Agak melucukan apabila lelaki warganegara Malaysia dan beragama Islam tiba-tiba diberi nama Jepun. Hal itu menyebabkan orang ramai menyangka Afiq Rhuichi Yoshiyuki Bin Abdul Aziz berdarah kacukan Melayu-Jepun.
"Tidak, saya tak ada mix Jepun pun. Parents saya pure Melayu. Ramai ingat saya ada berdarah kacukan disebabkan nama saya," katanya kepada mStar. Dedahnya, bapanya tiada idea untuk memberi nama kepadanya, lalu meminta pendapat rakannya yang tinggal di Jepun. "Sebenarnya parents saya tak gemar kartun anime pun. Tapi masa nak letak nama saya tu ayah tak ada idea. Jadi, dia minta pendapat kawan dia yang tinggal kat Jepun. Lepas tu dia cadangkanlah nama tu," katanya. Malah, namanya juga dikatakan mempunya maksud yang bagus dalam bahasa Jepun.
"Saya lahir tahun naga. Jadi maksud nama saya tu Rhuichi Yoshiyuki tu naga yang gagah perkasa. Kiranya Afiq - naga yang gagah perkasa," jelasnya. Rupa-rupanya, bukan dia saja diberi nama unik sebegitu, malah adik bongsunya juga turut diberi nama Jepun. "Nama adik bongsu saya Ayuni Erika Onnayuki. Maksud nama adik saya, ibu kata Ayuni tu 'puteri salju'. "Nama adik saya pun kawan ayah yang sama bagi. Lagipun parents memang minat nama Jepun sebab unik dan ada maksud yang bagus. "Dalam kami tiga beradik, hanya kakak saya je nama Melayu. Kakak saya nama Anis Natasha Elia," katanya. Pun begitu, Afiq akui terkilan apabila ada orang mengecam namanya tidak mengikut syariat Islam. "Bila ada yang kecam tu saya just ignore sajalah. Bagi saya nama Afiq dah Islam cuma belakang tu je dalam bahasa Jepun," katanya. Perkongsian Afiq yang memuat naik gambar kad pengenalan memaparkan nama Jepunnya itu sebelum ini mendapat pelbagai reaksi lucu daripada netizen. - CARI
|
Belibis replied at 9-11-2020 12:32 PM
Seb baik kawan bapaknya tak cadangkan nama maria ozawa.
Belibis replied at 9-11-2020 12:32 PM
Seb baik kawan bapaknya tak cadangkan nama maria ozawa.
Belibis replied at 9-11-2020 12:32 PM
Seb baik kawan bapaknya tak cadangkan nama maria ozawa.
CocoCily replied at 9-11-2020 04:58 AM
Sometime pelik tau mak ayah ni..anak dah lahir tak tahu nak letak nama apa. Mengandung 9 months. Eve ...
ADVERTISEMENT