CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

4 Tahun Tanggung Makwe Sambung Degree, Pemandu Lori Sedih Lamaran Akhirnya Ditolak Keluarga

13-11-2020 12:35 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 20072| Komen: 111




Bila tidak bekerja dalam sektor kerajaan, ramai yang memandang kononnya seseorang lelaki itu tidak mempunyai masa depan. 

Meskipun sukar dipercayai, namun kisah seorang pemuda ini mungkin bakal mengusik emosi anda. Hanya kerana bekerja sebagai pemandu lori biasa, siapa sangka jodohnya bersama si cinta hati tamat begitu sahaja.

4 tahun susah payah tanggung teman wanita sambung degree sampai habis

Pemuda yang enggan dikenali namanya itu sempat berkongsi kisah sedihnya apabila sudah 4 tahun bercinta dengan seorang gadis tapi terpaksa berpisah. Malah sepanjang bekas teman wanitanya itu menyambung degree di sebuah universiti awam, lelaki itulah yang sering menanggung segala perbelanjaannya.


Bila ajak nikah kena toIak sebab cuma kerja pandu lori

Saat sudah bersedia meIamar, siapa sangka hasrat itu ditoIak oleh gadis tersebut dan juga keluarga dengan alasan dia hanya seorang pemandu lori. Tambahan pula, bekas teman wanitanya itu sudah pun berjaya bergelar seorang guru manakala buah hati barunya pula bertugas di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.


Siap buat dua kerja, pandu lori belah siang dan jual burger waktu malam

Mengenangkan segala peng0rbanan yang sudah dibuat selama ini, lelaki berkenaan begitu terkiIan kerana merasakan dirinya ibarat dikh1anati begitu sahaja. Walaupun pasrah dengan apa yang berlaku, dia mengakui kejadian itu turut memberi kesan mendalam kepadanya.




Sumber: Facebook Zikry Adam via Group Gabungan Anak Terengganu



Bagus
2

Marah

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 13-11-2020 12:44 AM
tabah la ko jaga bakal isteri org lain.
Quote eyansss 13-11-2020 12:48 AM
buat lelaki2 diluar, jangan la dok sibuk nak bela selagi tak jadi isteri...  dia ada makpak yang patutnya bertanggungjawab membela anak sendiri...  kalau keluar belanja makan tengok wayang ke apa tu ok lagi...  ni sampai tahap membela...  kang takde jodoh, takde la ko sakit hati sangat...

dan buat perempuan2, sama jugak jangan sibuk tabur duit, baik sebelum jadi suami atau dah sudah sah nikahnya...  kang ko mendidik dia jadi biawak hidup, merana la ko sampai ke tua...
Quote Uncang_kelele 13-11-2020 12:50 AM
Kelantan?? Hehe
Quote salmon-suki 13-11-2020 01:04 AM
Bodoh sgt nak tanggung pmpuan tu dah kenapa?mintak balik semua duit y ko bg tuh..lgpn pmpuan tu dah keje kan..bakal laki pun keje best kan..msti ada bukti transaction semua. Ape lagi,mtk laa balik.

Tulaa. Belum nikah dah sebok nak tanggung,bodoh smpan sikit. Cinta,sayang,tu sampag je selagi belum sah!
Quote Catpaw 13-11-2020 01:07 AM
Agak pandai laki ni bermadah, bahasa dia manis je
Quote sarah82 13-11-2020 01:10 AM
Ang tak payah halalkan.. Biar je perempuan tu merasa la apa yg dibuat kat ang.
Quote doubleA 13-11-2020 01:10 AM
Ko pun cakap bank kan, minta la balik ala2 pinjaman gitu. Gaji cikgu besar, boleh bayar balik tu
Quote cikja 13-11-2020 01:33 AM
4 thn?? Hbs tu selama ni x pnh jumpa family ke apa.. sah ko kena scam..
Quote lemak_masin 13-11-2020 02:06 AM
Sian.. lain kali takyah laa sponsor beria.. kalau nak kawin dulu.. takde ler melopong..
Quote jargon 13-11-2020 02:12 AM
Ingtkan bwk lori ayam ke ape..bwk treler kot..ade kenalan aku budak kelas blakang skrg pon bwk treler gaji 5,6k dok pulun trip..spm ckup mkn buat la lesen bwk treler..ni bf budak ni bwk treler enjin scania,man..bukan lori enjin tata..huu gurau jahh

