CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bunga Isme Teruja Dapat Menyanyi Bersama Ali Gatie

9-11-2020 11:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3826| Komen: 15

Description: Penyanyi Bunga Isme akui berasa terharu apabila berpeluang untuk menyanyi bersama penyanyi antarabangsa, Ali Gatie.Menurut Bunga, proses menyanyikan semula lagu 'Welcome Back' dalam versi bahasa Melay ...
Penyanyi Bunga Isme akui berasa terharu apabila berpeluang untuk menyanyi bersama penyanyi antarabangsa, Ali Gatie.

Menurut Bunga, proses menyanyikan semula lagu 'Welcome Back' dalam versi bahasa Melayu itu berjalan lancar.


Kredit foto: IG
“Saya amat terharu apabila diberikan peluang untuk menyanyikan semula lagu ‘Welcome Back’ dengan artis kesukaan saya, Ali Gatie. 

"Penghasilan lagu ini boleh dikatakan mudah kerana ia merupakan antara lagu kesukaan saya. 

"Jadi saya dapat menghasilkan lirik lagu ini dan merekodkan verse dengan senang dan semula jadi," katanya.


Tambah Bunga atau nama penuhnya, Noor Ayu Fatini, 20, dia berharap agar pendengar dapat bersama-sama menikmati lagu ini.

"Saya berharap para pendengar dapat menerima dan menikmati lagu 'Welcome Back’ versi ini seperti saya menikmati lagu ini," katanya lagi.

Sebelum ini, single ini dinyanyikan Ali bersama Alessia Cara, dan kemunculan Bunga merupakan untuk projek kolaborasi Ali bersama wakil dari Malaysia.




Lirik nyanyian semula ini ditulis oleh Bunga bersama Amzar Sabri dan dihasilkan oleh Rozhan Razman dari Playspace.

Welcome Back boleh didengari di laman Youtube Warner Music Malaysia sejak Khamis lalu. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nenasketum 9-11-2020 11:49 AM
Acik tak tau ko saper dik tapi Ali Gatie rocks, congrats dik!!
Quote sarah82 9-11-2020 11:49 AM
Aku baca caption dia.. Wowww.. Ok. Kak ponti.. Sila sabar diri
Quote shernazz 9-11-2020 11:52 AM
Aku tak kenal.siapa
Tapi muka dia cam.adik hanis zalika.tu...
Yang suara yaya tu
Versi cerah la yang ni.
Quote keypochino 9-11-2020 12:09 PM
ingatkan dia ni sarah suhairi..
Quote sukacactus 9-11-2020 12:19 PM
Yg aku tau dia rapper
Ada masuk 16 baris kan
Quote Kurex 9-11-2020 12:34 PM
Verse yg senang sebab vocal kau tara tu je
Quote adelea 9-11-2020 01:08 PM
minah suara tak sedap ni ...
ermmm next !!
Quote imanda 9-11-2020 01:15 PM
i xkenal sape ni tp penah tgk videoklip promo sunsilk kat youtube ads. n yes muka mcm adik kenis.
Quote MeghanK 9-11-2020 01:20 PM
taktau camne dia boleh masuk rapper 16 baris tu..rap macam bercakap je
Quote whadda 9-11-2020 01:52 PM
acik tak tau sape kau tapi acik baru tau suara yaya tu adik hanis zalikha.. lol
Quote husna_amal 9-11-2020 02:39 PM
Dua2 tak kenal. Tak berapa terkenal kot.
Quote September14 9-11-2020 02:41 PM
Iol pun x kenal 2-2
Quote biJOU.la 9-11-2020 02:54 PM
Budak rapper konon dpt coverage sampai nuyork nunnnn. Skali aku tgk dia rap mak aihhh.. cringe level 1000.
Quote mieymiey 9-11-2020 03:36 PM
Bunga whooooo?
Quote dudaberhias 9-11-2020 10:07 PM
maaf... who are yusssssss
wan maimunah pun belum tentu kenal sape deorang ni...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-7-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.054755 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top