CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nenek Cedera Dibelasah Cucu Dengan Senjata Buku Lima

12-11-2020 05:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3774| Komen: 26

Description: Seorang cucu tergamak menyamun neneknya sendiri dengan melarikan rantai tangan emas dan rantai leher selepas mencederakan mangsa.
Seorang cucu tergamak menyamun neneknya sendiri dengan melarikan rantai tangan emas dan rantai leher selepas mencederakan mangsa.

Kejadian dipercayai berlaku 1 petang kelmarin, ketika mangsa berusia 78 tahun yang tinggal seorang diri di rumahnya di Telok Kechai, Jalan Kuala Kedah didatangi suspek lelaki berusia 32 tahun itu.


Kejadian disedari wanita berusia 25 tahun yang juga cucu saudara mangsa ketika sampai di rumah itu pada 2.30 petang.


Gambar hiasan

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar Superintendan Mohd Redzuan Salleh berkata, cucu saudara mangsa kemudian masuk ke dalam rumah dan mendapati mangsa dalam keadaan berlumuran darah di bahagian muka, bengkak di dahi dan sakit di anggota badan lain.

Beliau berkata, mangsa memaklumkan yang dia disamun cucunya sendiri dengan melarikan rantai leher dan rantai tangan.

"Kami percaya berlaku pergelutan ketika kejadian sehingga menyebabkan mangsa cedera.


"Laporan polis sudah dibuat berhubung kejadian itu," katanya kepada media, di sini, hari ini.

Mohd Redzuan berkata, suspek dikatakan tertinggal senjata buku lima yang digunakan dalam kejadian itu di rumah mangsa.

Bertindak atas maklumat, sekitar 1.30 pagi semalam, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar terserempak dengan suspek di belakang sebuah restoran di Kuala Kedah.

"Suspek cuba melarikan diri dengan sebuah motosikal namun gagal apabila dia berjaya ditahan polis.

"Turut dirampas adalah buku lima dipercayai senjata yang digunakan untuk tujuan samun," katanya.

Mohd Redzuan berkata, suspek direman tujuh hari mulai semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun mendatangkan cedera dan jika disabit kesalahan boleh kenakan hukuman boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing terhadap suspek juga mendapati dia positif methampetamine.

"Bagaimanapun suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini.

"Turut ditemui semula rantai leher mangsa dan kes berjaya diselesaikan dalam tempoh 24 jam," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 12-11-2020 05:45 PM
Baca saja kuala kedah.. Terus..aku ehemmmmm saja..lubuk kaki dadah kat alor setar.
Quote Artemesiaa 12-11-2020 05:52 PM
Baca pun dah tahu mesti pasal kes dadah sampai sanggup buat macam tu
Quote Belibis 12-11-2020 06:02 PM
sarah82: Baca saja kuala kedah.. Terus..aku ehemmmmm saja..lubuk kaki dadah kat alor setar.

Kedah mendahului kelantan dan tganu nampaknya dalam kes2 pelik.
Quote Odyman 12-11-2020 06:06 PM
Pasai apa kat Kedah. Lagi elok jika kejadian ni berlaku kat Kelantan. Boleh lah acik-acik gundu kat forum ni dok meratib  sskjp....sskjp.
Quote sarahmirza 12-11-2020 06:21 PM
Cucu dr neraka....
Quote sarah82 12-11-2020 06:40 PM
Belibis replied at 12-11-2020 06:02 PM
Kedah mendahului kelantan dan tganu nampaknya dalam kes2 pelik.

Ni tempat lubuk dadah.. Tapi sini juga tempat gangster Melayu paling kuat kat alor setar dulu..sebut nama hasan husein.. Cina jln putra pun kecut..geng kuala kedah boleh tahan mafia.. Hahahaha
Quote sarah82 12-11-2020 07:01 PM
Odyman replied at 12-11-2020 06:06 PM
Pasai apa kat Kedah. Lagi elok jika kejadian ni berlaku kat Kelantan. Boleh lah acik-acik gundu kat  ...

