Zaidi terpaksa berniaga tauhu begedil untuk meneruskan hidup.

Dalam keadaan pandemik Covid-19 yang masih berterusan, Presiden Seniman ini mengakui pendapatannya terjejas.


Kredit foto: IG,Harian Metro


"Dengan dua anak kembar yang makin membesar perlukan pelbagai kos termasuk susu dan belanja isi rumah, saya tak boleh duduk saja dan memang kena cari jalan untuk cari rezeki. 

"Dalam masa sama, hujung tahun banyak akaun kerajaan sudah tutup dan projek kurang. Orang pun tak buat perniagaan besar masa Covid-19. Ini saja yang mampu buat setakat ini.

"Saya ambil inisiatif buat perniagaan secara kecil-kecilan dengan menghasilkan Tauhu Begedil Begedul. Ini 'trademark' kepada perniagaan saya," katanya kepada Harian Metro.




Zed meletakkan nama Begedul sebagai satu kelainan.

"Idea ini tercetus sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu. Apabila isteri masak, saya nampak makanan ini boleh dijual supaya boleh dapat pendapatan dalam keadaan yang amat sukar sekarang.

"Sambutan amat menggalakkan. Jualan hanya dibuat setiap Rabu, Jumaat dan Sabtu untuk tempahan dan penghantaran. Apabila sambutan meriah, kami buka tempahan dan jualan setiap hari. Orang dah rasa dan ulang tempah. Ia terlalu banyak dan pelanggan baru makin bertambah."


Tambahnya, jualannya berbeza kerana dihasilkan daripada resipi warisan keluarga isterinya.

"Kicap sos diwarisi daripada nenek isteri dan rasanya memang sedap. Rezeki ini bukan untuk kami sekeluarga sahaja. Secara tak langsung ia turut menjana pendapatan kepada pekerja penghantaran makanan termasuk pembantu peribadi saya.

"Kadangkala saya sendiri yang terpaksa hantar kerana permintaan memang banyak. Alhamdulillah, sudah banyak kotak yang terjual setakat ini," katanya.

Zed gembira kerana jualan tauhu begedil yang berharga RM10 itu mendapat respons positif daripada peminat, rakan artis dan rakan media.

"Tamat saja Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) nanti, saya sasarkan nak pergi jauh lagi. Kemungkinan saya nak buka cawangan, kedai atau kilang." -CARI

3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 16-11-2020 12:55 PM
Oklah dari kau join scammer
Quote cmf_shya 16-11-2020 12:58 PM
Sblm pkp pun apa pekerjaan dia..berlakon xpnh..mngacara pun xpnh nmpk..nyanyi pun x..presiden seniman je yg tau..dia ada business ka
Quote Meiizu 16-11-2020 01:00 PM
at least betul laki minik buat sendiri...slalu retis bagi pinjam nama je
Quote Belibis 16-11-2020 01:00 PM
cmf_shya: Sblm pkp pun apa pekerjaan dia..berlakon xpnh..mngacara pun xpnh nmpk..nyanyi pun x..presiden seniman je yg tau..dia ada business ka

Drama paling lama dia kat rtm.Sembilu.sampai bosan nk tengok sebab asyik gaduh baik,gaduh baik.
Quote Tunan 16-11-2020 01:00 PM
Propa ke ni
Quote Lengkong 16-11-2020 01:01 PM
pandai masak elok lah berniaga


Quote sarah82 16-11-2020 01:09 PM
ok la..dia suami ister buat sendiri...usaha berniaga tak join cuci duit semata2 nak mudah dan cepat jadi kaya
Quote matchstick 16-11-2020 01:18 PM
Aku selalu tertanya apa motif letak cili sebiji dlm setiap pack tauhu begedil cenggitu.. Ada ke org makan dgn tauhu tu..ke masing2 simpan cili tu buat cicah budu or tumbuk sambal belacan kt rumah{:smile
Quote doubleA 16-11-2020 01:26 PM
Baguslah meniaga makanan. Semoga makin berkembang (bukan badan) perniagaan
Quote Tiram 16-11-2020 01:52 PM
matchstick replied at 16-11-2020 01:18 PM
Aku selalu tertanya apa motif letak cili sebiji dlm setiap pack tauhu begedil cenggitu.. Ada ke org  ...

Buat perhiasan uolsss
Quote prizadane 16-11-2020 02:05 PM
matchstick replied at 16-11-2020 01:18 PM
Aku selalu tertanya apa motif letak cili sebiji dlm setiap pack tauhu begedil cenggitu.. Ada ke org  ...

Iols makan cili tu. ratah je. Tapi tak semua orang cam iols. Kebanyakan yang iols jumpa, memang diorang buang je cili tu.

Alhamdulillah, at least berniaga titik peluh sendiri.
Quote CikDaNdeLi0n 16-11-2020 02:09 PM
matchstick replied at 16-11-2020 01:18 PM
Aku selalu tertanya apa motif letak cili sebiji dlm setiap pack tauhu begedil cenggitu.. Ada ke org  ...

Iols mkn sekali dgn begedil tuh kalau pencicah tak pedas kick mana..buat mcm ulam gituh.
Quote husna_amal 16-11-2020 02:58 PM
Tauhu begedil begedul ni sedap buat ratah atau makan dengan nasi...
Quote nazza2802 16-11-2020 03:02 PM
jual harga marhaien x cekik darah mcm kulit ikan telur masin sesetengah retis tu inshaAllah cpt laku..
Quote nazza2802 16-11-2020 03:03 PM
matchstick replied at 16-11-2020 01:18 PM
Aku selalu tertanya apa motif letak cili sebiji dlm setiap pack tauhu begedil cenggitu.. Ada ke org  ...

sedap tu buat gigit2 masa makan klu sos x cukup pedas..
Quote Nenasketum 16-11-2020 03:03 PM
Saper percaya plak si katun ni? Pak Mertua dia MK hokkay, Mustapha Kamal yang dapat tanah orang asli kat area Hartamas tuh.
Quote bungarose 16-11-2020 03:04 PM
Okler at least cari rezeki halal dan buat sendiri
Quote maxim 16-11-2020 03:08 PM
cmf_shya replied at 16-11-2020 12:58 PM
Sblm pkp pun apa pekerjaan dia..berlakon xpnh..mngacara pun xpnh nmpk..nyanyi pun x..presiden senima ...

Mmg itu la pekerjaan dia..presiden seniman
Quote mayong 16-11-2020 03:09 PM
matchstick replied at 16-11-2020 01:18 PM
Aku selalu tertanya apa motif letak cili sebiji dlm setiap pack tauhu begedil cenggitu.. Ada ke org  ...

aku makan cili tu time makan tauhu bergedil.
sedap

Lihat semua komen(119)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.245371 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top