Menerusi hantaran di media sosial, Lara Alana dilihat menangis teresak-esak selepas mengetahui ikan peliharaan diberi nama ‘Sushi’ tidak lagi bernyawa. Menerusi kapsyen di Instagram milik Lara, ia merupakan pengalaman pertama anak pasangan pelakon Awal Ashaari dan Scha Alyahya itu kehilangan sesuatu yang disayanginya. “Allah lebih sayangkan Sushi. Sekarang baru Lara tahu, yang kita tidak bersedia untuk situasi begini. “Ini pengalaman pertama Lara hilang sesuatu yang sangat Lara sayang. Masa Mak cik Joy beritahu yang Sushi sudah tiada, Lara tidak faham lagi.
“Lara ingat bila kita beri makan dia, dia akan hidup balik. Tetapi rupanya Sushi sudah pergi buat selamanya. “Terima kasih Sushi kerana menggembirakan hidup kami selama lapan bulan terutama masa PKP hari itu. Sekejap sahaja kita dapat bersama,” memetik kapsyen dimuat naik di Instagram Lara. Terdahulu, video berdurasi tiga minit dimuatkan menunjukkan Lara tidak mampu menahan kesedihan selepas ikan peliharaannya mati.
|
Kurex replied at 16-11-2020 12:18 PM
Sebab ni pun nak dibukak benang ke palat??
True-X replied at 16-11-2020 02:14 PM
anak aku time memula dpt ikan.. sebelum dia g sekolah siap pesan kt aku
- ibu ,.. jangan goreng ika ...
sukacactus replied at 16-11-2020 12:21 PM
Even aku kesian tgk lara nangis, tp xkan la citer mcm ni masuk board gossip kot
Picisan sangat:doh3 ...
ADVERTISEMENT