Quote rastaf 13-11-2020 03:09 AM
rilek lah bro..bersepah lagi perempuan kat luar. nak 4 pun boleh pasal perempuan makin ramai. ada hikmah ko tak dapat dia sebab kalau ko bersama ntah apa jadi dimasa2 depan..

khuznuzon je lah jodoh ko ada yg lagi baik.  


Quote Perawankota 13-11-2020 03:18 AM
Cerita ni mcm dah lama dgr kt fb.. Biasalah jaga jodoh org, x kira lelaki ke perempuan ke, mesti ada yg terkena
Quote zehra2 13-11-2020 04:32 AM
tp lelaki jenis mcm ni mmg senang dipergunakan. mesti pompuan ni cantik. tu yg sanggup berkorban. kalau tk cantik ada ke org terhegeh2 nak mengejar?
lain kali bila bg duit.. tulis satu kontrak dgn mak bpk dia..tk jd kawin, pulang balik duit..
jd tk perlu ungkit kalo ko ikhlas membantu dia.
sdgkn org kawin buat kenduri kendara beribu perabis duit pun bercerai.. ni kan pulak setakat bercinta..
kita kena ukur baju badan sendiri. mmg tk sekufu driver lori dgn siswazah tp laa ni grad pun tkde kerja..
jd jgn nk merintih.. cari pompuan yg baik2 kawin je la. kdg rezeki ni bertambah bila dah berdua.
Quote depresio 13-11-2020 04:48 AM
Edited by depresio at 13-11-2020 04:49 AM

Kdg2 bukn sebab duit
Tapi sebb kufu
Maybela ms dia lepas spm fikiran xmatang lg
Dah masuk u
Keje
Boleh beza
Cthnya tgkla alip sukri
Mmg kaya tpiiii
Hurm..
Boleh ke nak ajak aembang tentang masalah dunia?
Tgh sibuk covid org hilg keje xde rs bersalahtayang  shoping kereta baru.

So maybe ko dgn dia pon gtulah
Sampai satu tahap mmg jln kita akn berbeza haluan klu berbeza tahap pemikiran
Quote little_sis 13-11-2020 06:18 AM
Tgk mcm lawa je pempuan tu.. tp x baik la memainkan org.. duit pulak tu..
Quote Nana_Man 13-11-2020 06:19 AM
Perawankota replied at 13-11-2020 03:18 AM
Cerita ni mcm dah lama dgr kt fb.. Biasalah jaga jodoh org, x kira lelaki ke perempuan ke, mesti ada ...

Mcm citer yg sama aku baca kt fb dulu2. Ke memang org yg sama?
Quote Nana_Man 13-11-2020 06:24 AM
Mintak balik duit tu. Hopefully ko bank transfer those monies. Bkn bagi duit cash kt pompuan tu masa korang dating2 dulu. Kalau taknk bagi balik, bagitau pompuan tu depan mak bpk dia skali yg ko tak halalkn walau sesen pun duit tu.
Quote missyL 13-11-2020 07:01 AM
Kesian..tp sendiri suke rela bg duit tu..
Jahat nye gf cmnie..
X malu..
Quote Belibis 13-11-2020 07:01 AM
jargon: Ingtkan bwk lori ayam ke ape..bwk treler kot..ade kenalan aku budak kelas blakang skrg pon bwk treler gaji 5,6k dok pulun trip..spm ckup mkn buat la l ...

Treler sekadar gambar hiasan kottt..kalau bawak treler bersendi 40 kaki,takdenya ada masa buat part time der.masa dah full dan gaji pun masyukkk.7_8 k sebulan selamba.

Lihat semua komen(111)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.042704 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top