Penyanyi Ara Johari meminta sesiapa yang pernah memberi pinjaman wang kepadanya untuk tampil bersemuka supaya dia dapat melangsaikan hutang, jika ada. Ini berikutan apabila ada desas desus mengatakan yang Ara gemar meminjam wang daripada ramai orang.
Tampil menafikan sekeras-kerasnya mengenai tuduhan itu, Ara atau nama sebenar Nurfarrah Izzatie Johari mengakui berasa tertekan apabila timbul cerita mengarut seperti itu. Dia dilihat telah memuat naik pesanan khas tersebut menerusi Instagram Story miliknya, kelmarin. Tambah penyanyi lagu Paku itu lagi, dia tidak senang apabila namanya dicanang melakukan perkara seperti itu kerana merasakan dia sama sekali tidak pernah berhutang dengan sesiapa. Ara turut memberi peringatan kepada individu di luar sana supaya tidak membuat cerita yang tidak benar tanpa bukti yang kukuh sehingga mencemarkan namanya di industri seni. Sumber: BeautifulNara
|
bluebutter replied at 15-11-2020 02:24 PM
Kenapa nk kena announce. Dah hutang kan..bayarlah...keji betui..
bondeh: Aiyoooo ingatkan Achey bingit tadi sekali imbas...
RatuDunia94 replied at 15-11-2020 03:57 PM
Selepas single Bunga marier sheols terus merudumm.. kesian x dpt jumpa lagu hits lagi.
bondeh replied at 15-11-2020 04:37 PM
Aiyoooo ingatkan Achey bingit tadi sekali imbas...
ADVERTISEMENT