Kat sini negeri mana x pernah kutuk.. Kedah kena kutuk perempuan gila sex sbb ada byk kes kena tangkap khalwat..
Quote lavendernovella 12-11-2020 07:11 PM
Hukumannya, tumbuk jer balik dgn buku lima
Quote bluebutter 12-11-2020 07:22 PM
sarah82: Baca saja kuala kedah.. Terus..aku ehemmmmm saja..lubuk kaki dadah kat alor setar.

Kesiannya kan...hisap dadah dri sek men.

ada kawan asal perlis. dia cerita  bila balik kampung perlis berjumpa kawan lelaki kampung sama sekolah menengah.almost all are mat pet. I sedih dgr. Kesian.
Quote weezerfan 12-11-2020 07:44 PM
Mat dadah lee ni.kedah darul ketumlah katakan
Quote baghal_bortuqal 12-11-2020 07:53 PM
babi apa kau  mangsa 78 tahun pakai buku lima.


dasar anak haram sunggoh.
Quote raxief 12-11-2020 08:57 PM
sarah82 replied at 12-11-2020 07:01 PM
Kat sini negeri mana x pernah kutuk.. Kedah kena kutuk perempuan gila sex sbb ada byk kes kena tan ...

perlis jarang kena kutuk
Quote sarah82 12-11-2020 09:14 PM
raxief replied at 12-11-2020 08:57 PM
perlis jarang kena kutuk

Hahaha...org kedah kekadang risau nak makan kat Perlis.. Sbb kami tau org Perlis ada hat pandai bab santau ketuk kat kuku.. Hahaha.
Quote sarah82 12-11-2020 09:14 PM
bluebutter replied at 12-11-2020 07:22 PM
Kesiannya kan...hisap dadah dri sek men.

ada kawan asal perlis. dia cerita  bila balik kampung ...

Benda biasa.. Selagi punca tak dihapuskan.. Selagi tu ada penagih dadah..
Quote raxief 12-11-2020 09:19 PM
sarah82 replied at 12-11-2020 09:14 PM
Hahaha...org kedah kekadang risau nak makan kat Perlis.. Sbb kami tau org Perlis ada hat pandai ba ...

salah sorang member baik aku kat taman ni orang perlis. ustaz skola menengah. tapi dia cakap johor dah x mcm org utara. wife dia je pekat slang utara.

aku nak kutuk dia selalu takde modal hahaha

abis2 pun cakap kat dia, harumanis kau belikan semua x sedap
Quote sarah82 12-11-2020 09:27 PM
raxief replied at 12-11-2020 09:19 PM
salah sorang member baik aku kat taman ni orang perlis. ustaz skola menengah. tapi dia cakap johor ...

Bagi aku harum manis biasa saja.  Aku suka sala dan raja (ni yg siam punya) sedap.. Yum2..

Lama aku tak pi Perlis.. Tapi aku suka lokcheng kuala Perlis sedap.
Quote imransulaiman 12-11-2020 09:30 PM
Tergamaknya cucu!


Tapi laksa Teluk Kechai sedap!
Quote Dwdrum 12-11-2020 09:41 PM
sarah82 replied at 12-11-2020 05:14 AM
Hahaha...org kedah kekadang risau nak makan kat Perlis.. Sbb kami tau org Perlis ada hat pandai ba ...

Aku tidak tahu pula... Aku suka perlis after perak.. Last aku makan rm 0.60 besar size nya... Jarang dapat juicy satay selalu nya overcooked.. char dan keras... Di kuala perlis aku suka seafood...
Quote sarah82 12-11-2020 09:43 PM
Dwdrum replied at 12-11-2020 09:41 PM
Aku tidak tahu pula... Aku suka perlis after perak.. Last aku makan rm 0.60 besar size nya... Jara ...

Urban legend dikalangan org kedah.. Hahaha..aku pi perlis.. Aku makan ja.. Paling suka pulut ayam..

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.058388 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top