Bekas ejen hartanah dijatuhi hukuman mati selepas membunuh isterinya yang hamil dan anak sebelum tidur bersama mereka selama seminggu di rumah mereka di Woodlands, tiga tahun lalu.
Mahkamah Singapura menjatuhkan hukuman itu ke atas Teo Ghim Heng, 45, pada Khamis lalu. Teo didakwa mencekik Choong Pei Shan, 39, yang mengandung enam bulan dengan tuala selepas mereka bergaduh mengenai masalah kewangan pada 2017. Selepas membunuh wanita itu, dia didakwa melakukan perbuatan sama ke atas anak perempuan, Zi Ning, 4, dan berhasrat untuk 'bersatu' dengan mereka, lapor Channel News Asia. Teo didakwa meletakkan isteri dan anaknya di atas katil serta tidur bersama mereka selama tujuh hari, malah lelaki itu beberapa kali cuba membunuh diri, tetapi gagal kerana takut.
Mayat dua beranak itu ditemui selepas adik ipar Teo datang ke rumah mereka pada hari pertama Tahun Baru Cina dan terhidu bau busuk. Dia ke sana selepas kakaknya tidak menjawab panggilan telefon mahupun mesej serta tidak berkunjung ke rumah keluarga pada malam perayaan. Teo berhadapan masalah kewangan selepas kehilangan kerja sebagai ejen hartanah yang sebelum itu memperoleh $20,000 (RM61,159.42) sebulan, selain bergelut dengan hutang judi, kad kredit dan gagal membayar yuran sekolah anak. -CARI Sumber: Harian Metro
|
tagas replied at 16-11-2020 11:47 AM
leluhur ayam @I.am.PH
mmg bangsat
Modngengade replied at 16-11-2020 02:01 PM
kau seru 1000x pun ayam PH kepam tu dia tk kn masuk...cuba kalau pembunuh ni melayu islam, tered ...
ADVERTISEMENT