CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bercinta Sampai Tak Ingat Kawan, Hafreez Adam Tak Mahu Ulang Kesilapan

10-11-2020 12:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7413| Komen: 38

Setiap orang tentunya mempunyai lakaran kisah kehidupan masing- masing. Ada yang suka dan indah, namun tak terkecuali juga kedukaan.

Bagi pelakon Hafreez Adam, dia kini pasrah dan lebih berpandangan positif.


Foto: IG
Katanya, yang berlalu biar pergi dan kini dia membuka lembaran baharu.

Hafreez berkata, sekarang dia lebih fokus untuk memperbaiki kehidupannya, lebih cenderung memantapkan karier dan perbaiki hubungan baik bersama rakan.


"Sebenarnya dengan sikap saya sebelum ini yang begitu sibuk dengan pelbagai urusan termasuk cinta, saya hampir kehilangan sahabat baik.

"Jadi, sekarang ini saya ambil peluang untuk perbetulkan segala kesilapan lalu yang pernah dilakukan kerana persahabatan sangat banyak membantu saya bangkit memulakan kehidupan lebih indah.

"Alhamdulillah saya bersyukur di saat diri berhadapan ujian seperti putusnya ikatan pertunangan, masih ada rakan hadir di sisi memberikan semangat," katanya.


Menurut pelakon drama Monalisa ini, mengambil iktibar daripada apa yang sudah berlaku, dia kini lebih banyak meluangkan masa dengan mereka yang sentiasa ada di sisi membantunya.

"Saya akui dahulu ketika bercinta lebih banyak habiskan masa dengan bekas kekasih. Hingga saya terlepas pandang, situasi itu menyebabkan kebanyakan rakan yang terasa hati.

"Begitu juga, saya sentiasa sibukkan diri dengan bekerja. Jadi memang ada rakan terasa hati dengan cara layanan saya yang tidak sama kepada mereka," katanya.



Menurut Hafreez, kemelut perhubungan dengan rakan makin renggang apabila majlis pertunangannya dilangsungkan dengan menjemput keluarga terdekat sahaja.

"Jadi, ramai juga rakan yang berasakan saya menganggap mereka sebagai orang asing. Justeru, ia membuatkan mereka sedar sudah wujudnya jurang antara kami," katanya.

Kata pelakon drama Puteri Yang Ditukar ini, bagaimanapun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu, banyak mengajarnya untuk menghargai erti ikatan persahabatan.

Hafreez yang tidak dapat bertemu ibu dan keluarganya kerana 'terkandas' di Bangi menetap bersama rakan baik, Ariz Lufiaz yang disifatkan banyak membantunya di saat sukar itu.



"Berjauhan dengan keluarga adalah perkara menyedihkan saya. Ditambah, saya pula seorang yang selalu menghabiskan masa bersama keluarga. Terutama, dengan ibu tersayang.

"Perasaan rindu pada ibu saya ketika itu sukar diungkap. Walaupun jarak kami terpisah tidak jauh, yang mana saya berada di Bangi dan ibu pula di Wangsa Maju, tetapi hanya Allah yang tahu," katanya.

Tidak mahu lagi mengalami saat-saat perlu berpisah dengan keluarganya, Hafreez berkata, kini jiwanya sangat tenang dikelilingi insan tersayang, begitu juga rakan rapat yang sangat prihatan dan sedia membantu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 10-11-2020 12:41 PM
eh sudah la meratib..ckap je la ko gunakan ZZ untuk naikkan karier sendu ko kn??
Quote sarah82 10-11-2020 12:44 PM
dia ni aku rasa sejenis jantan tak boleh move on...diam ja si Zara tu buat hal dia sendiri..yg jantan ni tak habis2 meratib
Quote Jinglebell123 10-11-2020 12:46 PM
Hurmm..dah lama putuskan..move on lerr..
Quote mrsbob87 10-11-2020 12:51 PM
biase jejans yang gigih menaip caption pepanjang ni spesis gayyah je....
Quote Redmyvi 10-11-2020 01:02 PM
dia nk kata ZZ ker punca dia abaikan kawan2 ?
Sendiri dh besar pndai2 la urus masa
Quote Ritacomels 10-11-2020 01:05 PM
Dia ni paling xde pakej jd hero..elok sikit azrel tu dr dia
Quote lavendernovella 10-11-2020 01:22 PM
Dik hafreez oi , amende lah ko ni ulang2 benda yg sama. Baik ler ko buat sample acting video letak kat yt untung2 hollywood amik ko berkerja ..  {:smile
Quote enot_sibudak 10-11-2020 01:24 PM
Hg yg punya pasai.. Nk salah kan org plk dh.... Pirahhh
Quote Puteri19 10-11-2020 01:33 PM
Kawen je la dgn ariz tu...
Quote Carcosa 10-11-2020 01:35 PM
Kau. Tetap. Busuk.
Quote shernazz 10-11-2020 02:08 PM
Tu jelah modal.dia
Nak cite karier

Sendhuuuuuu...
Quote AKAZ85 10-11-2020 02:10 PM
Ni yang menangis2 org kutuk muka berjerawat tu kan???
Quote sugarlovebutter 10-11-2020 02:22 PM
Sian ye nie...job xde...gigih ye ensemkan diri ye yg mmg xensem ni nk jd hero..tp xjugekkk dpt jd hero..so create la stmt yg ak rs bodo2 jeee kdg tuh, nk slhkn bekas kekasih yg die rs nyesal agknyr tgglkan, yeala igt mission complete la cita2 tercapai..atlast xjugekkk dpt yg diingini..dah xleh gunekan lg ex die nk naikkan name sendiri...tuhla nawaitu xbaik...xpelah chuolls kne percaya rezeki Allah..adelah tuh yg chuollss buat Allah blm nk bg...
Quote sugarlovebutter 10-11-2020 02:24 PM
AKAZ85 replied at 10-11-2020 02:10 PM
Ni yang menangis2 org kutuk muka berjerawat tu kan???

Yeke ye smpi nangis org kutuk muke ye jerawat??? Euwwwww gelinye laki cmtuhhh
Quote Themilo 10-11-2020 02:43 PM
bercinta la dengan @Kurex , confirm takkan lupa kawan / lawan lagi
Quote husna_amal 10-11-2020 02:47 PM
Story dari dia ni cuma modal dari cinta lepas je lah.
Quote lattehazelnut 10-11-2020 02:47 PM
mrsbob87 replied at 10-11-2020 12:51 PM
biase jejans yang gigih menaip caption pepanjang ni spesis gayyah je....

Tu iols pun rasa cmtu
Quote lattehazelnut 10-11-2020 02:49 PM
Themilo replied at 10-11-2020 02:43 PM
bercinta la dengan @Kurex , confirm takkan lupa kawan / lawan lagi

Bukan taste heolls
Quote Kurex 10-11-2020 02:52 PM
Gayahhhhhh

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.276001 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top